Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2030 (Dwibahasa)
KOTA KINABALU: Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda daripada 700 juta kaki padu standard sehari (MMscfd) kepada 1,350 MMscfd menjelang 2030, didorong oleh tujuh projek pembangunan luar pesisir melibatkan dua syarikat minyak antarabangsa dan empat syarikat minyak Malaysia dalam tempoh empat tahun akan datang.
Projek berkenaan, termasuk pembangunan empat medan gas baharu, merupakan sebahagian daripada rancangan jangka panjang negeri bagi memenuhi peningkatan permintaan tenaga dan perindustrian.
Menyambut baik perkembangan terbaharu itu, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata ia membuktikan hubungan kerjasama erat antara PETRONAS dan Kerajaan Negeri dalam usaha berterusan membangunkan sumber minyak dan gas di Sabah.
“Strategi ini menyediakan pelan pelaksanaan yang jelas bagi menjamin bekalan gas yang diperlukan untuk menyokong aspirasi perindustrian Sabah,” katanya selepas menyaksikan penyerahan laporan daripada SMJ Energy dan PETRONAS kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainudin Aman di Hotel Hilton, hari ini.
Laporan Pelan Bekalan dan Penghantaran Gas Jangka Panjang 2025 dan Pelan Pembangunan Gas Pantai Timur Sabah menggariskan strategi penghantaran bekalan gas susulan kajian oleh Pasukan Petugas Bersama Strategi Gas Sabah, hasil kerjasama antara agensi-agensi negeri yang diterajui SMJ Energy bersama PETRONAS.
Berdasarkan laporan berkenaan, permintaan terhadap bekalan gas tambahan itu akan didorong oleh loji-loji janakuasa baharu serta kemudahan gas asli cecair terapung ketiga PETRONAS (PFLNG3).
Ia turut merangkumi pelaburan baharu dalam sektor pembuatan di sepanjang koridor Pantai Barat, bermula dari Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), melalui Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) di Kimanis hingga ke Taman Perindustrian Minyak dan Gas (SOGIP) di Sipitang dan terminal gas di Labuan.
Sementara itu, Pelan Pembangunan Gas Pantai Timur Sabah mengesahkan bahawa kelompok medan gas Mutiara di luar pesisir Sandakan boleh dibangunkan bagi membekalkan gas kepada sebuah loji janakuasa gas baharu di Taman Perindustrian
Sawit Kinabalu Sandakan serta menukar stesen janakuasa Sabah Electricity di Batu Sapi daripada penggunaan diesel kepada turbin berasaskan gas.
Buat pertama kali, Pantai Timur akan dapat menjana bekalan elektrik berasaskan gas sendiri tanpa bergantung kepada penghantaran bekalan dari Pantai Barat.
Ketua Menteri berkata strategi itu juga akan membuka peluang kepada pembangunan industri berasaskan gas di Sandakan dan kawasan Pantai Timur secara keseluruhannya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada PETRONAS kerana menerajui kerja kerja teknikal dengan kerjasama SMJ Energy (SMJE), Sabah Energy Corporation (SEC), Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) dan Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, yang juga Pengerusi SMJ Energy dan Ketua Pegawai Operasi merangkap Naib Presiden Eksekutif SMJ Energy Datuk Albert Lo.
Tamat
KOTA KINABALU: Sabah’s gas supply is set to nearly double from 700 million standard cubic feet per day (MMscfd) to 1,350 MMscfd by 2030, driven by seven offshore development projects involving two international and four Malaysian oil companies over the next four years.
The projects, which include the development of four new gas fields, form part of the State’s long-term plan to meet growing energy and industrial demand.
Welcoming the latest development, Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor described it as a testament to the close collaborative relationship between PETRONAS and the State Government in the continued growth of oil and gas resource development in Sabah.
“The strategy provides a clear delivery plan to secure the gas supply required to support Sabah’s industrialisation ambitions,” he said after witnessing the handover of reports from SMJ Energy and PETRONAS to State Secretary Datuk Zainudin Aman at Hilton Hotel today.
The Long-Term Gas Supply and Delivery Plan 2025 and the Sabah East Coast Gas Development Plan reports outlined the delivery strategy following studies by the Sabah Gas Strategy Joint Taskforce, a collaboration between State agencies led by SMJ Energy and PETRONAS.
Based on the reports, demand for the additional gas will be driven by new power plants and PETRONAS’ third floating liquefied natural gas facility (PFLNG3).
It would also include new manufacturing investments along the West Coast corridor, stretching from Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) through the Sabah Oil and Gas Terminal (SOGT) in Kimanis and the Sabah Oil & gas Industrial Park (SOGIP) in Sipitang and the Labuan gas terminals.
The Sabah East Coast Gas Development Plan, meanwhile, confirmed that the Mutiara cluster of gas fields offshore Sandakan can be developed to supply a new gas-fired power plant at the Sawit Kinabalu Sandakan Industrial Park and to convert Sabah Electricity's Batu Sapi station from diesel to gas-fired turbines.
For the first time, the East Coast would generate its own gas-fired power rather than depend on transmission from the West Coast.
The Chief Minister said the strategy would also open the door to gas-based industry in Sandakan and the wider East Coast.
He also acknowledged PETRONAS for leading the technical work in collaboration with SMJ Energy (SMJE), Sabah Energy Corporation (SEC), the Energy Commission of Sabah (ECoS) and the Ministry of Industrial Development, Entrepreneurship and Transport.
Also present were Deputy Chief Minister II and Finance Minister Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, who is also SMJ Energy chairman and SMJ Energy Chief Operating Officer and Executive Vice President Datuk Albert Lo.
Ends