Rizab Biosfera Kinabatangan dan Banjaran Crocker penting untuk Sabah (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu 

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata  pemasyhuran Rizab Biosfera Kinabatangan, kedua di Sabah selepas Rizab Biosfera  Banjaran Crocker merupakan satu detik bersejarah dan pencapaian yang amat  membanggakan bagi negeri Sabah dan Malaysia.  

“Pengiktirafan ini, oleh UNESCO pada tahun lalu membuktikan bahawa landskap  Kinabatangan yang meliputi kira-kira 413,866 hektar memiliki nilai biodiversiti dan  kepentingan ekologi yang luar biasa di peringkat antarabangsa.  

“Ini adalah satu lagi pencapaian penting dalam usaha berterusan negeri untuk memelihara  kelestarian alam sekitar dan biodiversiti di peringkat global. 

“Dengan status bertaraf dunia ini, Rizab Biosfera Kinabatangan dijangka menarik perhatian  dunia dalam bidang penyelidikan, pendidikan, pelancongan berasaskan alam semula jadi  serta peluang kerjasama global,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada majlis sambutan ulang tahun ke-12 Rizab Biosfera Banjaran  Crocker dan Pemasyuran Rizab Biosfera Kinabatangan di Padang Merdeka di sini pada  Ahad.  

Beliau berkata nilai Rizab Biosfera Banjaran Crocker dengan luas kawasan 350,584 hektar  yang telah diisytiharkan pada tahun 2014 amat penting bagi Sabah. 

Dianggarkan lebih daripada 1 juta individu tinggal di hampir 400 buah kampung di 10 daerah  iaitu di Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang, Ranau, Tambunan, Keningau, Tenom,  Beaufort, Papar, dan Membakut dalam Rizab Biosfera Banjaran Crocker. 

Pengiktirafan Rizab Biosfera Banjaran Crocker telah menyumbang kepada tapak UNESCO  mahkota tiga serangkai atau the Triple Crown UNESCO Sites di negeri Sabah. 

Justeru, Hajiji mahu semua pihak yang terlibat untuk terus memperkukuhkan usaha  pemuliharaan biodiversiti, memperluas program kesedaran masyarakat serta meningkatkan  kerjasama strategik bagi memastikan manfaat daripada pengiktirafan ini dapat dinikmati  secara meluas dan mampan. 

“Ini seiring dengan komitmen kerajaan negeri yang memandang serius usaha melindungi  dan memulihara alam semula jadi kerana fungsi ekosistemnya amat penting untuk  kegunaan penduduk dan pembangunan sosio ekonomi. 

“Kewujudan kedua rizab biosfera ini juga amat berkait rapat dengan usaha murni Kerajaan  Negeri Sabah untuk menjayakan Inisiatif Sabah Maju Jaya. Pada tahun ini usaha konservasi  ekosistem penting di Sabah diteruskan di bawah SMJ 2.0 untuk tahun 2026 - 2030,”  katanya. 

Ketua Menteri berkata negeri Sabah kini berada di barisan hadapan dalam usaha  perlindungan alam sekitar dan pemuliharaan.  

“Negeri Sabah sekian lama telah pun melindungi hutan, hidupan liar, serta beberapa  ekosistem paling kaya di rantau ini. Pada masa ini, hampir 30 peratus daripada kawasan  daratan Sabah diwartakan sebagai Kawasan Terlindung Sepenuhnya (TPA).  

“Justeru, kita bertekad untuk terus mengukuhkan peranan Sabah sebagai penyerap karbon,  termasuk melalui Rizab Biosfera Banjaran Crocker dan Kinabatangan.  

“Pada masa ini, Sabah kekal sebagai penyerap karbon bersih yang utama, menyumbang  kira-kira 36 peratus daripada jumlah pengasingan karbon Malaysia melalui hutan tropika  yang luas.  

"Inti mesejnya ialah, rizab biosfera menyokong iklim, khususnya dengan berfungsi sebagai  penyerap karbon,” katanya. 

Hajiji berkata kedua rizab biosfera ini ialah kawasan istimewa yang melindungi alam semula  jadi, dan aktiviti manusia diurus secara mampan.  

“Rizab Biosfera Banjaran Crocker melindungi ekosistem pergunungan dan hutan bagi  memelihara tumbuhan serta haiwan yang unik, sambil menyokong tampang air.  

“Sementara itu, Rizab Biosfera Kinabatangan memberi tumpuan kepada ekosistem sungai  dan tanah lembap iaitu habitat penting bagi hidupan liar serta penting untuk mengekalkan  keadaan air yang sihat. 

“Apabila hutan dilindungi dan diberi peluang untuk pulih serta tumbuh semula secara semula  jadi, hutan terus menyimpan karbon untuk jangka masa panjang,” katanya. 

Beliau berkata rizab biosfera juga memainkan peranan penting dalam mengukuhkan  ekonomi setempat dan pemuliharaan yang paling berkesan berlaku apabila komuniti  mendapat manfaat daripada usaha melindungi alam semula jadi.  

“Di Banjaran Crocker dan Kinabatangan, penduduk setempat boleh meraih manfaat melalui  pelancongan mampan, termasuk homestay dan perusahaan berasaskan komuniti.  

“Mata pencarian jangka panjang ini menggalakkan komuniti untuk terus melindungi hutan  dan hidupan liar kerana alam sekitar menjadi sumber pendapatan yang stabil, bukan  keuntungan jangka pendek,” katanya. 

“Oleh itu, kita semua harus memastikan pengiktirafan kedua rizab biosfera ini dapat  memberi manfaat dan limpahan ekonomi kepada semua lapisan masyarakat yang tinggal  di dalam kedua-dua kawasan rizab biosfera ini,” katanya. 

Tamat

English Version 

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the  proclamation of the Kinabatangan Biosphere Reserve, Sabah's second after the Crocker  Range Biosphere Reserve, marks a historic moment and a proud achievement for Sabah  and Malaysia. 

“The recognition by UNESCO last year proves that the Kinabatangan landscape, covering  approximately 413,866 hectares, possesses outstanding biodiversity value and ecological  significance at the international level. 

“This is another important milestone in the State’s continuous efforts to preserve  environmental sustainability and biodiversity on the global stage. 

“With this world-class status, the Kinabatangan Biosphere Reserve is expected to attract  international attention in the fields of research, education, nature-based tourism and global  collaboration opportunities,” he said. 

He said this at the 12th anniversary celebration of the Crocker Range Biosphere Reserve  and the declaration ceremony of the Kinabatangan Biosphere Reserve at Padang Merdeka  here on Sunday. 

Hajiji said the value of the Crocker Range Biosphere Reserve, which spans 350,584  hectares and was declared in 2014, is of great importance to Sabah. 

More than one million people are estimated to live in nearly 400 villages across 10 districts  within the Crocker Range Biosphere Reserve, namely Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang,  Ranau, Tambunan, Keningau, Tenom, Beaufort, Papar and Membakut. 

The recognition of the Crocker Range Biosphere Reserve has contributed to Sabah attaining  the UNESCO Triple Crown Sites status. 

As such, Hajiji called on all stakeholders to continue strengthening biodiversity conservation  efforts, expanding community awareness programmes and enhancing strategic  collaboration to ensure that the benefits of this recognition are widely and sustainably  enjoyed. 

“This is in line with the State Government’s commitment to protecting and conserving nature,  as ecosystem functions are crucial for the well-being of the people and socio-economic  development.

“The existence of these two biosphere reserves is also closely linked to the Sabah State  Government’s efforts to realise the Sabah Maju Jaya initiative. This year, the conservation  of Sabah’s important ecosystems continues under SMJ 2.0 for the 2026–2030 period,” he  said. 

The Chief Minister said Sabah is now at the forefront of environmental protection and  conservation efforts. 

“For many years, Sabah has protected its forests, wildlife and some of the richest  ecosystems in the region. At present, nearly 30 per cent of Sabah’s land area has been  gazetted as Totally Protected Areas (TPAs). 

“We are therefore determined to further strengthen Sabah’s role as a carbon sink, including  through the Crocker Range and Kinabatangan Biosphere Reserves. 

“Sabah remains a major net carbon sink, contributing about 36 per cent of Malaysia’s total  carbon sequestration through its vast tropical forests. 

“The key message is that biosphere reserves support the climate, particularly by functioning  as carbon sinks,” he said. 

Hajiji said both biosphere reserves are special areas where nature is protected and human  activities are managed sustainably. 

“The Crocker Range Biosphere Reserve protects mountain and forest ecosystems to  conserve unique flora and fauna while supporting water catchment functions. 

“Meanwhile, the Kinabatangan Biosphere Reserve focuses on river and wetland  ecosystems, which are important habitats for wildlife and essential for maintaining healthy  water systems. 

“When forests are protected and allowed to recover and regenerate naturally, they continue  to store carbon over the long term,” he said. 

He said biosphere reserves also play an important role in strengthening local economies  and that conservation is most effective when communities benefit from efforts to protect  nature. 

“In the Crocker Range and Kinabatangan, local communities can benefit through sustainable  tourism, including homestays and community-based enterprises. 

“These long-term livelihood opportunities encourage communities to continue protecting  forests and wildlife because the environment becomes a stable source of income rather than  a source of short-term gains,” he said. 

“Therefore, we must ensure that the recognition of these two biosphere reserves brings  benefits and economic spillover effects to all segments of society living within both biosphere  reserve areas,” he said. 

Ends