IEM Sabah diseru terajui inovasi, pendigitalan dan IR4.0 (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyeru Institut Jurutera Malaysia (IEM) Sabah agar menerajui inovasi serta mempercepatkan penerapan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) di negeri ini.
Beliau berkata, usaha itu termasuk memajukan kejuruteraan digital, infrastruktur pintar dan teknologi hijau bagi meletakkan Sabah pada kedudukan yang kukuh dalam ekonomi masa depan.
“Menerusi profesionalisme dan integriti, IEM Sabah akan mengangkat martabat jurutera sebagai tonggak masyarakat yang dipercayai. Ini bukan sekadar kerjasama, tetapi satu misi bersama untuk membina masa depan Sabah,” katanya pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-51 IEM Sabah di Magellan Sutera di sini pada Sabtu.
Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam.
“Saya yakin IEM Sabah akan memainkan peranan yang lebih aktif dalam bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi memastikan standard tertinggi dalam kualiti projek, keselamatan dan kemampanan.
“Ini termasuk mempercepatkan pembangunan jurutera tempatan ke arah memperoleh status Jurutera Profesional (PE) serta membina tenaga kerja kejuruteraan yang kukuh dan berdikari untuk Sabah,” katanya.
Ketua Menteri berkata, jurutera pada masa kini bukan sahaja pembina negara, tetapi juga arkitek penyelesaian dan rakan strategik dalam tadbir urus.
“Menerusi pelan hala tuju Sabah Maju Jaya 2.0 (SMJ 2.0), Kerajaan Negeri telah menetapkan agenda yang berani dan transformatif dengan keutamaan yang jelas iaitu memperkukuh jaringan infrastruktur, mempercepat pertumbuhan industri dan ekonomi, memastikan pengurusan sumber yang mampan serta memperkasa modal insan berkualiti tinggi.
“Kita tidak mampu mencapainya bersendirian. Kerjasama dan usaha anda semua amat penting untuk merealisasikan agenda ini demi kebaikan negeri dan rakyat kita,” katanya.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri melihat IEM Sabah bukan sekadar sebuah badan profesional, tetapi sebagai rakan strategik dalam pembangunan negeri.
“Pada masa hadapan, kerjasama ini perlu diperkukuhkan dengan matlamat dan impak yang lebih besar,” katanya.
Beliau berharap IEM Sabah akan terus melahirkan jurutera yang bukan sahaja cemerlang dari segi teknikal dan berfikiran jauh, tetapi juga berpegang teguh kepada etika serta bertanggungjawab secara profesional, selain berdaya saing di peringkat global tanpa mengabaikan keperluan Sabah.
“Ini adalah pelaburan kita untuk generasi muda agar mereka menjadi arkitek kepada fasa pertumbuhan Sabah yang seterusnya,” katanya.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor has urged the Institution of Engineers Malaysia (IEM) Sabah to drive innovation and the Fourth Industrial Revolution (IR 4.0) adoption.
He said this included in advancing digital engineering, smart infrastructure, and green technologies to position Sabah for the future economy.
"Through professionalism and integrity, IEM Sabah will elevate engineers as trusted pillars of society. This is not merely collaboration, it is a shared mission to build Sabah's future," he said at the IEM Sabah 51st Anniversary Dinner at the Magellan Sutera here on Saturday.
His speech was delivered by Deputy Chief Minister I/Works and Utilities Minister Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam.
"I trust IEM Sabah will pursue a more active role in collaborating with the State Government to ensure the highest standards in project quality, safety, and sustainability.
"This includes accelerating the development of local engineers toward Professional Engineer (PE) status and building a strong and self-reliant engineering workforce for Sabah," he said.
The Chief Minister acknowledged that engineers today are nation builders, solution architects, and strategic partners in governance.
"Through the Sabah Maju Jaya 2.0 (SMJ 2.0) roadmap, the State Government has set a bold and transformative agenda with clear priorities - strengthen infrastructure connectivity, accelerate industrial and economic growth, ensure sustainable resource management and empower high-quality human capital.
"We cannot achieve this alone. Your cooperation and efforts are essential to drive this forward for the good of our state and our people.
"The State Government sees IEM Sabah not merely as a professional body, but as a strategic partner in development. Moving forward, this partnership must be strengthened with greater purpose and impact," he said.
He hoped IEM Sabah will continue to nurture engineers who are technically excellent and forward-thinking, ethically grounded and professionally accountable, globally competitive yet rooted in Sabah's needs.
"This is our investment in our young people to be architects of Sabah's next phase of growth," he said.
Ends