KM: Sumbangan tajaan KPA terus meningkat sejak 2025 (Deibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri sentiasa menyokong industri media melalui bantuan  dari segi tajaan kewangan kepada penganjuran KInabalu Press Awards, kata Ketua  Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

Beliau berkata sejak tahun 2025, sumbangan tajaan untuk penganjuran KPA telah  meningkat sebanyak RM110,000 berbanding RM100,000 pada tahun 2024. 

“Peningkatan sumbangan tajaan ini membuktikan bahawa kerajaan negeri sentiasa  menghargai dan mengiktiraf sumbangan wartawan sekali gus menyokong segala usaha  untuk kecemerlangan pengamal media di negeri ini. 

“Oleh itu, kerajaan negeri akan terus memberi sokongan sebagai penaja utama untuk  majlis ini. Kerajaan negeri terus menjadi penyumbang utama tajaan kepada Kinabalu  Press Awards pada tahun ini,” katanya sempena Majlis Kinabalu Press Awards (KPA)  2026 di sini pada Sabtu. 

Ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk  Joniston Bangkuai. 

Katanya, kerajaan negeri amat menghargai sumbangan wartawan sebagai rakan kongsi  strategik dalam menyebarkan dasar dan kejayaan pembangunan kerajaan kepada  rakyat. 

“Pelaporan berita khususnya mengenai Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya telah digalas  dengan sebaiknya. Malah, pada saat-saat sebelum pembubaran Dewan Undangan  Negeriu (DUN) Sabah hinggalah berakhirnya pilihan raya negeri ke-17 tahun lalu,  pengamal media telah terlibat secara langsung khususnya dalam aspek pelaporan  berita. 

“Saya sendiri melihat secara dekat bagaimana pengamal media bekerja keras, bertugas  lebih masa, mengejar berita dari pelbagai sudut dan memastikan setiap laporan yang  disampaikan tepat serta berintegriti tinggi demi kepentingan rakyat. 

“Sepanjang tempoh itu juga, saya dapat melihat pengamal media bekerja tanpa mengira  waktu, termasuk berhujan dan berpanas bagi melaporkan setiap perkembangan  semasa. Syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua pengamal media atas komitmen  dalam menjalankan tugas mereka.,” katanya.

Walaupun kepantasan berita menjadi keutamaan, beliau bagaimanapun menegaskan  bahawa ketepatan dan kesahihan fakta tidak boleh dikompromi. 

“Justeru, saya ingin menyeru kepada semua pengamal media agar terus menjalankan  tugas dengan penuh integriti, berlandaskan prinsip kewartawanan yang profesional dan  bertanggungjawab. 

“Pengamal media juga perlu sentiasa melaporkan berita yang tepat, telus, beretika, dan  tidak mudah terpengaruh dengan maklumat palsu,” katanya. 

Tamat

English Version 

KOTA KINABALU: The State Government continues to support the media industry  through financial sponsorship for the organisation of the Kinabalu Press Awards (KPA),  said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

He said sponsorship for the KPA has increased to RM110,000 since 2025, compared to  RM100,000 in 2024. 

“The increase in sponsorship demonstrates that the State Government values and  recognises the contributions of journalists, while supporting efforts to promote  excellence among media practitioners in the state. 

“Therefore, the State Government will continue to support this event as its main sponsor.  The State Government remains the principal contributor to the Kinabalu Press Awards  this year,” he said in conjunction with the Kinabalu Press Awards (KPA) 2026 here on  Saturday. 

His speech was delivered by Assistant Minister to the Chief Minister, Datuk Joniston  Bangkuai. 

Hajiji said the State Government greatly appreciates the role of journalists as strategic  partners in communicating government policies and development achievements to the  people. 

“News reporting, particularly on the Sabah Maju Jaya Development Plan, has been  carried out commendably. In fact, from the period leading up to the dissolution of the  Sabah State Legislative Assembly (DUN) until the conclusion of the 17th State Election  last year, media practitioners were directly involved, especially in the reporting of news  developments. 

“I personally witnessed how media practitioners worked tirelessly, putting in extra hours,  pursuing stories from various angles and ensuring that every report delivered was  accurate and upheld the highest standards of integrity for the benefit of the people. 

“Throughout that period, I also saw media practitioners working around the clock,  braving rain and shine to report on every development. Once again, congratulations and  well done to all media practitioners for their commitment in carrying out their duties,” he  said.

While the speed of news delivery remains important, he stressed that accuracy and  factual integrity must never be compromised. 

“As such, I urge all media practitioners to continue carrying out their duties with integrity,  guided by professional and responsible journalistic principles. 

“Media practitioners must also continue to report accurately, transparently and ethically,  and not be easily influenced by false information,” he said. 

Ends