Kerajaan Sabah komited pastikan perpaduan kekal utuh (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Kerajaan Negeri Sabah sentiasa komited dalam memastikan aspek perpaduan dan keharmonian terus menjadi asas kepada pembangunan negeri.
Menurut beliau, Kerajaan Negeri sentiasa menyokong semua program yang berunsur perpaduan yang mempertemukan rakyat daripada pelbagai latar belakang, agar hubungan antara komuniti terus diperkukuh.
“Kita juga turut mengangkat aspirasi Malaysia MADANI - yang mengutamakan konsep kesejahteraan, ihsan, hormat menghormati dan kemampanan dalam pembangunan negara, sebagai asas keutuhan perpaduan dan kemakmuran bersama,” katanya pada sambutan Minggu Perpaduan Kebangsaan di perkarangan Kompleks Sukan Likas di sini hari ini.
Hajiji berkata pemilihan pemilihan Sabah sebagai tuan rumah sambutan Minggu Perpaduan peringkat kebangsaan tahun ini merupakan satu penghormatan besar kepada negeri ini.
“Pada masa sama, ia juga merupakan satu pengiktirafan terhadap budaya kehidupan masyarakat Sabah yang sejak sekian lama menjadikan keharmonian dan kebersamaan sebagai satu cara hidup warisan turun temurun,” katanya, sambil menambah inilah juga sumbangan terbesar Sabah kepada pembinaan negara bangsa Malaysia.
“Kita juga melihat saudara-saudara kita dari Semenanjung dan Sarawak, bersama sama di sini, bukan hanya sebagai tetamu, tetapi juga sebagai satu keluarga besar Malaysia,” katanya.
Ketua Menteri mengajak semua untuk menyelami serta mentafsir semula erti perpaduan sebagai persediaan mendepani masa depan yang lebih mencabar.
“Perpaduan sebenar tidak lagi boleh diukur sekadar pada budi bahasa yang indah atau batas toleransi yang pasif.
“Sebaliknya, perpaduan yang tulen menuntut tindakan yang nyata, komitmen yang berterusan, keikhlasan, rasa saling menghormati, dan yang paling utama ialah terjaminnya keadilan sosioekonomi serta kesaksamaan bagi setiap wilayah.
“Sesebuah institusi keluarga, apatah lagi sebuah negara bangsa besar yang bersifat majmuk seperti Malaysia, hanya akan benar-benar utuh dan teguh apabila setiap ahlinya; atau setiap negeri dan wilayahnya, merasakan diri mereka secara mutlak dihargai, dilindungi dan dibangunkan secara adil dan saksama.
“Dengan semangat kekitaan dan kebersamaan yang tulen, sebagai satu keluarga besar Malaysia, hidup dalam semangat perpaduan itu penting dan hidup dalam keharmonian juga penting; ke arah kemakmuran dan kesejahteraan yang berkekalan,” katanya.
Beliau turut ingin mengajak seluruh rakyat Sabah, untuk terus memelihara keharmonian, menghargai kepelbagaian kaum dan agama, serta memperkukuh semangat muhibah yang selama ini menjadi identiti unik rakyat Sabah.
“Dengan semangat kerjasama yang jitu, sudah pasti fokus kepada perpaduan dan pembangunan akan dapat dijayakan dengan lebih mudah melalui kesepakatan sosial dan iltizam politik yang melibatkan semua pihak.
“Marilah kita terus mempereratkan komitmen bersama untuk memelihara kemakmuran, memperkukuh perpaduan dan memastikan keharmonian yang kita warisi hari ini dapat terus dinikmati oleh generasi akan datang,” katanya.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the Sabah Government remains committed to ensuring that unity and harmony continue to serve as the foundation of the State’s development.
He said the State Government always supports programmes that promote unity by bringing together people from diverse backgrounds, thereby strengthening ties among communities.
“We also uphold the aspirations of Malaysia MADANI — which emphasises the concept of well-being, compassion, mutual respect and sustainability in national development — as the basis for strong unity and shared prosperity,” he said at the National Unity Week celebration at the grounds of the Likas Sports Complex here today.
Hajiji said Sabah’s selection as the host of this year’s National Unity Week celebration was a great honour for the State.
“At the same time, it is also a recognition of the Sabah way of life, where harmony and togetherness have long been embraced as a cherished heritage passed down through generations,” he said, adding that this is Sabah’s greatest contribution to nation-building in Malaysia.
“We also see our brothers and sisters from Peninsular Malaysia and Sarawak here, not merely as guests, but as members of one big Malaysian family,” he said.
The Chief Minister called on everyone to reflect on and redefine the meaning of unity as preparation for a more challenging future.
“True unity can no longer be measured merely by courteous behaviour or passive tolerance.
“Instead, genuine unity requires concrete action, continuous commitment, sincerity, mutual respect and, most importantly, the assurance of socio-economic justice and equality for every region.
“A family institution, and even more so a large, plural nation such as Malaysia, can only be truly strong and resilient when every member or state and territory feels genuinely valued, protected and developed in a fair and equitable manner.
“With a genuine spirit of belonging and togetherness as one big Malaysian family, living in unity is important and living in harmony is equally important in achieving lasting prosperity and well-being,” he said.
He also called on the people of Sabah to continue preserving harmony, appreciating ethnic and religious diversity, and strengthening the spirit of goodwill that has long been the unique identity of Sabahans.
“With strong cooperation, our focus on unity and development can certainly be achieved more effectively through social consensus and political commitment involving all parties.
“Let us continue to strengthen our collective commitment to safeguarding prosperity, reinforcing unity and ensuring that the harmony we enjoy today can continue to be inherited by future generations,” he said.
Ends