Projek Sabah Southern MADANI Link pemangkin pembangunan, perkukuh bekalan elektrik Sabah (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
SIPITANG: Projek Sabah Southern MADANI Link yang dilancarkan hari ini bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi negeri menerusi penyediaan sistem bekalan elektrik yang lebih stabil, kukuh dan berkualiti bagi memenuhi keperluan pembangunan Sabah pada masa depan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata projek yang sekian lama dinantikan rakyat Sabah itu bukan sekadar projek infrastruktur penghantaran elektrik, malah merupakan pelaburan strategik yang akan memberi kesan besar kepada kestabilan serta kemampanan tenaga negeri, sekali gus menyokong pembangunan ekonomi jangka panjang.
Beliau berkata, projek berkenaan juga akan memperkukuh jaringan penghantaran elektrik negeri, meningkatkan kestabilan sistem grid serta mengurangkan risiko gangguan bekalan elektrik yang boleh menjejaskan aktiviti ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
"Projek ini juga amat penting untuk membawa Sabah ke fasa pembangunan yang seterusnya apabila pelbagai sektor strategik seperti pembuatan, industri minyak dan gas, pemprosesan hiliran, pelancongan, pertanian moden, pusat data digital serta industri berasaskan teknologi dapat menikmati bekalan tenaga yang stabil, mencukupi dan berkualiti.
"Justeru, pembangunan sektor tenaga bukan lagi sekadar memenuhi keperluan semasa, sebaliknya menjadi asas kepada perancangan masa depan negeri," katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Projek Sabah Southern MADANI Link yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim, di Kompleks Persatuan Kebudayaan Lundayeh, di sini pada Sabtu.
Hajiji berkata, projek berkenaan yang diluluskan Kerajaan Persekutuan membuktikan komitmen berterusan Perdana Menteri dalam menyokong program-program pembangunan Sabah, khususnya bagi memenuhi keperluan asas rakyat melalui penyediaan infrastruktur tenaga yang lebih berdaya tahan.
Beliau berkata, pelaksanaan projek itu juga mencerminkan kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam memastikan Sabah memiliki sistem bekalan elektrik yang lebih stabil, kukuh dan berkualiti.
Dalam pada itu, Hajiji berkata Kerajaan Negeri telah menetapkan hala tuju pembangunan sektor tenaga menerusi Sabah Energy Roadmap and Master Plan (SE RAMP) 2040 yang berpaksikan tiga teras utama, iaitu keselamatan tenaga, akses tenaga yang saksama dan kemampanan tenaga.
Katanya, pelan itu menjadi panduan utama kerajaan bagi memastikan bekalan tenaga bukan sahaja mencukupi untuk memenuhi keperluan semasa, malah mampu menyokong pertumbuhan ekonomi negeri dalam jangka panjang.
Beliau berkata, pembangunan sumber tenaga boleh diperbaharui juga akan terus dipergiatkan memandangkan Sabah mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai hab tenaga hijau di Pulau Borneo.
"Dengan sumber hidro yang melimpah, kadar sinaran suria yang tinggi sepanjang tahun serta potensi biojisim yang luas, Sabah berada pada kedudukan strategik untuk menerajui pembangunan tenaga bersih di rantau ini.
"Potensi ini bukan sahaja mampu menarik pelaburan bernilai tinggi, malah mewujudkan peluang ekonomi baharu serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat," katanya.
Ketua Menteri berkata, infrastruktur tenaga yang kukuh amat penting bagi menyokong pembangunan kawasan perindustrian strategik seperti Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP), Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Lahad Datu serta pelbagai kawasan perindustrian dan hab pertumbuhan ekonomi yang sedang dirancang di seluruh negeri.
Menurutnya, semua kawasan berkenaan memerlukan bekalan tenaga elektrik yang stabil dan mencukupi bagi menyokong aktiviti industri serta menarik lebih banyak pelaburan domestik dan antarabangsa.
"Projek Sabah Southern MADANI Link bukan sahaja meningkatkan kebolehpercayaan bekalan elektrik antara wilayah, malah menyediakan kapasiti yang diperlukan untuk mengintegrasikan lebih banyak sumber tenaga boleh diperbaharui ke dalam sistem grid Sabah pada masa hadapan," katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas sokongan yang diberikan terhadap pelaksanaan projek berkenaan serta kepada semua pihak yang menjayakan usaha itu.
"Semoga projek ini menjadi asas kepada masa depan Sabah yang lebih gemilang dengan bekalan tenaga yang stabil, ekonomi yang terus berkembang pesat dan kemajuan yang dapat dinikmati oleh seluruh rakyat negeri ini," katanya.
Tamat
English Version
SIPITANG: The Sabah Southern MADANI Link project launched today will serve as a catalyst for the State's economic development by providing a more stable, robust and reliable electricity supply system to meet Sabah's future development needs.
Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the long-awaited project is not merely an electricity transmission infrastructure project but also a strategic investment that will have a significant impact on the stability and sustainability of Sabah's energy sector, while supporting long-term economic growth.
He said the project will strengthen the State's electricity transmission network, improve grid system stability and reduce the risk of power disruptions that could affect economic activities and the wellbeing of the people.
"This project is crucial in bringing Sabah into its next phase of development, as strategic sectors such as manufacturing, oil and gas, downstream processing, tourism, modern agriculture, digital data centres and technology-based industries will benefit from a stable, sufficient and high-quality energy supply.
"Therefore, energy sector development is no longer solely about meeting current needs, but has become the foundation for the State's future planning," he said when speaking at the launch of the Sabah Southern MADANI Link Project, officiated by Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, at the Lundayeh Cultural Association Complex here on Saturday.
Hajiji said the project, approved by the Federal Government, demonstrates the Prime Minister's continued commitment to supporting Sabah's development programmes, particularly in meeting the people's basic needs through the provision of more resilient energy infrastructure.
He said the implementation of the project also reflects the close cooperation between the State and Federal Governments in ensuring Sabah has a more stable, robust and reliable electricity supply system.
Meanwhile, Hajiji said the State Government has charted the direction of Sabah's energy sector development through the Sabah Energy Roadmap and Master Plan (SE-RAMP) 2040, which is based on three key pillars: energy security, equitable energy access and energy sustainability.
He said the plan serves as the Government's main guide in ensuring energy supply is not only sufficient to meet current demand but is also capable of supporting Sabah's long-term economic growth.
He added that the development of renewable energy resources will continue to be intensified as Sabah has strong potential to emerge as a green energy hub on the island of Borneo.
"With abundant hydro resources, high solar irradiation throughout the year and extensive biomass potential, Sabah is strategically positioned to lead clean energy development in the region.
"This potential will not only attract high-value investments but also create new economic opportunities and generate more jobs for the people," he said.
The Chief Minister said strong energy infrastructure is essential to support the development of strategic industrial areas such as the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP), Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Lahad Datu, as well as various industrial zones and economic growth hubs being planned throughout the State.
According to him, all these areas require a stable and adequate electricity supply to support industrial activities and attract more domestic and international investments.
"The Sabah Southern MADANI Link project will not only enhance the reliability of electricity supply between regions, but also provide the capacity required to integrate more renewable energy sources into Sabah's grid system in the future," he said.
He also expressed appreciation to the Prime Minister for his support towards the implementation of the project, as well as to all parties involved in making it a reality.
"May this project serve as a foundation for a brighter future for Sabah, with a stable energy supply, a rapidly growing economy and progress that can be enjoyed by all the people of the State," he said.
Ends