KM ajak rakyat terus kukuhkan perpaduan, kebersamaan untuk kemajuan (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu 

PENAMPANG: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menegaskan bahawa keteguhan perpaduan dan kebersamaan adalah teras utama untuk maju bersama seterusnya memastikan kelestarian pembangunan Sabah selaras dengan  Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0. 

Ini katanya seiring dengan komitmen kerajaan negeri yang sememangnya komited dan akan terus melipatgandakan usaha bagi memastikan kepesatan pembangunan negeri dan kebajikan rakyat terus terbela. 

“Pelbagai inisiatif sedang dan akan terus dilaksanakan, termasuklah memperkukuhkan ekonomi negeri menerusi agenda yang ditetapkan dalam Hala Tuju Sabah SMJ 2.0. Usaha ini termasuklah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan produktiviti sektor pertanian, memperkasa modal insan, melestarikan kesejahteraan rakyat baik di luar bandar mahu pun bandar dan memajukan sektor pelancongan melalui kebudayaan. 

“Dalam usaha mencapai matlamat ini, sudah tentulah kerajaan memerlukan segenap lapisan rakyat di negeri ini untuk terus bersatu hati dan bersama dalam membangunkan negeri ini,” katanya pada Majlis Penutupan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026 di Dewan Hongkod Koisaan, KDCA Penampang di sini pada Ahad. 

Dalam pada itu Ketua Menteri mahu rakyat akan terus sepakat, berganding bahu dalam menangani apa juga cabaran, seiring dengan tema sambutan iaitu “Kaamatan: Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian”. 

“Tema ini amat signifikan dengan suasana dan cabaran semasa yang kita sedang hadapi. Ketidaktentuan ekonomi, cabaran kenaikan kos sara hidup dan pelbagai cabaran lain menuntut kita untuk terus sepakat, berganding bahu dalam menangani apa juga cabaran,” katanya. 

Mengenai perayaan itu, beliau berkata Pesta Kaamatan bukan sekadar perayaan budaya, tetapi platform penting untuk memelihara tradisi etnik daripada pupus, memupuk toleransi, dan memperkukuh kestabilan politik serta pembangunan negeri.

“Pesta Kaamatan juga mengingatkan kita bahawa setiap usaha yang membuahkan hasil tuaian memerlukan usaha gigih, kesetiaan bekerja dan pengurusan kerjasama. Masa depan Sabah yang makmur tidak akan terbina dengan retorik semata-mata, tetapi melalui kerja keras, kesepakatan, keharmonian dan keikhlasan seluruh lapisan rakyat. 

“Semoga Sabah akan terus melangkah ke hadapan sebagai negeri yang aman, sejahtera, maju jaya dan dihormati berteraskan nilai-nilai budayanya yang unik, ditambah dengan sokongan padu daripada rakyat keseluruhannya,” katanya 

Beliau turut melahirkan rasa bangga dengan kehadiran seluruh lapisan masyarakat pelbagai kaum selain presiden-presiden pertubuhan dan persatuan etnik seluruh Sabah. 

“Kehadiran kita semua menjadikan perayaan ini bukti perpaduan yang utuh masyarakat Sabah. Tidak lupa kepada semua pelancong yang datang untuk sama-sama memeriahkan perayaan ini. Perayaan ini adalah manifestasi kesyukuran atas tuaian padi yang melimpah dan simbol perpaduan kaum yang utuh,” katanya. 

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menyempurnakan Majlis Penutupan  Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026. 

Yang turut hadir isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag,  Timbalan Ketua Menteri I yang juga Menteri Kerja Raya dan Utiliti merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2026, Datuk Seri  Panglima Dr Joachim Gunsalam; Huguan Siou, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang  juga Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) dan Setiausaha Kerajaan  Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong. 

Tamat

English Version 

PENAMPANG: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor stressed that  strong unity and togetherness are the core pillars for collective progress and for ensuring  Sabah’s development sustainability in line with the Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0  Roadmap. 

He said this is in keeping with the State Government’s unwavering commitment to  intensify efforts to ensure the continued rapid development of the state and the well being of its people. 

“Various initiatives are being and will continue to be implemented, including  strengthening the state economy through the agenda outlined under the Sabah SMJ 2.0  Roadmap. These efforts include creating more employment opportunities, increasing  productivity in the agricultural sector, empowering human capital, enhancing the well 

being of the people in both rural and urban areas, and advancing the tourism sector  through culture. 

“In achieving these goals, the government certainly requires the support and unity of all  segments of society in the state to continue working together in developing Sabah,” he  said at the closing of the 2026 State-Level Kaamatan Festival at the Hongkod Koisaan  Hall at the KDCA, on Sunday. 

The Chief Minister called on the people to remain united and work hand in hand in facing  whatever challenges may arise, in line with this year’s celebration theme, “Kaamatan:  Harvesting Unity, Celebrating Harmony.” 

“This theme is highly significant in the context of the current environment and challenges  we are facing. Economic uncertainties, rising cost of living pressures and various other  challenges require us to remain united and work together in overcoming any obstacle,”  he said. 

On the festival, he said that the Kaamatan Festival is not merely a cultural celebration,  but also an important platform to preserve ethnic traditions from extinction, foster  tolerance and strengthen political stability and state development. 

“The Kaamatan Festival also reminds us that every successful harvest requires hard  work, dedication and effective cooperation. Sabah’s prosperous future will not be built  on rhetoric alone, but through hard work, unity, harmony and sincerity among all levels  of society.

“May Sabah continue to move forward as a peaceful, prosperous, progressive and  respected state, founded upon its unique cultural values and strengthened by the  unwavering support of its people,” he said. 

He also expressed pride in the attendance of people from all walks of life and various  ethnic communities, as well as presidents of ethnic associations and organisations from  throughout Sabah. 

“The presence of all of us today is a testament to the strong unity of Sabah’s society.  We also extend our appreciation to all tourists who have come to join in this celebration.  This festival is a manifestation of gratitude for a bountiful rice harvest and a symbol of  strong racial unity,” he said. 

The Yang di-Pertua Negeri of Sabah, Tun Musa Aman officiated the closing ceremony  of the 2026 State-Level Kaamatan Festival. 

Present were the wife of the Chief Minister, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah  Salag, Deputy Chief Minister I and Minister of Works and Utilities, who is also Chairman  of the Main Organising Committee for the 2026 State-Level Kaamatan Festival, Datuk  Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam, Huguan Siou, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan and 

President of the Kadazandusun Cultural Association (KDCA) and State Secretary, Datuk  Seri Panglima Sr Safar Untong. 

Ends