Sabah mengalu-alukan peluang kerjasama dengan Norway (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu 

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengalu alukan peluang kerjasama strategik dengan negara Scandinavia, Norway. 

Ini merupakan mesej yang beliau sampaikan semasa pertemuan dengan Duta Besar  Norway ke Malaysia Marianne Fosland di Menara Kinabalu hari ini. 

Beliau berkata Sabah komited terhadap agenda pembangunan lestari dan mengalu alukan peluang kerjasama strategik dalam bidang ekonomi hijau, tenaga boleh  diperbaharui, pelancongan dan pembangunan teknologi.  

Dalam pertemuan tersebut turut dibincangkan promosi Sabah sebagai destinasi eko pelancongan bertaraf antarabangsa dan potensi kerjasama promosi pelancongan  Eropah-Sabah.  

Fosland diiringi oleh oleh Timbalan Ketua Misi, Knutt Granli. 

Tamat

English Version 

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor welcomed  strategic cooperation opportunities with the Scandinavian country of Norway. 

This was the message he conveyed during a meeting with Norway’s Ambassador to  Malaysia, Marianne Fosland, at Menara Kinabalu today. 

He said Sabah remains committed to the sustainable development agenda and  welcomes strategic cooperation opportunities in the fields of green economy, renewable  energy, tourism and technology development. 

The meeting also discussed the promotion of Sabah as a world-class ecotourism  destination and the potential for Europe-Sabah tourism promotion cooperation. 

Accompanying Fosland was Deputy Head of Mission, Knutt Granli. 

Ends