Umat Islam diajak hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengajak umat Islam di negeri ini agar menjadikan sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anakandanya, Nabi Ismail AS sebagai iktibar yang sentiasa dihayati dalam menghadapi cabaran kehidupan seharian.
Dalam masa sama beliau turut menyeru kepada semua rakyat keseluruhannya agar sentiasa menjaga silaturahim, bersatu-padu dan mengelakkan daripada terjadinya perpecahan dan perbalahan.
“Aidiladha adalah hari kebesaran Islam yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia dengan penuh keinsafan dan pengertian yang besar. Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anakandanya, Nabi Ismail AS sebagai ktibar yang sentiasa dihayati oleh seluruh umat Islam.
“Semangat inilah yang perlu kita hayati dalam mengharungi sebuah perjuangan. Pengorbanan memerlukan ketabahan dan ia harus bermula daripada diri sendiri. Inilah yang kita pelajari daripada sirah Rasulullah S.A.W yang memberikan inspirasi dan kekuatan dalam perjuangan kita dalam membangunkan negeri tercinta ini.
“Marilah kita sama-sama mengambil peluang pada hari yang penuh barakah ini untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan bagi rakyat dan negeri ini,” katanya dalam Perutusan Hari Raya Aidiladha 1447H, di sini pada Selasa.
Sehubungan itu beliau berharap agar Aidiladha yang disambut pada tahun ini sebagai satu titik tolak untuk umat Islam terus bermotivasi dan komited meningkatkan mutu dan nilai pengorbanan agar tergolong dalam kalangan hamba Allah SWT yang dirahmati.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor has called on Muslims in the state to take the story of the sacrifice of Prophet Ibrahim (AS) and his son, Prophet Ismail (AS), as a lesson to be continuously reflected upon in facing the challenges of daily life.
At the same time, he also urged the people to always preserve goodwill, remain united and avoid division and conflict.
“Aidiladha is a major Islamic celebration observed by Muslims throughout the world with deep reflection and great significance. The story of the sacrifice of Prophet Ibrahim (AS) and his son, Prophet Ismail (AS), serves as a lesson that is continually embraced by all Muslims.
“It is this spirit that we must embody in facing every struggle. Sacrifice requires perseverance and it must begin with ourselves. This is what we learn from the sirah of Rasulullah S.A.W, which provides inspiration and strength in our struggle to develop our beloved state.
“Let us all take the opportunity on this blessed day to pray for the continued wellbeing and safety of the people and the state,” he said in his Aidiladha 2026/1447H message here on Tuesday.
In this regard, he expressed hope that the Aidiladha celebration this year would serve as a turning point for Muslims to remain motivated and committed to enhancing the quality and value of sacrifice so that they will be among the blessed servants of Allah SWT.
Ends