KM: Kerajaan Negeri penjaga bertanggungjawab alam sekitar Sabah (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor memberi jaminan Kerajaan Sabah terus menjadi penjaga yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar negeri ini, sambil kekal tegas mempertahankan masa depan ekonomi rakyat.
“Inilah keseimbangan yang dicari Sabah. Inilah masa depan yang sedang dibina oleh Sabah,” katanya pada sidang kemuncak Powering Green Growth: Sabah and Malaysia in the Age of Sustainability World Green and Sustainability (WGSS) di Shangri-La Tanjung Aru Resort dekat sini pada Isnin.
Beliau berkata Sabah menyokong sepenuhnya tenaga boleh diperbaharui dan perlindungan alam sekitar yang lebih kukuh, namun pada masa sama Sabah masih merupakan sebuah negeri membangun.
“Kita sedang memperkukuh infrastruktur, memperluas kapasiti industri, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan keselamatan tenaga demi pertumbuhan jangka panjang. Jadi pendirian kita jelas,” katanya.
Hajiji berkata tenaga bukan sekadar isu alam sekitar, tetapi juga isu ekonomi dan soal keselamatan jangka panjang Sabah, justeru campuran tenaga yang seimbang dan praktikal adalah penting.
“Tenaga boleh diperbaharui jelas merupakan sebahagian daripada masa depan kita. Tenaga solar, hidro, biojisim, biogas dan teknologi bersih lain mesti terus diperluaskan sebagai sebahagian daripada pelan hala tuju tenaga jangka panjang Sabah.
“Pelan Hala Tuju dan Pelan Induk Tenaga Sabah 2040 sendiri menekankan tenaga yang boleh dipercayai, mudah diakses, mampu dimiliki dan mampan termasuk peningkatan margin rizab penjanaan, campuran penjanaan yang lebih baik serta peningkatan sumbangan tenaga boleh diperbaharui,” katanya.
Hajiji turut mengemukakan persoalan: jika Sabah terus memikul tanggungjawab alam sekitar yang besar untuk negara, maka bagaimana Sabah menerima nilai ekonomi yang adil daripada sumbangan tersebut?
“Ini bukan persoalan mementingkan diri. Ini persoalan yang adil. Pemuliharaan sering diperkatakan sebagai tanggungjawab moral. Dan ya, ia adalah tanggungjawab yang kita ambil serius. Namun pemuliharaan juga mempunyai kos ekonomi. Apabila tanah dipelihara, wujud kos peluang. Apabila hutan dilindungi, ada hasil yang terpaksa dilepaskan,” katanya.
“Apabila ekosistem menyerap karbon dan menyokong biodiversiti, nilai yang diwujudkan bukan hanya memberi manfaat kepada Sabah. Ia memberi manfaat kepada Malaysia. Ia memberi manfaat kepada rantau ini. Ia memberi manfaat kepada dunia.
“Oleh itu, perbincangan baharu mengenai kemampanan juga mesti menjadi perbincangan mengenai keadilan. Nilai yang adil. Pengiktirafan yang adil. Pelaburan yang adil dan penyertaan yang adil.
“Sabah tidak boleh terus dilihat hanya sebagai tempat yang menyumbang modal semula jadi. Sabah juga mesti menjadi tempat yang menerima manfaat daripada modal semula jadi,” katanya.
Beliau menambah Sabah mampu membuktikan bahawa sebuah negeri membangun tidak perlu memilih antara melindungi alam semula jadi dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
“Kita boleh melakukan kedua-duanya, tetapi kita mesti melaksanakannya dengan cara yang sesuai untuk Sabah," katanya.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor assured the Sabah Government continues to be a responsible custodian of the state’s environment, while remaining firm in defending the economic future of the people.
“This is the balance Sabah seeks. This is the future Sabah is building,” he said at the Powering Green Growth: Sabah and Malaysia in the Age of Sustainability World Green and Sustainability Summit (WGSS) at Shangri-La Tanjung Aru Resort near here on Monday.
He said Sabah fully supported renewable energy and stronger environmental protection, but at the same time, Sabah is still a developing state.
“We are strengthening infrastructure, expanding industrial capacity. creating jobs and improving energy security for long-term growth. So our position is clear,” he said.
Hajiji said energy is not merely an environmental issue, but also an economic issue and a matter of long-term security for Sabah, hence, a balanced and practical energy mix is important.
“Renewable energy is clearly part of our future. Solar, hydro, biomass, biogas and other clean technologies must continue to expand as part of Sabah’s long-term energy roadmap.
“The Sabah Energy Roadmap and Master Plan 2040 itself, emphasises on reliable, accessible, affordable and sustainable energy including improved generation reserve margin, a better generation mix, and increased renewable contribution,” he said.
Hajiji also posed a question: if Sabah continues to carry major environmental responsibility for the nation, then how does Sabah receive fair economic value from that contribution?
“This is not a selfish question. It is a fair question. Conservation is often spoken of as a moral duty. And yes it is a duty we take seriously. But conservation also has an economic cost. When land is preserved, there is an opportunity cost. When forests are protected, there is revenue forgone,” he said.
“When ecosystems absorb carbon and support biodiversity, the value created does not benefit Sabah alone. It benefits Malaysia. It benefits the region. It benefits the world.
“Therefore, the new sustainability conversation must also be a conversation about fairness. Fair value. Fair recognition. Fair investment and fair participation.
“Sabah cannot continue to be seen only as a place that contributes natural capital. Sabah must also become a place that benefits from natural capital,” he said.
He added Sabah can prove that a developing state does not need to choose between protecting nature and improving livelihoods.
“We can do both, but we must do it in a way that is right for Sabah," he said.
Ends