Siling pembangunan RM12.02 bilion diluluskan untuk Sabah di bawah RMK13 (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Sebanyak RM12.02 bilion siling pembangunan telah diluluskan untuk  Sabah di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi membiayai 1,173 program dan  projek - peruntukan pembangunan terbesar dalam sejarah negeri ini. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bagaimanapun mengingatkan  bahawa ia bukan sekadar soal perbelanjaan, tetapi mengenai pelaksanaan, impak serta  memastikan pembangunan sampai kepada komuniti di seluruh Sabah. 

“Industri pembinaan akan memainkan peranan utama dalam transformasi ini. Di seluruh  Sabah, kita sedang menyaksikan momentum kukuh dalam pembangunan infrastruktur,  daripada jalan raya dan kemudahan kesihatan kepada utiliti serta jaringan digital,”  katanya. 

“Lebuh Raya Pan Borneo khususnya menggambarkan momentum ini. Ia bukan sekadar  mewujudkan hubungan, malah membuka peluang ekonomi dan meningkatkan akses di  seluruh negeri. 

“Pusat bandar kita - Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau sedang berkembang menjadi  hab moden dan dinamik yang mencerminkan Sabah baharu yang sedang kita bina,”  katanya pada majlis perasmian International Construction Week (ICW) Borneo dan  BuildXpo di Hotel Sheraton Kota Kinabalu di sini hari ini. 

Ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan, Datuk  Seri Panglima Masidi Manjun. 

Berdasarkan cabaran pelaksanaan sebelum ini, Ketua Menteri berkata keutamaan pada  masa hadapan adalah mempercepatkan penyampaian, memperkukuh koordinasi dan  memastikan projek dilaksanakan dengan nilai yang berkekalan. 

Beliau berkata, dalam tempoh lima tahun akan datang, tumpuan akan diberikan kepada  strategi memperkukuh jaringan perhubungan menerusi rangkaian pengangkutan,  sistem logistik dan pembangunan pelabuhan bagi memacu perdagangan serta  pertumbuhan ekonomi, selain memastikan pertumbuhan yang mampan dan berdaya  tahan supaya kemajuan hari ini tidak menjejaskan peluang masa hadapan. 

Strategi lain termasuk memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik - menterjemahkan pembangunan kepada penambahbaikan nyata dalam kehidupan  rakyat Sabah serta meningkatkan standard industri menerusi tadbir urus yang lebih baik,  keupayaan lebih kukuh dan akauntabiliti yang lebih tinggi, katanya. 

Dalam hal ini, Hajiji berkata ICW Borneo merupakan platform penting yang  menghimpunkan idea, kepakaran dan kerjasama yang diterjemahkan kepada hasil  sebenar. 

“Ia membolehkan Sabah berhubung secara langsung dengan pemimpin industri,  pelabur dan profesional yang boleh menjadi rakan dalam perjalanan pertumbuhan kita. 

“Kepada semua yang hadir hari ini, Sabah mengalu-alukan kerjasama anda. Kita  mencari rakan yang membina dengan tujuan, melaksanakan dengan integriti dan  komited terhadap kualiti. Peluang yang ada amat besar, meliputi infrastruktur,  pembangunan bandar dan pertumbuhan mampan,” katanya. 

Hajiji turut menegaskan bahawa Sabah dibuka untuk perniagaan, bersedia menerima  pelaburan dan komited terhadap kemajuan. 

Tamat

English Version 

KOTA KINABALU: A total ceiling of RM12.02 billion has been approved for Sabah under  the 13th Malaysia Plan (13MP) to fund 1,173 programmes and projects - the largest  development allocation in the state’s history. 

Chief Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, however, reminded that it is not simply  about spending but about delivery, impact and ensuring that development reaches  communities across Sabah.  

“The construction sector will play a central role in this transformation. Across Sabah, we  are seeing strong momentum in infrastructure development, from roads and healthcare  facilities to utilities and digital connectivity,” he said.  

“The Pan Borneo Highway, in particular, captures this momentum. It represents far more  than connectivity as it unlocks economic opportunities and improves access across the  state. 

“Our urban centres - Kota Kinabalu, Sandakan, and Tawau are evolving into modern,  dynamic hubs that reflect the new Sabah we are building,” he said at the opening  ceremony of the International Construction Week (ICW) Borneo and BuildXpo at the  Sheraton Kota Kinabalu here today. 

His speech was delivered by Deputy Chief Minister II/Minister of Finance, Datuk Seri  Panglima Masidi Manjun. 

Based on past implementation challenges, the Chief Minister said it was clear that the  priority for moving forward is to speed up delivery, improve coordination, and deliver  projects with lasting value. 

He said that over the next five years, the focus would centre on strategies, namely  strengthening connectivity through transport networks, logistics systems, and port  development to drive trade and economic expansion, as well as ensuring sustainable  and resilient growth so that today's progress does not compromise tomorrow's  opportunities. 

The other strategies are expanding access to affordable housing - translating  development into tangible improvements in the lives of all Sabahans and raising industry  standards through better governance, stronger capabilities, and greater accountability,  he said.

In this respect, Hajiji said the ICW Borneo is an important platform that brings together  ideas, expertise and partnerships that translate into real outcomes. 

“It allows Sabah to engage directly with industry leaders, investors, and professionals  who can be partners in our growth journey. 

“To those present today, Sabah welcomes your partnership. We seek partners who build  with purpose, deliver with integrity, and are committed to quality. The opportunities are  substantial, in infrastructure, urban development, and sustainable growth,” he said. 

Hajiji also reaffirmed that Sabah is open for business, ready for investment, and  committed to progress. 

Ends