Sabah sokong aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035 (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menyokong penuh aspirasi pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 dengan memberi penekanan kepada pendidikan digital dan infrastruktur, kesejahteraan guru, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), serta bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata kerajaan negeri turut memberi perhatian terhadap aspek keadilan pendidikan, pendidikan inklusif luar bandar, penerapan nilai serta identiti tempatan dan pemerkasaan kepimpinan sekolah.
Beliau berkata, melalui sinergi erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan, isu kritikal seperti sekolah daif dan kekurangan guru di pedalaman Sabah diyakini dapat diatasi secara tuntas dalam tempoh rancangan 10 tahun itu.
“Kerajaan negeri turut bekerjasama rapat dengan kerajaan Persekutuan bagi merealisasikan agenda memperkasa dan meningkatkan kecemerlangan serta mutu pendidikan di negeri ini, termasuk menambah baik dan meningkatkan lagi prasarana pendidikan.
“Kehadiran pegawai kanan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia pada hari ini melambangkan simbolik kerjasama yang utuh antara kerajaan negeri dan Persekutuan, terutama ketika pelaksanaan fasa awal RPM 2026-2035 sedang digerakkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Pendidikan dan Persidangan Agung Perwakilan Kali Ke-4 Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) Sabah di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini, pada Ahad.
Ucapan Ketua Menteri disampaikan oleh Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk James Ratib.
Beliau berkata, pendidikan terus menjadi agenda utama kerajaan negeri menerusi pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ), walaupun bidang pendidikan berada di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.
Katanya, sepanjang tempoh 2021 hingga 2025, sebanyak 14 bantuan pendidikan diperkenalkan kerajaan negeri dan semua inisiatif itu diteruskan pada tahun ini bagi membantu mengurangkan beban sekolah serta memastikan murid di Sabah tidak tercicir daripada arus pendidikan perdana.
“Antara bantuan pendidikan yang disediakan ialah Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH), Bantuan Ihsan Komputer (BAIK), Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI), Bantuan Aktiviti PIBG Sabah (BAGUS), Bantuan Tunai Khas Peperiksaan (BAKTI) dan Bantuan Penyelenggaraan Kecil Sekolah (BALKIS).
“Turut disediakan ialah Bantuan Khas Program Pendidikan (BANTU), Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA) dan Sumbangan Kegiatan Sekolah Sabah (SUKSES), selain pembiayaan pendidikan seperti biasiswa, dermasiswa, pinjaman pengajian dan bantuan zakat,” katanya.
Ketua Menteri berkata, Guru Besar memainkan peranan penting sebagai pemimpin utama sekolah dan menjadi tulang belakang dalam membentuk kualiti pendidikan serta masa depan generasi muda di negeri ini.
Menurutnya, cabaran dunia pendidikan masa kini menuntut pemimpin sekolah bukan sahaja cekap dalam pentadbiran, malah memiliki empati tinggi terhadap warga sekolah serta mampu memimpin perubahan.
“Justeru, saya berharap persidangan ini menjadi medan terbaik untuk merangka hala tuju masa depan, menilai pencapaian dan membincangkan strategi bagi menyokong agenda pendidikan negara.
“Saya juga berharap PGBM Sabah terus menjadi wadah kukuh dalam menyuarakan aspirasi Guru Besar demi memartabatkan profesion keguruan,” katanya.
Tamat
English version
KOTA KINABALU: The Sabah State Government fully supports the aspirations for implementing the Malaysia Education Plan (RPM) 2026 - 2035, with emphasis on digital education and infrastructure, teachers’ well-being, Technical and Vocational Education and Training (TVET) as well as Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM).
Chief Minister, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the State Government also pays attention to aspects of educational equity, inclusive rural education, the inculcation of local values and identity and the empowerment of school leadership.
He said that through close synergy between the State and Federal governments, critical issues such as dilapidated schools and teacher shortages in Sabah’s rural areas are expected to be comprehensively addressed within the 10-year plan.
“The State government is also working closely with the Federal government to realize the agenda of empowering and enhancing excellence and the quality of education in this state, including further improving and upgrading educational facilities and infrastructure.
“The presence of senior officers from the Ministry of Education Malaysia today shows strong cooperation between the state and the federal government, especially as the initial phase of RPM 2026–2035 is being rolled out,” he said.
The Chief Minister said this when officiating the Education Convention and the 4th General Assembly of the Malaysian Headmasters Association (PGBM), Sabah Branch at the Sabah International Convention Centre (SICC) here on Sunday.
His speech was delivered by the State Minister of Education, Science, Technology and Innovation, Datuk James Ratib.
Hajiji said education continues to be a key agenda of the State government through the Sabah Maju Jaya (SMJ) development plan, even though education falls under the responsibility of the Federal Government.
He said from 2021 to 2025, a total of 14 educational assistance initiatives were introduced by the State government, and all these initiatives are being continued this year to help reduce the burden on schools and ensure that students in Sabah are not left behind in mainstream education.
“Among the educational assistance provided are the Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH), Bantuan Ihsan Komputer (BAIK), Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI), Bantuan Aktiviti Guru dan Ibu Bapa Sabah (BAGUS), Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI), and program Bantuan Penyelenggaraan Kecil Sekolah (BALKIS).
“Also provided are the Program Bantuan Khas Pendidikan ( (BANTU), Anugerah Khas Kecemerlangan Pelajar (AKSA), and Sumbangan Kegiatan Sekolah Sabah (SUKSES), in addition to educational funding such as scholarships, study grants, study loans and zakat assistance,” he added
The Chief Minister said headmasters play an important role as the main leaders of schools and serve as backbone in shaping the quality of education and the future of the younger generation in the state.
He said the challenges in today’s education landscape require school leaders not only to be efficient in administrators, but also to possess high empathy towards members of the school community and be able to lead change.
“Therefore, I hope this conference will serve as the best platform to chart the future, direction, assess achievements, and discuss strategies to support the national education agenda.
“I also hope that PGBM Sabah will continue to be a strong platform for voicing the aspirations of headmasters in upholding the teaching profession,” he said.
Ends