Peningkatan keterjaminan makanan dan SSR keutamaan Kerajaan Negeri (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
PAPAR: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata sejumlah RM559.85 juta telah diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) tahun ini untuk meningkatkan keterjaminan makanan dan Kadar Sara Diri (SSR) negeri Sabah.
Menurut beliau, pelbagai usaha juga telah dan sedang dilaksanakan kerajaan bagi memastikan keterjaminan makanan di negeri ini seperti melalui penubuhan Lembaga Padi dan Beras Sabah serta pembangunan jelapang padi di seluruh negeri, termasuk di sini dan daerah sekitarnya seperti Membakut, Beaufort dan Kuala Penyu.
“Sesuai dengan semangat Pesta Kaamatan yang menghargai hasil tuaian, sektor pertanian kekal sebagai salah satu daripada tiga tonggak utama yang memacu pertumbuhan ekonomi negeri, di bawah Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2.0 (SMJ 2.0).
“Ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan sekuriti makanan kekal kukuh, khususnya dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik dunia pada hari ini,” katanya pada majlis pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di Dewan Masyarakat di sini hari ini.
Pada masa yang sama, Ketua Menteri turut menggalakkan rakyat untuk menyokong produk tempatan, khususnya hasil pertanian negeri Sabah sendiri sebagai langkah memperkukuh ekonomi domestik.
“Kemajuan yang kita kecapi hari ini tidak akan bermakna tanpa perpaduan dan kerjasama yang utuh dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini.
“Oleh itu, saya menyeru seluruh rakyat Sabah untuk terus berganding bahu bersama kerajaan dalam menjayakan setiap agenda khususnya Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0,” katanya.
Hajiji berkata Kerajaan juga akan terus melaksanakan pelbagai lagi inisiatif bantuan bagi meningkatkan taraf hidup dan sosio ekonomi rakyat, termasuk meneruskan bantuan sedia ada dalam aspek pendidikan, modal insan dan kesejahteraan rakyat.
Kerajaan Negeri, katanya komited dalam memastikan pembangunan yang inklusif dan seimbang di seluruh negeri ini, agar setiap lapisan masyarakat dapat menikmati kemakmuran yang dikecapi.
“Kita lihat sendiri di Papar, daerah ini menampilkan perubahan yang amat membanggakan dengan beberapa projek pembangunan infrastruktur dan komersial yang telah dan sedang giat dilaksanakan, termasuklah di Benoni dan kawasan sekitar Kinarut,” katanya.
Selepas projek Lebuhraya Pan Borneo siap sepenuhnya, Papar juga mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai lokasi persinggahan utama pelawat dari Brunei dan Sarawak, katanya.
Mempunyai pusat kebudayaan Borneo Cultural Village dan Sekolah Adat Anak Negeri Sabah, daerah Papar mampu menjadi sebuah daerah yang progresif dan berdaya saing, katanya.
Beliau menambah pemilihan Papar sebagai tuan rumah pelancaran Pesta Kaamatan pada tahun ini amat bertepatan kerana Papar terkenal sebagai antara kawasan jelapang padi yang subur di negeri Sabah.
“Daerah Papar bukan sahaja kaya dengan hasilnya, tetapi juga kaya dengan nilai budaya dan semangat kekitaan masyarakatnya yang berbilang kaum, yang hidup dalam suasana aman dan harmoni. Inilah cerminan sebenar wajah Sabah yang kita banggakan,” katanya.
Ketua Menteri berkata keunikan ini amat bertepatan dengan tema Pesta Kaamatan tahun ini iaitu “Kaamatan: Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian yang menzahirkan kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat Sabah yang berbilang kaum dan etnik.
Beliau merasa gembira dengan kehadiran dan semangat yang ditunjukkan oleh semua yang hadir pada majlis pelancaran Pesta Kaamatan ini tanpa mengira agama dan bangsa.
“Ini memperlihatkan tanggungjawab kita bersama untuk memastikan warisan seperti perayaan ini terus dipelihara, diperkasa dan diwariskan kepada generasi akan datang.
“Untuk itu, generasi muda harus dididik untuk memahami, menghormati dan menerima kepelbagaian sebagai satu landasan keharmonian dan kekuatan perpaduan, terutama dalam dunia yang semakin moden dan mencabar ini.
“Marilah kita terus memperkukuh perpaduan, memelihara keharmonian dan bersama sama membina masa depan yang lebih gemilang untuk negeri Sabah yang kita cintai ini,” katanya.
Ketua Menteri turut mengumumkan peruntukan RM1juta untuk projek pembinaan gelanggang futsal berbumbung dan lengkap dengan grandstand untuk daerah ini.
Menurut beliau, ini menunjukkan keperihatinan Kerajaan Negeri yang mendengar dan tahu denyut nadi rakyat.
Tamat
English Version
PAPAR: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said a total of RM559.85 million has been allocated to the Ministry of Agriculture, Fisheries and Food Industry (MAFFI) this year to enhance food security and the State Self-Sufficiency Ratio (SSR) in Sabah.
He said various efforts have been and are being implemented by the government to ensure food security in the state, such as the establishment of the Sabah Padi and Rice Board and the development of padi fields across the state, including here and surrounding districts such as Membakut, Beaufort and Kuala Penyu.
“In line with the spirit of the Kaamatan Festival, which values harvest, the agriculture sector remains one of the three main pillars driving the state’s economic growth under the Sabah Maju Jaya 2.0 Development Plan (SMJ 2.0).
“This reflects the State Government’s commitment to ensuring strong food security, especially amid current global economic and geopolitical uncertainties,” he said at the launching ceremony of the State-level Pesta Kaamatan at the Dewan Masyarakat here today.
At the same time, the Chief Minister also encouraged the public to support local products, particularly Sabah’s own agricultural produce, as a step to strengthen the domestic economy.
“The progress we enjoy today would be meaningless without the unity and strong cooperation among the people of various races and religions in this state.
“Therefore, I call on all Sabahans to continue working hand in hand with the government in realising every agenda, especially the Sabah Maju Jaya 2.0 direction,” he said.
Hajiji added that the government will continue to implement various assistance initiatives to improve people’s standard of living and socio-economic status, including continuing existing aid in education, human capital, and public well-being.
The State Government, he said, remains committed to ensuring inclusive and balanced development throughout the state so that every segment of society can enjoy the prosperity achieved.
“We can see for ourselves in Papar that the district has undergone very encouraging changes with several infrastructure and commercial development projects that have been and are actively being implemented, including in Benoni and the surrounding areas of Kinarut,” he said.
Once the Pan Borneo Highway project is fully completed, Papar will also have great potential to emerge as a major stopover destination for visitors from Brunei and Sarawak, he added.
With facilities such as the Borneo Cultural Village and the Sabah Native Customary School, Papar has the potential to become a progressive and competitive district, he said.
He added that the choice of Papar as the host for this year’s Kaamatan Festival launch is most fitting, as Papar is well known as one of the areas in Sabah that has fertile rice fields.
“The Papar district is not only rich in produce, but also rich in cultural values and the strong sense of community among its multi-ethnic population living in peace and harmony. This is the true reflection of the Sabah we are proud of,” he said.
The Chief Minister said this uniqueness aligns well with this year’s Kaamatan Festival theme, “Kaamatan: Harvesting Unity, Celebrating Harmony,” which highlights the importance of unity among Sabah’s diverse communities.
He was also glad to note the presence and enthusiasm shown by those attending the Kaamatan Festival launch, regardless of religion or race.
“This reflects our shared responsibility to ensure that heritage such as this celebration continues to be preserved, strengthened and passed on to future generations.
“The younger generation must understand, respect and embrace diversity as a foundation for harmony and the strength of unity, especially in an increasingly modern and challenging world.
“Let us continue to strengthen unity, preserve harmony and together build a brighter future for the state of Sabah that we love,” he said.
The Chief Minister also announced a RM1 million allocation for the construction of a roofed futsal court equipped with a grandstand for the district.
According to him, this reflects the State Government’s attentiveness in listening and understanding the needs of the people.
Ends