TYT, KM santuni warga TLDM

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri,  Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag menghadiri Majlis Berbuka Puasa Warga  Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama Yang di-Pertua Negeri Sabah di Masjid  Ibnu Battuta, Pengkalan TLDM Kota Kinabalu, Sepanggar, pada Khamis. 

Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Musa Haji Aman dan isteri, Toh  Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin berkenan menghadiri majlis  itu dan bersama-sama menyantuni pegawai serta anggota TLDM dalam suasana penuh  ukhuwah dan kesyukuran sempena Ramadan. 

Program itu dimulakan dengan tazkirah ringkas, majlis berbuka puasa sebelum  diteruskan dengan solat Maghrib, Isyak dan solat Tarawih secara berjemaah. 

Hadir sama pada majlis itu ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Haji Malek  Razak Sulaiman, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab dan  Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Dato' Khir Junaidi Idris. 

Tamat