Guthrie sumbang RM300,000 kepada YKS (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini menyaksikan penyerahan sumbangan sebanyak RM300,000 daripada SD Guthrie Berhad (Guthrie) kepada Yayasan Kebajikan Sabah (YKS).
Pengarah Urusan Kumpulan Mohd Haris Mohd Arshad menyampaikan sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) Guthrie kepada Pengarah YKS Datuk Diyanah Abdullah dalam satu majlis ringkas di Menara Kinabalu, berhampiran sini.
Turut hadir ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ceasar Mandela Malakun, Ketua Perkhidmatan Operasi Kumpulan Guthrie Razlanshah Abd Malek dan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Huluan, Wilayah Sabah R Vijayakumar.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor today witnessed the presentation of RM300,000 contribution from SD Guthrie Berhad (Guthrie) to Yayasan Kebajikan Sabah (YKS).
Group Managing Director Mohd Haris Mohd Arshad presented Guthrie’s corporate social responsibility (CSR) contribution to YKS Director Datuk Diyanah Abdullah in a brief ceremony at Menara Kinabalu near here.
Also present were Assistant Minister to the Chief Minister Datuk Ceasar Mandela Malakun, Guthrie Group Operations Services Head Razlanshah Abd Malek and Sabah Region Chief Executive Officer Upstream Operation R Vijayakumar.
Ends
