TYT, KM hadiri Majlis Berbuka Puasa DBKK

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji  Aman bersama isteri, Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin,  berkenan menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu  (DBKK) di Magellan Sutera Resort, pada Isnin. 

Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan  isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag, Menteri Pembangunan Belia,  Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan,  Pembantu-Pembantu Menteri dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Dato' Sri Haji Sabin  Samitah. 

Keberangkatan tiba Tun Musa dan isteri pada jam 6 petang disambut pengurusan  tertinggi DBKK serta pegawai kanan jabatan dan agensi kerajaan. 

Majlis dimulakan dengan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan  golongan asnaf serta masjid-masjid, sebagai tanda keprihatinan sempena Ramadan,  diikuti tazkirah dan bacaan doa. Tepat jam 6.29 petang, hadirin berbuka puasa bersama  sebelum menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. 

Para tetamu kemudiannya menikmati jamuan makan malam yang diserikan dengan  persembahan selingan, sebelum bersama-sama menunaikan solat Isyak,solat sunat  Tarawih dan seterusnya moreh. 

Tamat