Pembantu Menteri, Setiausaha Politik Sabah lafaz Ikrar Bebas Rasuah (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) melibatkan Pembantu-Pembantu  Menteri dan Setiausaha-Setiausaha Politik Negeri Sabah di Bilik Mesyuarat Utama,  Menara Kinabalu, di sini, hari ini. 

Majlis itu dimulakan dengan Pembantu-Pembantu Menteri dan Setiausaha-Setiausaha  Politik melafazkan IBR sebagai tanda komitmen memperkukuh integriti serta tadbir urus  beramanah dalam pentadbiran negeri. 

Selepas sesi menandatangani Ikrar Bebas Rasuah oleh semua yang terlibat, majlis  diteruskan dengan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Joniston Bangkuai  dan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Encik Azrul Ibrahim masing-masing  mewakili Pembantu-Pembantu Menteri dan Setiausaha-Setiausaha Politik  menyerahkan dokumen IBR kepada Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah  Malaysia (SPRM) Cawangan Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah. 

Mohd Fuad yang menyaksikan majlis itu, turut memberi taklimat khas yang memberi  penekanan kepada usaha pencegahan rasuah serta pemantapan budaya integriti dalam  perkhidmatan awam. 

Turut hadir Pengarah Bahagian Kabinet dan Dasar Jabatan Ketua Menteri, Puan  Dayang Noorashikhin Zulkefli dan Penasihat Integriti kepada Ketua Menteri,Ketua  Penolong Kanan Pesuruhjaya (KPKPj) SPRM, Awang Samsul Baharam Bungso. 

Tamat

 

English version

KOTA KINABALU: The Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor witnessed the Corruption-Free Pledge (IBR) ceremony involving Assistant Ministers and  Political Secretaries at Menara Kinabalu, here on Thursday. 

The ceremony began with the Assistant Ministers and Political Secretaries reciting the  IBR as a mark of commitment to strengthen integrity and accountable governance in the  state administration. 

Following the signing of the Corruption-Free Pledge by all participants, Assistant Minister  to the Chief Minister, Datuk Joniston Bangkuai and Chief Political Secretary to the Chief  Minister, Azrul Ibrahim each representing the Assistant Ministers and Political  Secretaries respectively, handed the IBR documents to the Director of the Malaysian  Anti-Corruption Commission (MACC) Sabah branch, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah. 

Mohd Fuad, who witnessed the ceremony gave a special briefing on anti-corruption  prevention efforts and strengthening of an integrity culture within the public service. 

Also present were the Director of the Cabinet and Policy Division, Chief Minister’s  Department, Ms. Dayang Noorashikhin Zulkefli, and the Chief Minister’s Integrity  Advisor, Chief Senior Assistant Commissioner (KPKPj) of the MACC, Awang Samsul  Baharam Bungso. 

Ends