Ketua Menteri pengerusi Mesyuarat JKKN Sabah (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor  mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Bil.  Pertama bagI tahun 2026 di Menara Kinabalu, di sini pada Khamis. 

Mesyuarat itu diadakan bagi meneliti secara menyeluruh aspek keselamatan negeri, di  samping memperkemas penyelarasan dan kerjasama strategik antara agensi berkaitan  dalam usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan, memperkukuh kawalan keselamatan  serta mempertahankan kedaulatan negeri dan negara daripada sebarang ancaman.  

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar  Untong, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, Pengarah Imigresen Negeri,  Datuk Sh.Sitti Saleha Habib Yussof, Komander Eastern Sabah Security Command  (ESSCOM), Datuk Victor B Sanjos, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah  Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd  Majid@Razali, Timbalan Panglima Armada Timur, Laksamana Pertama Erman Shahril  Adlan dan Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri Sabah, Datuk Awang Yahya. 

Tamat

 

English version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor chaired the  first State Security Working Committee (JKKN) Meeting for 2026 at Menara Kinabalu,  here today. 

The meeting was held to conduct a comprehensive review of state security matters, and  to streamline coordination and strategic cooperation among relevant agencies in efforts  to enhance preparedness, strengthen security controls, and defend the sovereignty of  the state and nation against any threats. 

Present were the State Secretary, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong, Sabah  Police Commissioner, Datuk Jauteh Dikun, State Immigration Director, Datuk Sh. Sitti  Saleha Habib Yussof, Commander of the Eastern Sabah Security Command  (ESSCOM), Datuk Victor B Sanjos, Director of the Sabah Maritime and Federal Territory  of Labuan, First Admiral (Maritime) Mohd Khairulanuar Abd Majid, Deputy Eastern Fleet  Commander, First Admiral Erman Shahril Adlan and Secretary of the Sabah State  Security Council, Datuk Awang Yahya. 

Ends