Masyarakat Cina rakan strategik Kerajaan bangun negeri Sabah (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyeru  masyarakat Tionghua di negeri ini agar menjadi rakan strategik pembangunan untuk  membina Sabah yang berdaya maju. 

Dalam perutusannya sempena Tahun Baharu Cina 2026, beliau menggesa masyarakat  Tionghua agar menjadi rakan kemajuan serta terus memperkukuh kerjasama dengan  Kerajaan Negeri dalam membangunkan Sabah. 

Ketua Menteri berkata aspirasi Kerajaan Negeri adalah untuk terus memperkasa Hala  Tuju Sabah Maju Jaya 2.0 (SMJ 2.0) bagi memacu pertumbuhan ekonomi, modal insan,  dan kesejahteraan rakyat.  

“Melalui SMJ 2.0, kita memastikan kemajuan ini bersifat inklusif untuk semua dan  kemakmuran negeri dinikmati secara inklusif tanpa mengira kaum dan latar belakang rakyat, kerana perpaduan adalah kunci utama kestabilan dan kemakmuran negeri ini,”  katanya.  

Hajiji berkata Tahun Baharu Cina yang melambangkan nilai kekeluargaan, perpaduan,  dan harapan baharu bukan sekadar mencerminkan kekayaan warisan budaya  masyarakat Tionghua, malah menjadi wadah yang memperkukuh keharmonian dan  semangat kebersamaan rakyat berbilang kaum di Sabah. 

“Tahun 2026 yang disambut sebagai Tahun Kuda Api membawa simbol tenaga,  keberanian, dan inovasi.  

“Semangat ini menjadi inspirasi untuk kita terus melangkah maju dengan perancangan  tersusun dan kerjasama erat demi pembangunan Sabah yang mampan dan seimbang. 

“Saya ucapkan Selamat Tahun Baharu Cina, Gong Xi Fa Cai kepada masyarakat  Tionghua di Sabah khususnya dan di seluruh negara amnya,” katanya. 

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor called on the  Chinese community in the state to be a strategic development partner to build a  progressive Sabah. 

In his 2026 Chinese New Year message, he urged the Chinese community to be a  partner in progress and to continue strengthening cooperation with the State  Government to develop Sabah. 

The Chief Minister said the State Government’s aspiration is to further empower the  Sabah Maju Jaya 2.0 (SMJ 2.0) to drive economic growth, human capital development  and the well-being of the people. 

“Through SMJ 2.0, we ensure that this progress is inclusive for all and that the state’s  prosperity is enjoyed inclusively regardless of race and background of the people,  because unity is the key to the stability and prosperity of this state,” he added. 

Hajiji said that the Chinese New Year, which embodies the values of family, unity, and  new hope, not only reflects the rich cultural heritage of the Chinese community but also  serves as a platform to strengthen harmony and the spirit of togetherness among  Sabah’s multiracial population.  

“2026, celebrated as the Year of the Fire Horse, carries the symbols of energy, courage,  and innovation. 

“This spirit inspires us to continue moving forward with structured planning and close  cooperation for Sabah’s sustainable and balanced development. 

“I wish the Chinese community in Sabah in particular, and throughout the country in  general, a Happy Chinese New Year, Gong Xi Fa Cai,” he said. 

Ends