“Apa Yang Rakyat Sabah Harus Tahu” menawarkann pemahaman tentang sejarah politik Sabah

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata buku “Apa Yang Rakyat Sabah Harus Tahu” menawarkan pemahaman yang bernilai tentang sejarah politik Sabah, daripada perspektif salah seorang wartawan terkemuka Sabah, Allahyarham Datuk Mohd Fauzi Patel.

“Saya percaya penulisan buku sejarah adalah suatu usaha yang amatt bernilai kerana ia membolehkan kita melihat peristiwa daripada pelbagai perspektif dan menyediakan konteks yang diperlukan untuk mentafsir pemerhatian kita.

“Oleh itu, buku ini tepat pada masanya kerana menawarkan perspektif yang dituturkan oleh Allahyarham Datuk Mohd Fauzi Patel, seorang tokoh kewartawanan yang terkenal dalam sejarah Sabah,” katanya pada majlis pelancaran buku yang diadakan di Perpustakaan Negeri Sabah, di sini hari ini.

Ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Joniston Bangkuai.

“Tajuk buku ini dengan sendirinya mengajak kita berfikir secara kritis. Ia menyarankan bahawa masih banyak aspek sejarah politik Sabah yang belum difahami sepenuhnya oleh orang ramai, dan ia menekankan keperluan untuk dokumentasi yang lebih menyeluruh serta wacana awam yang lebih meluas,” katanya.

Hajiji mengucapkan tahniah kepada Datuk James Sarda dan Datuk Dr Danny Wong atas usaha mereka menerbitkan buku tersebut.

“Saya yakin buku ini akan menjadi rujukan penting, sama ada sebagai bacaan tambahan atau sebagai perspektif alternatif mengenai sejarah politik Sabah,” katanya.

Beliau menambah bahawa Sabah memerlukan lebih banyak karya seperti ini, khususnya pada masa isu-isu besar seperti Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kerap dibincangkan.

“Masih banyak peristiwa lampau yang perlu difahami dengan lebih jelas, kerana kesan peristiwa-peristiwa  itu masih dirasai hingga ke hari ini,” katanya.

Buku ini memuatkan pandangan, pemerhatian dan catatan Allahyarham Fauzi Patel mengenai pelbagai isu dan kontroversi yang melibatkan Sabah, sebelum dan selepas pembentukan Malaysia, yang sebahagiannya masih relevan dan terus dibincangkan hingga kini.

Fauzi Patel merupakan wartawan sepenuh masa pertama Sabah pada tahun 1954, ketika negeri ini masih dikenali sebagai Borneo Utara British. Sepanjang tahun-tahun tersebut, beliau berkhidmat dengan beberapa organisasi media utama, termasuk Sabah Times, Sabah Times - North Borneo News, Kinabalu Times dan akhirnya, Kinabalu Sabah Times.

Beliau juga menulis ruangan Ahad untuk Daily Express, di mana beliau menganalisis isu-isu berkaitan Sabah serta perkembangan nasional yang memberi kesan kepada negeri ini.

Tamat

 

English version

 

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the book “What Sabahans Should Know” offers valuable insight into Sabah’s political history, from the perspective of one of Sabah’s prominent journalists, the late Datuk Mohd Fauzi Patel.

“I believe writing history books is a highly valuable undertaking because it enables us to view events from multiple perspectives and provides the context needed to interpret what we observe.

“Therefore, this book is timely - offering a perspective narrated by the late Datuk Mohd Fauzi Patel, a journalism figure well known in Sabah’s history,” he said at the book launch held at the Sabah State Library, here today.

His speech was delivered by Assistant Minister to the Chief Minister, Datuk Joniston Bangkuai.

“The title of this book itself invites us to think critically. It suggests there are still many aspects of Sabah’s political history that are not yet fully understood by the public, and it highlights the need for more comprehensive documentation and wider public discourse,” he said.

Hajiji congratulated Datuk James Sarda and Datuk Dr Danny Wong for their efforts in publishing the book.

“I am confident this book will become an important reference, whether as supplementary reading or as an alternative perspective on Sabah’s political history,” he said.

He added that Sabah needs more works of this kind, especially at a time when major issues such as the Malaysia Agreement 1963 (MA63) are frequently discussed.

“There are still many past events that must be understood more clearly, because the impact of those events continues to be felt to this day,” he said.

The book compiles the late Fauzi Patel’s views, observations and notes on various issues and controversies involving Sabah, both before and after the formation of Malaysia, some of which remain relevant and continue to be discussed today.

Fauzi Patel was Sabah’s first full-time journalist in 1954, when the state was still known as British North Borneo. Over the years, he served with several major media organisations, including the Sabah Times, Sabah Times - North Borneo News, Kinabalu Times and finally, Kinabalu Sabah Times.

He also wrote a Sunday column for the Daily Express, where he analysed Sabah-related issues as well as national developments affecting the state.

Ends