Ketua Menteri iringi TYT Sabah sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman sempena Mesyuarat Majlis Raja- Raja ke-271 di Istana Negara, pada Rabu.
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja hari ini.
Pada Selasa, Hajiji telah menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke 148 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.
Tamat
