RM98.06 juta peruntukan bagi pembangunan belia dan sukan tahun ini (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM98.06 juta kepada Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif tahun ini sebagai komitmen dalam membangunkan sektor belia dan sukan Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
“Daripada jumlah tersebut RM16.75 juta adalah khusus untuk pembangunan modal insan belia serta pemberian geran kepada persatuan-persatuan belia, manakala RM27.21 juta adalah untuk pembangunan kemajuan sukan,” katanya.
Menurutnya, ini melambangkan komitmen Kerajaan Negeri untuk membangunkan belia sebagai aset berharga dan peneraju kepemimpinan masa depan Sabah.
Berucap pada majlis Anugerah Sukan Negeri Sabah tahun 2023-2024 di Magellan Sutera malam ini, Hajiji berkata Kerajaan Negeri Sabah juga akan melancarkan Tabung Kebajikan Penggiat-Penggiat Sukan Sabah pada tahun ini bagi menjaga kebajikan para pengiat sukan di samping melahirkan lebih ramai ahli sukan prestasi tinggi negeri ini.
Beliau berkata Tabung Kebajikan tersebut kini dalam rangka perancangan oleh Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif.
“Tabung Kebajikan ini juga akan menyediakan bantuan perubatan, memberi sokongan peralatan kepada bekas atlet negara dan negeri Sabah yang sakit, cedera atau memerlukan bantuan lanjut sebagai tambahan kepada bantuan daripada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).
“Usaha ini merupakan satu lagi pengiktirafan Kerajaan Sabah terhadap jasa serta meringankan beban kewangan atlet-atlet sukan yang telah banyak berkorban demi mengharumkan nama Sabah dan Malaysia dipersada kebangsaan, antarabangsa dan dunia,” katanya.
Ketua Menteri berkata pembangunan sukan sentiasa menjadi agenda utama kerajaan dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai anak-anak muda Sabah menjadi atlet berjaya pada masa hadapan.
“Kerajaan sentiasa memberi dorongan tertinggi kepada atlet-atlet untuk berjaya dan atas usaha itu juga, saya sendiri telah menaikkan jumlah insentif kemenangan atlet semasa Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Sarawak iaitu dari RM5,000 kepada RM10,000 untuk pingat emas, dan begitu juga insentif untuk pingat-pingat lain yang dimenangi bagi memangkin lagi semangat perjuangan atlet-atlet yang bertanding.
“Saya sentiasa mengikuti perkembangan atlet-atlet sukan negeri ini. Saya melihat banyak pencapaian dan peningkatan yang membanggakan bukan sahaja di Sukan Sabah, Sukan Malaysia, Para Sukan Malaysia dan Sukan Orang-Orang Pekak, tetapi juga pencapaian diperingkat antarabangsa dan dunia.
“Sesungguhnya, pengorbanan atlet-atlet ini dalam mengharumkan nama Sabah dan Malaysia, adalah amat besar,” katanya.
Hajiji turut menasihatkan atlet sukan muda negeri untuk sentiasa mementingkan pencapaian akademik.
“Kita sedar, sukan membina disiplin tinggi masyarakat khususnya anak-anak muda yang akan menjadi harapan kita di masa hadapan. Walaupun kerjaya sebagai atlet sukan turut menjanjikan pendapatan yang lumayan, saya berharap para atlet tidak mengabaikan kepentingan akademik mereka.
“Sebab itu, atlet-atlet yang berpotensi tinggi kita tempatkan di sekolah-sekolah sukan seluruh negara agar mereka dapat berlatih dengan baik dan selesa, dan dalam masa yang sama menerima pendidikan terbaik.
“Kerajaan mahu atlet Sabah bukan sahaja berjaya dalam sukan, tetapi juga mempunyai intelektual, pendidikan atau pengetahuan yang baik serta berkreativiti tinggi. Oleh itu, pembangunan sukan dan akademik atlet sukan perlu seimbang,” katanya.
Beliau turut mengingatkan para atlet supaya sentiasa menjauhi perkara-perkara yang boleh memudaratkan diri sendiri mahupun pasukan secara langsung ataupun tidak langsung.
Mengucapkan tahniah kepada para penerima anugerah, Ketua Menteri berharap kejayaan ini akan menjadi titik permulaan kepada semua untuk terus mengorak langkah dan mencipta kemenangan yang lebih besar pada masa hadapan.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Haji Musa Aman bersama isteri Toh Puan Hajah Faridah Tusin.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: The State Government has allocated RM98.06 million to the Youth, Development, Sports Advancement and Creative Economy Ministry this year as a commitment to develop the state’s youth and sports sector, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
“Of the total amount, RM16.75 million is specifically allocated for youth human capital development and grants to youth associations, while RM27.21 million is for the development of sports,” he said.
According to him, this reflects the State Government’s commitment to developing youth as valuable assets and future leaders of Sabah.
Speaking at the Sabah State Sports Awards 2023–2024 ceremony at Magellan Sutera tonight, Hajiji said the State Government will also launch the Sabah Sports Welfare Fund for sportsmen and sportswomen this year to safeguard their welfare while producing more high-performance athletes in the state.
He said the Welfare Fund is currently in the planning stages by the Ministry of Youth and Sports Development and Creative Economy.
“The Welfare Fund will also provide medical assistance and equipment support to former Sabah national and state athletes who are ill, injured or in need of further assistance, in addition to the aid provided by the National Athletes Welfare Foundation (YAKEB).
“This initiative marked another recognition by the State Government to the athletes’ contributions and aims to ease the financial burden of those who have sacrificed greatly to bring honour to Sabah and Malaysia at the national and international levels,” he said.
The Chief Minister said that sports development has always been a key government agenda in its efforts to produce more successful young Sabah athletes in the future.
“The government consistently provides the highest level of encouragement to athletes to succeed, and as part of these efforts, I have personally increased the incentive for athletes at the 2024 Malaysia Games (Sukma) in Sarawak, from RM5,000 to RM10,000 for a gold medal, as well as for other medals won, to further boost the fighting spirit of competing athletes.
“I always keep track of the progress of our state’s athletes. I see many achievements and improvements that are not only commendable at the Sabah Games, Malaysia Games, Malaysia Para Games and the Deaf Games, but also at the international and world levels.
“Indeed, the sacrifices made by these athletes in bringing honour to Sabah and Malaysia are immense,” he said.
Hajiji also advised young state athletes to always place importance on academic achievement.
“We realise that sports help build high discipline in society, especially among young people who will be our hope in the future. Although a career in athletics can also offer lucrative income, I hope athletes will not neglect their academic pursuits.
“That is why high-potential athletes are placed in sports schools throughout the country so that they can train well and comfortably, while at the same time receiving the best education.
“The government wants Sabah athletes not only to succeed in sports, but also to possess strong intellect, education or knowledge, and high creativity. Therefore, the development of sports and academic excellence among athletes must be balanced,” he said.
He also reminded athletes to always stay away from elements that could harm themselves or their teams, whether directly or indirectly.
Congratulating the award recipients, the Chief Minister expressed hope that the success would serve as a starting point for all to continue moving forward and achieving greater achievements in the future.
The ceremony was graced by Head of State Tun Haji Musa Aman and his wife, Toh Puan Hajah Faridah Tusin.
Ends
