Infrastruktur, Ekonomi Biru dan kesejahteraan rakyat teras SMJ 2.0 (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menekankan  pembangunan modal insan, kesejahteraan rakyat, infrastruktur dan kelestarian hijau sebagai  teras utama SMJ 2.0. 

Beliau berkata, pembangunan modal insan diberi keutamaan dengan peruntukan sebanyak  RM164.01 juta, termasuk peluasan biasiswa dan bantuan pendidikan, TVET, STEM, latihan  pertanian dan literasi kecerdasan buatan (AI). 

Menurutnya, SMJ 2.0 juga meneruskan bantuan pendidikan, termasuk 14 jenis bantuan  pendidikan bernilai RM203.4 juta dan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) meningkat  daripada RM55 juta pada 2021 kepada RM145 juta pada 2025. 

Katanya, seramai 480,000 pelajar menerima manfaat bantuan pendidikan kerajaan, termasuk  pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC) untuk permohonan biasiswa dan kemasukan  perkhidmatan awam. 

"Program Rumah Mesra SMJ telah dapat dimanfaatkan oleh seramai 7,482 penerima dan  diteruskan dengan 50 unit setiap kawasan DUN tahun ini, khusus untuk golongan miskin, miskin  tegar dan pasangan muda baru berkahwin. 

"Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) diperluas daripada 100,000 kepada 140,000  penerima dengan peruntukan sebanyak RM339.16 juta pada tahun ini, selari bantuan kerajaan  persekutuan seperti Sumbangan Asas Rahmah", ", katanya pada Majlis Amanat Ketua Menteri  kepada Penjawat Awam Negeri Sabah dan Pelancaran SMJ 2.0 di Sabah International  Convention Centre (SICC), pada Jumaat.  

Hajiji berkata, dibawah teras Infrastruktur dan Kelestarian Hijau, sejumlah RM6.8 bilion  diperuntukkan dibawah RMK-13 bagi pembangunan infrastruktur, utiliti dan tenaga lestari,  termasuk projek strategik seperti Lebuh Raya Pan Borneo, pembinaan dan naik taraf loji  rawatan air, pengukuhan grid elektrik dan projek OTEC, hidroelektrik serta penjanaan tenaga  biru. 

Menurutnya, kerajaan turut memperluas infrastruktur digital melalui Pusat e-Desa, VSAT dan  Starlink, selari agenda kerajaan digital berteraskan AI. 

Dalam aspek kelestarian hijau, beliau berkata, sejumlah RM672.05 juta diperuntukkan bagi  perlindungan biodiversiti, pemuliharaan alam sekitar dan tindak balas perubahan iklim, dengan  sasaran 30% Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPA) menjelang 2030. 

Katanya, Ekonomi Biru diangkat sebagai pemacu strategik SMJ 2.0, merangkumi pembangunan  bioteknologi marin, perikanan pintar, marikultur moden, logistik dan pelancongan lestari, serta  pemanfaatan sungai sebagai nadi ekonomi luar bandar.

Hajiji berkata, Kerajaan memperkenalkan Blue Financing melalui memorandum persefahaman  (MoU) dengan Maybank untuk penerbitan Sukuk Biru bernilai RM1 bilion, dengan jumlah  permulaan RM300 juta, bagi memudahkan syarikat-syarikat terlibat, mendapat kemudahan  kewangan. 

Hajiji menegaskan kejayaan SMJ 2.0 bergantung kepada penjawat awam sebagai nadi utama  pelaksanaan dasar. Kecekapan, integriti dan disiplin menentukan sejauh mana pembangunan  diterjemah kepada hasil yang dirasai rakyat. 

Beliau juga menegaskan kerajaan negeri tidak akan kembali kepada pendekatan lama, malah  keputusan yang diambil adalah demi kepentingan jangka panjang Sabah walaupun kadangkala  tidak popular. 

“Kejayaan SMJ 2.0 adalah amanah bersama, memastikan peluang pekerjaan diwujudkan,  pelaburan strategik diteruskan, dan pendapatan negeri diurus secara cekap, telus dan  bertanggungjawab kepada rakyat sekarang dan generasi akan datang,” katanya. 

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor emphasized human  capital development, people’s well-being, infrastructure, and green sustainability as the core  tenets of the Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 roadmap. 

He stated human capital development is top priority, with an allocation of RM164.01 million. This  includes the expansion of scholarships, educational assistance, TVET, STEM, agricultural  training, and Artificial Intelligence (AI) literacy. 

According to the Chief Minister, SMJ 2.0 will continue providing 14 types of educational aid worth  RM203.4 million. Furthermore, the Sabah State Government Scholarship (BKNS) has seen a  significant increase, rising from RM55 million in 2021 to RM145 million for 2025. 

He noted that a total of 480,000 students have benefited from government educational  assistance, which includes the recognition of the Unified Examination Certificate (UEC) for  scholarship applications and entry into the civil service. 

"The Rumah Mesra SMJ program has already benefited 7,482 recipients and will continue this  year with 50 units per state constituency, specifically targeting the poor, the hardcore poor, and  newly married young couples," he said. 

"The Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) program has also been expanded from 100,000 to  140,000 recipients, with an allocation of RM339.16 million this year, complementing federal  assistance such as the Sumbangan Asas Rahmah," he added during the Chief Minister’s  Keynote Address to Sabah Civil Servants and the Launch of SMJ 2.0 at the Sabah International  Convention Centre (SICC) on Friday. 

Under the Infrastructure and Green Sustainability thrust, RM6.8 billion has been allocated under  the 13th Malaysia Plan (RMK-13) for the development of infrastructure, utilities, and sustainable  energy. This includes strategic projects such as the Pan Borneo Highway, the construction and  upgrading of water treatment plants, the strengthening of the electricity grid, and projects  involving Ocean Thermal Energy Conversion (OTEC), hydroelectricity, and blue energy  generation. 

The government is also expanding digital infrastructure through e-Desa centers, VSAT, and  Starlink, in line with an AI-driven digital government agenda. 

On green sustainability, RM672.05 million has been allocated for biodiversity protection,  environmental conservation, and climate change response, with a target of achieving 30%  Totally Protected Areas (TPA) by 2030.

The Blue Economy has been designated as a strategic driver of SMJ 2.0, encompassing the  development of marine biotechnology, smart fisheries, modern mariculture, logistics, and  sustainable tourism, as well as utilizing rivers as economic lifelines for rural areas. 

Hajiji announced that the government has introduced Blue Financing through a Memorandum of  Understanding (MoU) with Maybank for the issuance of a RM1 billion Blue Sukuk, with an initial  installment of RM300 million, to provide financial facilities for involved companies. 

The Chief Minister stressed that the success of SMJ 2.0 depends on civil servants, who serve  as the heart of policy implementation. He noted that efficiency, integrity, and discipline will  determine the extent to which development is translated into tangible results for the people. 

He also emphasised that the state government would not return to old approaches, asserting  that decisions are made in the long-term interest of Sabah, even if they are occasionally  unpopular. 

“The success of SMJ 2.0 is our shared responsibility - ensuring job opportunities are created,  strategic investments continue, and state revenue is managed efficiently, transparently, and  accountably for the people now and future generations,” he said. 

Ends