Maklum pihak atasan sekiranya tidak mampu jalan tanggungjawab (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Pegawai atau kakitangan negeri yang merasakan tidak mampu  melaksanakan tugas yang dipertanggungjawab secara berkesan haruslah memaklumkan  kepada pihak atasan atau Ketua Menteri sendiri bagi pertimbangan penempatan semula. 

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata ini demi membuka ruang kepada  penambahbaikan, memperkasa keupayaan perkhidmatan awam dan memastikan kepentingan  rakyat sentiasa diutamakan. 

Beliau berkata pejawat awam bukan sekadar pelaksana arahan tetapi merupakan rakan  strategik kepada kepimpinan kerajaan dalam menterjemahkan dasar dan program kerajaan  negeri. 

“Penjawat awam bukan sekadar ‘Saya Yang Menurut Perintah’ semata-mata, tetapi juga adalah  rakan strategik kepada kepimpinan kerajaan dalam menterjemahkan dasar dan program kepada  hasil yang memberi impak langsung terhadap kehidupan rakyat dan kemajuan tanahair tercinta. 

“Ingin saya tegaskan bahawa perkhidmatan awam merupakan tulang belakang kepada  kestabilan dan keberkesanan pentadbiran kerajaan. Kerajaan boleh bertukar ganti dan dasar  boleh berubah atau diubah sesuai; namun perkhidmatan awam mesti kekal profesional, neutral  serta berorientasikan rakyat,” katanya. 

Berucap semasa menyampaikan Amanat kepada Pejawat Awam negeri di Pusat Konvensyen  Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini, Ketua Menteri berkata anggota penjawat awam perlu  padu dan teguh dengan semangat ingin sentiasa berkhidmat, dan teguh dengan disiplin dan  integriti.  

Beliau berkata Kerajaan Negeri komited untuk mewujudkan sebuah pentadbiran yang lebih  kemas, tersusun dan berdisiplin kerana implikasi perlakuan tidak berintegriti bukan sahaja  mencemarkan nama baik individu, malah memberi kesan besar kepada keluarga, institusi yang  diwakili, serta boleh mengakibatkan kerugian besar kepada negeri dan negara. 

Bagi memperkukuhkan lagi tahap intergriti perkhidmatan awam, Hajiji berkata Kerajaan Negeri  melalui Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri kini sedang berusaha untuk mendapatkan  pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti (MS ISO 9001:2015) dan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah  (ABMS 37001:2025) secara bersepadu.  

“Ia bakal memperkukuhkan tadbir urus organisasi, meningkatkan kecekapan penyampaian  perkhidmatan awam serta menzahirkan komitmen yang berterusan terhadap integriti, ketelusan  dan akauntabiliti dalam pengurusan dan pentadbiran. 

“Saya ingin mengingatkan bahawa perkhidmatan awam mesti terus diperkasa untuk menjamin  sistem penyampaian yang efektif dan efisien secara konsisten. 

“Seruan ini tidak hanya kepada agensi perkhidmatan awam, tetapi juga kepada semua  kakitangan Badan-Badan Berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC),” katanya. 

Dalam pada itu, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat Sabah atas mandat  untuk Kerajaan ini terus memerintah bagi penggal kedua pada Pilihan Raya Umum Dewan  Undangan Negeri ke-17 lalu dan meletakkan Sabah dalam situasi yang sangat baik. 

“Malah jauh lebih baik berbanding semasa Kerajaan GRS mengambilalih kuasa lima tahun lalu.  Kita telah berjaya meletakkan Sabah pada landasan yang tepat; kita kukuhkan kestabilan dan  mantapkan pentadbiran. Kita kukuhkan ekonomi dan pertingkatkan kesejahteraan rakyat.  “Sabah kini bersiapsiaga untuk terus mara ke hadapan dan bersedia untuk mengecapi kemajuan  dan pembangunan yang berterusan.  

“Dan keberadaan Sabah pada landasan yang tepat ini menuntut pihak Kerajaan untuk  memperketatkan pemantauan, bagi memastikan keberkesanan pentadbiran,” katanya. 

“Saya percaya, dengan kerjasama padu antara kepimpinan negeri dengan anggota penjawat  awam, kita pasti mampu dan berupaya mengekalkan momentum kejayaan seperti yang telah  kita capai lima tahun yang lalu,” katanya. 

Hajiji berkata perkembangan politik negeri mutakhir ini telah memperkukuhkan kedudukan  Kerajaan Negeri sehingga mencapai penguasaan dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri,  sekali gus menjamin kestabilan politik yang amat penting bagi kesinambungan agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat untuk tempoh jangka panjang.  

Kestabilan ini juga membuka ruang kepada Kerajaan Negeri untuk melaksanakan penggubalan  serta meminda perlembagaan negeri selaras dengan keperluan semasa, katanya. 

Ini termasuklah cadangan menghadkan tempoh jawatan Ketua Menteri kepada maksimum dua  penggal atau 10 tahun, penambahan beberapa anggota kabinet negeri bagi menepati keperluan  pentadbiran yang semakin kompleks, selain penjenamaan semula jawatan Pembantu Menteri  kepada Timbalan Menteri agar lebih relevan dan selari dengan amalan pentadbiran semasa,  katanya. 

Hajiji berkata Kerajaan negeri pada hari ini akan memastikan jentera pentadbiran terus  diperkukuh dan diperhebatkan agar lebih responsif, cekap dan berkesan.  

“Untuk itu, penstrukturan semula beberapa kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, termasuk  GLCs sedang kita lakukan sebagai langkah penambahbaikan bagi memastikan penyampaian  perkhidmatan kerajaan, serta prestasi dalam setiap entiti kerajaan ini, benar-benar efisien dan  berkesan, lebih penting, tidak merugikan rakyat dan kerajaan.  

“Langkah ini selaras dengan aspirasi rakyat serta agenda pembangunan kerajaan di bawah  kerangka Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0,” katanya. 

“Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh hubungan serta kerjasama erat dengan Kerajaan  Persekutuan secara berterusan dan konstruktif, demi memastikan kepentingan dan  kesejahteraan rakyat Sabah sentiasa terpelihara,” katanya. 

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: Any state officer or personnel who feel that they are no longer able to carry  out the responsibilities entrusted to them effectively should notify their superiors or the Chief  Minister so that redeployment can be considered. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said this is to create room for  improvement, strengthen the capability of the public service, and ensure that the interests of the  people are always prioritised. 

He said that public service personnel are not merely executors of instructions, but strategic  partners to the government leadership in translating state government policies and programmes  into action. 

“Civil servants are not merely those who simply profess ‘I, who follow orders’, but are also  strategic partners to the government leadership in translating policies and programmes into  outcomes that have a direct impact on the lives of the people and the progress of our beloved  nation. 

“I wish to stress that the public service is the backbone of stability and effectiveness in  government administration. Governments may change, and policies may shift or be adjusted  accordingly; however, the public service must remain professional, neutral, and people oriented,” he said. 

Addressing the State civil personnel at the Sabah International Convention Centre (SICC) here  today, the Chief Minister said that members of the civil service must remain united and steadfast  with a strong spirit of service, discipline, and integrity. 

He said the State Government is committed to establishing a more orderly, structured, and  disciplined administration, as the implications of unethical conduct not only tarnish an individual’s  reputation but also have serious consequences for their families, the institutions they represent,  and may result in significant losses to the state and the nation. 

To further strengthen integrity in the public service, Hajiji said the State Government, through  the State Public Service Department, is currently working to obtain integrated certification for the  Quality Management System (MS ISO 9001:2015) and the Anti-Bribery Management System  (ABMS 37001:2025). 

“This will strengthen organisational governance, enhance the efficiency of public service  delivery, and demonstrate an ongoing commitment to integrity, transparency, and accountability  in management and administration. 

“I wish to remind everyone that the public service must continue to be empowered to ensure an  effective and efficient delivery system on a consistent basis.

“This call is not only directed at public service agencies, but also to all personnel in Statutory  Bodies and Government-Linked Companies (GLCs),” he said. 

In another note, he expressed his gratitude to the people of Sabah for the mandate after the  17th State Legislative Assembly General Election that allowed this Government to continue  governing for a second term, placing Sabah in a very positive position. 

“In fact, it is far better compared to when the GRS Government took over power five years ago.  We have successfully placed Sabah on the right track; we have strengthened stability and  reinforced governance. We have strengthened the economy and improved people's well-being. 

“Sabah is now well-prepared to continue moving forward and is ready to achieve sustained  progress and development. 

“And with Sabah’s position on the right track, it requires the Government to tighten monitoring to  ensure the effectiveness of administration,” he said. 

“I believe that with strong cooperation between the state leadership and members of the civil  service, we will certainly be able and capable of sustaining the momentum of success that we  achieved five years ago,” he said. 

Hajiji said that recent developments in Sabah politics have strengthened the State Government's  position, enabling it to secure a two-thirds majority in the State Legislative Assembly, thereby  ensuring political stability crucial to the continuity of the development agenda and the long-term  well-being of the people. 

He said this stability also opened up space for the State Government to draft and amend the  State Constitution in line with current needs. 

This includes the proposal to limit the Chief Minister’s term of office to a maximum of two terms  or 10 years, increase the number of state cabinet members to meet increasingly complex  administrative demands, as well as rebrand the position of Assistant Minister as Deputy Minister  to make it more relevant and aligned with current administrative practices, he said. 

Hajiji said that the State Government of today will ensure that the administrative machinery  continues to be strengthened and enhanced to become more responsive, efficient and effective. 

“To this end, the restructuring of several ministries, departments and government agencies,  including GLCs, is being carried out as an improvement measure to ensure that government  service delivery and the performance of each government entity are truly efficient and effective,  and more importantly, do not disadvantage the people and the government. 

“This step is in line with the aspirations of the people and the government’s development agenda  under the Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0 Development Plan,” he said. 

“The State Government will continue to strengthen relations and maintain close, continuous and  constructive cooperation with the Federal Government to ensure that the interests and well being of the people of Sabah are always safeguarded,” he said. 

Ends