Sokongan padu rakyat penting demi merealisasi agenda pembangunan negeri (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berharap rakyat akan  terus memberi sokongan padu dan menjadi rakan kongsi untuk merealisasikan agenda  pembangunan Kerajaan Negeri. 

“Aspirasi saya sebagai Ketua Menteri adalah untuk melakarkan laluan pembangunan untuk  Sabah dan rakyat. Justeru, sokongan berterusan adalah penting demi kesinambungan  pembangunan rakyat dan negeri ini,” katanya di majlis perasmian Festival Tarian Naga, Unicorn  dan Singa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini. 

Ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Ceasar  Mandela Malakun. 

Beliau turut memuji Persatuan Komuniti Cina Sabah Bersekutu Kota Kinabalu (USCCAKK)  kerana berjaya menganjurkan Festival Tarian Naga, Unicorn dan Singa Tahun Baharu Cina  2026 bagi menyambut Tahun Baharu Cina 2026.  

Beliau berkata USCCAKK telah secara konsisten menganjurkan acara ini sejak beberapa tahun  kebelakangan ini, menjadikannya satu sambutan kebudayaan tahunan yang dinanti-nantikan  bukan sahaja oleh masyarakat Cina, malah oleh pelbagai lapisan masyarakat di Sabah, serta  berperanan sebagai platform untuk memupuk toleransi dan saling menerima dalam membina  masa depan bersama. 

“Sebab itu, sambutan perayaan dan kebudayaan dalam kalangan masyarakat Sabah daripada  pelbagai agama, etnik dan budaya adalah identiti unik di negeri ini.  

“Di Sabah sendiri, sambutan kebudayaan dan perayaan setiap kaum sudah menjadi upacara  tahunan dan amalan. Ia adalah asas untuk meningkatkan perpaduan dan keharmonian sedia  ada dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dalam kalangan rakyat berbilang bangsa serta  agama di negeri ini,” katanya. 

Menurut Zodiak Cina, tahun 2026 merupakan Tahun Kuda Api dan dikaitkan dengan perubahan,  inovasi dan keberanian serta menawarkan peluang besar. 

“Justeru, semangat dan tenaga dalam Tahun Kuda ini perlu kita ambil untuk bersama-sama  dalam membawa lebih banyak pembangunan ekonomi, sosial dan kesejahteraan rakyat di  negeri ini.  

“Kerajaan Negeri ingin berkongsi visi harapan ini dan akan maju ke hadapan serta meneruskan  agenda pembangunan untuk memulihkan ekonomi, melaksanakan rancangan serta mencari  peluang yang baik untuk negeri dan rakyat,” katanya. 

Tamat

English Version 

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hopes the people  will continue to give their strong support and become partners in realising the State  Government’s development agenda. 

“My aspiration as Chief Minister is to chart a development pathway for Sabah and its people.  Therefore, continuous support is vital to ensure the continuity of development for the people  and the state,” he said at the opening ceremony of the Dragon, Unicorn and Lion Dance  Festival at the Sabah International Convention Centre (SICC) here today. 

His speech was delivered by Assistant Minister to the Chief Minister Datuk Ceasar Mandela  Malakun. 

He also commended the United Sabah Chinese Communities Association Kota Kinabalu  (USCCAKK) for organising the 2026 Chinese New Year Dragon, Unicorn and Lion Dance  Festival in conjunction with the Chinese New Year 2026 celebration. 

He noted USCCAKK has consistently organised this event over recent years, making it an  annual cultural celebration that is eagerly anticipated not only by the Chinese community  but also by Sabah’s diverse communities, and serves as a platform to promote tolerance  and mutual acceptance in building a shared future. 

“That is why cultural and festive celebrations among Sabah’s communities of different  religions, ethnicities and cultures form a unique identity of the state. 

"In Sabah, cultural and festive celebrations of each group have become traditions. They help  make unity and harmony stronger among Sabah’s many different communities," he said. 

According to the Chinese zodiac, 2026 is the Year of the Fire Horse, associated with change,  innovation, and courage, and offering great opportunities. 

“Therefore, the spirit and energy of the Year of the Horse should be harnessed collectively  to bring about greater economic development, social progress and improved well-being for  the people of this state. 

“The State Government wishes to share this vision of hope and will move forward by  continuing its development agenda to revitalise the economy, implement plans and seek  good opportunities for the state and its people,” he said. 

Ends