Projek Grid Kuasa bagi memperkukuh sistem bekalan elektrik Sabah (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Projek Penyambungan Grid Kuasa Sabah–Sarawak akan memperkukuh sistem bekalan elektrik Sabah agar menjadi lebih stabil, boleh dipercayai dan mampan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

"Ini juga akan membawa kepada pengurangan kebergantungan terhadap penjanaan berasaskan bahan api fosil secara berperingkat, memperkukuh margin rizab elektrik Sabah, serta meningkatkan lagi keyakinan pelabur terhadap kebolehlaksanaan dan kebolehpercayaan bekalan kuasa di negeri ini.

“Sabah menghargai kesediaan Sarawak untuk menjadi rakan strategik tenaga, bukan sahaja melalui kerjasama dalam bekalan elektrik merentasi sempadan, malah sebagai rakan pembangunan Borneo yang berkongsi aspirasi masa depan yang sama.

“Usaha untuk meningkatkan pembangunan tenaga elektrik di Sabah memerlukan kerjasama semua pihak sebagai satu pasukan. Komitmen Kerajaan Negeri adalah jelas, iaitu memastikan bekalan elektrik negeri ini diperkukuh,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Projek Penyambungan Grid Kuasa Sabah–Sarawak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

Hajiji berkata, bagi pihak Kerajaan Sabah, beliau percaya usaha bersama seumpama ini merupakan satu langkah penting ke arah merealisasikan visi bersama BIMP-EAGA.

“Dengan memajukan infrastruktur merentasi sempadan melalui Grid Kuasa ASEAN (APG), kita secara langsung meningkatkan prospek ekonomi semua negara yang terlibat. Infrastruktur tenaga yang berdaya tahan dan mampan seterusnya akan mengukuhkan keyakinan pelabur domestik dan antarabangsa, sekali gus memacu pertumbuhan dalam sektor perindustrian, pembuatan dan hiliran,” katanya.

Beliau menambah bahawa sebagai pintu masuk utama Malaysia ke BIMP-EAGA, Sabah memainkan peranan strategik dalam menyatukan sistem kuasa Borneo yang bukan sahaja membuka potensi perdagangan tenaga merentasi sempadan, malah mewujudkan rangka kerja bagi pasaran tenaga serantau yang bersepadu, cekap dan mampan.

Malah, katanya, Interkoneksi Grid Sabah–Sarawak merupakan satu pencapaian penting dalam perjalanan ini, membuka laluan kepada hubungan masa depan dengan Kalimantan, Brunei Darussalam dan akhirnya Filipina selatan.

“Kerajaan Negeri menyedari sepenuhnya bahawa permintaan elektrik di Sabah semakin meningkat seiring dengan pertumbuhan populasi, pengembangan industri dan pembangunan luar bandar. Memenuhi permintaan ini merupakan keutamaan strategik yang kritikal.

“Bagi menangani perkara ini, Kerajaan Negeri melalui Majlis Tenaga Sabah, Suruhanjaya Tenaga Sabah dan agensi berkaitan lain telah melaksanakan strategi menyeluruh secara berfasa merangkumi langkah jangka pendek, sederhana dan panjang.

“Pendekatan ini memastikan margin rizab penjanaan yang mencukupi serta meningkatkan daya tahan dan kebolehpercayaan keseluruhan sistem tenaga Sabah,” katanya.

Ketua Menteri berkata inisiatif utama yang sedang dilaksanakan dan dirancang termasuk kelulusan serta pembangunan projek penjanaan tenaga baharu merangkumi campuran sumber tenaga yang pelbagai.

“Ini termasuk penggunaan loji janakuasa berasaskan gas sebagai sumber tenaga peralihan, di samping pengembangan tenaga boleh baharu seperti hidro, solar, angin serta teknologi penyimpanan tenaga termaju seperti Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri dan hidro simpanan pam,” katanya.

Beliau berkata langkah-langkah ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan kapasiti, malah mengurangkan risiko gangguan bekalan dengan mengurangkan kebergantungan berlebihan kepada satu sumber tenaga sahaja.

Hajiji berkata Kerajaan Negeri komited sepenuhnya untuk memastikan sektor tenaga Sabah berkembang seiring dengan kelestarian alam sekitar.

“Berpandukan Pelan Hala Tuju dan Pelan Induk Tenaga Sabah 2040, kita memberi tumpuan kepada tenaga boleh baharu bagi mengurangkan intensiti karbon. Usaha ini selaras dengan komitmen perubahan iklim kita di peringkat negeri dan nasional, demi memastikan masa depan tenaga yang lebih hijau dan mampan untuk generasi akan datang,” katanya.

"Hajiji berkata Kerajaan Sabah kekal teguh dalam misinya untuk menyediakan bekalan elektrik yang stabil dan mampan, bagi memacu aspirasi pembangunan Sabah serta memastikan kesejahteraan keseluruhan rakyatnya.

 Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: The Sabah-Sarawak Interconnection Power Grid project will strengthen Sabah’s electricity supply system to become more stable, reliable, and sustainable, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

"This will also lead to a phased reduction on dependence of fossil fuel–based generation, strengthen Sabah’s electricity reserve margin, and further bolster investor confidence in the feasibility and reliability of the state's power supply.

“Sabah appreciates Sarawak’s willingness to be a strategic energy partner, not only through cooperation in cross-border electricity supply, but also as a Borneo development partner that shares the same future aspirations.

“Efforts to enhance electricity development in Sabah require the cooperation of all parties as one team. The commitment of the State Government is clear, which is to ensure the state’s electricity supply is bolstered,” he said at the Energisation of the Sabah-Sarawak Power Grid Interconnection Project ceremony at the Sabah International Convention Centre (SICC), here today.

The ceremony was also attended by Sarawak Premier Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

Hajiji said a joint effort of this nature is also a pivotal step towards realising the shared vision of BIMP-EAGA.

“By advancing cross-border infrastructure through the ASEAN Power Grid (APG), we are directly boosting the economic prospects of all participating nations. A resilient and sustainable power infrastructure will, in turn, strengthen both domestic and international investor confidence, driving further growth in our industrial, manufacturing, and downstream sectors,” he said.

He added that as Malaysia’s primary gateway to BIMP-EAGA, Sabah plays a strategic role in unifying Borneo’s power systems that not only unlock the potential for crossborder energy trade but also establish the framework for an integrated, efficient, and sustainable regional energy market.

He said the Sabah-Sarawak Grid Interconnection is a vital milestone in this journey, paving the way for future links with Kalimantan, Brunei Darussalam, and eventually the southern Philippines.

“The State Government fully recognises that electricity demand in Sabah is rising in tandem with our growing population, industrial expansion, and rural development. Meeting this demand is a critical strategic priority.

“To address this, the State Government, through the Sabah Energy Council, Energy Commission of Sabah and other relevant agencies, has implemented a comprehensive, phased strategy covering short, medium, and long-term measures.

“This approach ensures an adequate  generation reserve margin while enhancing the overall resilience and stability of Sabah’s power system,” he said.

The Chief Minister said key initiatives currently implemented and planned included the approval and development of new power generation projects across a diverse energy mix.

“This includes utilising gas-based power plants as a transitional energy source, alongside the expansion of renewables such as hydropower, solar, wind, and advanced energy storage technologies such as the battery energy storage system and pumped storage hydro,” he said.

These measures were designed not only to increase capacity but also to mitigate supply risks by reducing over-reliance on any single energy source, he said.

Hajiji said the State Government is firmly committed to ensuring that Sabah’s energy sector evolves in harmony with environmental sustainability.

“Guided by the Sabah Energy Roadmap and Master Plan 2040, we are focusing on renewable energy to lower carbon intensity. These efforts align with our climate change commitments at both the state and national level, ensuring a greener and more sustainable energy future for generations to come,” he said.

Hajiji said the Sabah Government remained steadfast in its mission to provide a stable and sustainable electricity supply - fuelling Sabah’s development aspirations and ensuring the overall well-being of its people.

Ends