KM terima kunjungan perpisahan Duta Besar AS ke Malaysia (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan perpisahan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgard D. Kagan di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, pada Khamis.
Dalam pertemuan itu, Hajiji merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Edgard atas khidmat bakti beliau sepanjang tempoh bertugas di Malaysia, khususnya dalam memperkukuh hubungan dua hala serta membantu mempromosikan Sabah di peringkat antarabangsa.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada TYT Edgard atas sumbangan dan kerjasama yang terjalin sepanjang berkhidmat di Malaysia, termasuk sokongan dalam mempromosikan keunikan dan potensi Sabah kepada masyarakat antarabangsa,” katanya.
Sementara itu, Edgard turut merakamkan ucapan tahniah kepada Hajiji atas pelantikan semula sebagai Ketua Menteri Sabah, sambil menyifatkan kepimpinan beliau sebagai penting dalam meneruskan agenda pembangunan dan kestabilan negeri.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor received a farewell call from the United States Ambassador to Malaysia, Edgard D. Kagan, at his office in Menara Kinabalu on Thursday.
At their meeting, the Chief Minister expressed his appreciation to Kagan for his dedicated service during his tenure in Malaysia, particularly for his role in strengthening bilateral relations and helping to promote Sabah on the international stage.
“I would like to thank His Excellency Edgard for his contributions and the cooperation established during his service in Malaysia, including his support in showcasing Sabah’s uniqueness and potential to the global community,” he said.
Meanwhile, Edgard congratulated Hajiji on his reappointment as Chief Minister of Sabah, describing his leadership as crucial for the state’s continued development and stability.
Ends
