KM mahu lebih ramai anak Sabah sandang jawatan tinggi di Persekutuan (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berharap lebih ramai  anak Sabah yang berkelayakan dapat menyandang jawatan-jawatan tinggi dalam perkhidmatan  awam Persekutuan, termasuk di Putrajaya. 

Beliau berkata, anak Sabah perlu bersikap lebih terbuka dan bersedia menerima penempatan  di luar negeri ini, termasuk di negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia, bagi memastikan  penyertaan yang lebih seimbang dalam pentadbiran Persekutuan. 

“Anak-anak Sabah yang berkelayakan perlu menolak stigma tidak mahu bertugas di luar Sabah.  Banyak jawatan kosong dalam perkhidmatan Persekutuan ditawarkan oleh Suruhanjaya  Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia dan telah dipohon oleh anak Sabah. 

“Apabila ditawarkan jawatan, termasuk jawatan tinggi, walaupun penempatan di Semenanjung,  mereka perlu menerimanya supaya lebih ramai anak Sabah dapat berkhidmat dan menyumbang  dalam jabatan-jabatan Persekutuan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Pengerusi SPA Malaysia, Dato’ Sri  Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, pada Khamis. 

Hajiji berkata, penglibatan lebih ramai anak Sabah dalam perkhidmatan awam Persekutuan  bukan sahaja membuka peluang pembangunan kerjaya, malah dapat memperkukuh kefahaman  serta penyertaan rakyat Sabah dalam sistem pentadbiran negara secara menyeluruh. 

Sementara itu, Dr Ahmad Jailani dalam taklimatnya memaklumkan bahawa trend permohonan  anak Sabah untuk menyertai perkhidmatan awam Persekutuan menunjukkan peningkatan yang  memberangsangkan berbanding tahun-tahun sebelumnya. 

Beliau berkata, secara purata kira-kira 2,000 anak Sabah dilantik ke dalam perkhidmatan awam  Persekutuan setiap tahun, khususnya untuk berkhidmat di negeri ini. 

Menurutnya, bagi memudahkan urusan pengambilan dan temu duga, SPA Malaysia akan  membuka sebuah lagi pusat temu duga baharu di Sabah tahun ini, iaitu di Pusat Transformasi  Bandar (UTC) Keningau. 

“Ketika ini, pusat temu duga SPA di Sabah terletak di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau,”  katanya. 

Beliau turut memaklumkan Ketua Menteri mengenai pelaksanaan program ‘outreach’ SPA di  Sabah, termasuk penglibatan dalam Kampung Angkat MADANI, selain jalinan kerjasama dan  hubungan rapat yang berterusan antara SPA Malaysia dan SPA Sabah. 

Tamat

English ver

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor wants more qualified  Sabahans to secure high-ranking positions within the Federal civil service, including roles based  in Putrajaya.  

He said Sabahans must be more open and prepared to accept placements outside the state,  including in Peninsular Malaysia, to ensure more balanced representation in the Federal  administration. 

“Qualified Sabahans should move past the stigma of being reluctant to serve outside their home  state. Many vacancies in the Federal civil service offered by the Public Service Commission  (SPA) were applied for by Sabahans.  

“When offered positions, including high-ranking roles, even if the placement is in the Peninsula,  they should accept them. This will allow more Sabahans to serve and contribute within Federal  departments,” he added. 

The Chief Minister said this during a courtesy call by SPA Malaysia Chairman, Dato’ Sri Dr  Ahmad Jailani Muhamed Yunus, at his office in Menara Kinabalu on Thursday. 

Hajiji noted that greater involvement of Sabahans in the Federal civil service not only provides  career advancement opportunities but also strengthens the overall participation and  understanding of Sabahans within the national administrative system.  

Meanwhile, Dr Ahmad Jailani shared that the trend of Sabahans applying for the Federal civil  service has shown an encouraging increase compared to previous years.  

He said on average, approximately 2,000 Sabahans are appointed to the Federal civil service  annually, primarily to serve within the state. 

To facilitate recruitment and interviews, Dr Ahmad Jailani announced that SPA Malaysia will  open a new interview center in Sabah this year at the Keningau Urban Transformation Centre  (UTC).  

“Currently, SPA interview centers in Sabah are located in Kota Kinabalu, Sandakan, and  Tawau,” he added. 

He also briefed the Chief Minister on SPA’s outreach programs in Sabah, including its  involvement in the MADANI Adoption Village (Kampung Angkat MADANI) program, as well as  the ongoing close cooperation between SPA Malaysia and SPA Sabah. 

Ends