PPM diminta bantu sebarkan pencapaian kerajaan kepada rakyat (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu semua  pihak, khususnya Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) membantu kerajaan  baharu GRS yang ada sekarang untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai  pencapaian kerajaan di kawasan masing-masing 

Beliau berkata, banyak pencapaian yang dilakar oleh kerajaan Gabungan Rakyat Sabah  (GRS) pimpinannya, namun tidak dihebahkan secara menyeluruh kepada rakyat  menyebabkan banyak perkara sebenar yang tidak diketahui mereka. 

Katanya, kegagalan menghebahkan secara menyeluruh pencapaian kerajaan juga  menyebabkan isu yang sering ditimbulkan di media sosial seperti air dan elektrik serta  jalan rosak lebih menonjol sedangkan usaha menanganinya dilaksanakan oleh kerajaan  GRS. 

"Tuan-tuan boleh dianggap sebagai mata dan telinga kerajaan, tugas utama ialah  membantu menjelaskan dasar, program serta kejayaan Kerajaan kepada rakyat. Jadi,  bantu sebarkan pencapaian kerajaan, banyak kejayaan yang kita laksanakan untuk  rakyat. 

"Melalui hala tuju pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ), kita telah mengangkat  ekonomi Sabah, memulihkan ekonomi selepas COVID-19, menambah hasil dari RM4  bilion hingga RM7 bilion, rizab kita juga meningkat hingga melebihi RM8.6 bilion. 

"Ini mesti disebarkan supaya rakyat tahu pencapaian kerajaan. Begitu juga pelaburan,  contohnya di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) kawasan itu  sudah penuh dan terbaru sebuah pelabur dari Singapura melabur RM31 bilion di sana  dengan 6,000 hingga 7,000 peluang pekerjaan dijangka diwujudkan," katanya. 

Hajiji berkata demikian ketika berucap pada Majlis Angkat Sumpah dan  Menandatangani Aku Janji Jawatan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM)  Negeri Sabah di Menara Kinabalu pada Selasa. 

Katanya, jika kerajaan GRS dianggap gagal, SOGIP dan taman perindustrian lain di  Sabah mungkin masing kosong hingga ke hari ini kerana tiada pelabur yang datang. 

Sementara itu, Ketua Menteri berkata Kerajaan Negeri akan memperkukuh  pelaksanaan Pelan Pembangunan Hala Tuju SMJ 2.0 yang dijadual dilancarkan pada  hujung bulan ini bagi memantapkan agenda ekonomi, infrastruktur dan kesejahteraan  rakyat di seluruh negeri.

Katanya, pelaksanaan Pelan Pembangunan SMJ oleh Kerajaan GRS sejak 2021  berjaya meletakkan asas pembangunan yang kukuh dan memberi manfaat kepada  rakyat dalam pelbagai sektor. 

Selain aspek ekonomi, Hajiji berkata, Kerajaan juga terus memberi perhatian kepada  pembangunan modal insan, kesejahteraan rakyat serta penambahbaikan infrastruktur  asas seperti bekalan air dan rangkaian jalan raya melalui perancangan strategik di  bawah SMJ 2.0. 

Beliau menegaskan bahawa isu pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur yang  berada di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat akan terus dibangkitkan dalam  perbincangan bersama Kerajaan Persekutuan demi kepentingan rakyat Sabah. 

Mengucapkan tahniah kepada semua PPM yang baharu mengangkat sumpah, beliau  berharap mereka memainkan peranan aktif membantu Kerajaan menyampaikan  maklumat tepat kepada rakyat serta menjelaskan program dan kejayaan dasar Kerajaan  secara berkesan. 

"Saya mahu semua PPM menjalankan tugas dengan penuh integriti dan komitmen demi  masa depan Sabah dan generasi akan datang,” katanya. 

Hajiji menegaskan jawatan PPM merupakan satu amanah besar yang perlu  dilaksanakan secara bertanggungjawab sebagai jambatan antara Kerajaan dan rakyat  di lapangan. 

Seramai 45 orang PPM Negeri Sabah mengangkat sumpah jawatan serta  menandatangani surat Aku Janji mereka. 

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor wants all  parties, especially Community Development Leaders (PPM) to assist the government in  explaining the government’s achievements to the people in their respective areas. 

He said that many achievements recorded by the Gabungan Rakyat Sabah (GRS)  government under his leadership have not been widely publicised, resulting in the public  being unaware of many actual developments. 

According to him, the failure to comprehensively disseminate government achievements  has also caused issues frequently highlighted on social media, such as water and  electricity supply as well as damaged roads, to appear more prominent, even though  efforts to address these problems are being implemented by the GRS government. 

“You can be regarded as the eyes and ears of the government. Your main task is to help  explain government policies, programmes and successes to the people. So, help spread  the government’s achievements, as there are many successes we have achieved for the  people. 

“Through the Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) development blueprint, we have uplifted  Sabah’s economy, restoring it after COVID-19, increased revenue from RM4 billion to  RM7 billion, and our reserves have also risen to more than RM8.6 billion. 

“This must be disseminated so that the people know the government’s achievements.  The same goes for investments. For example, at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park  (SOGIP), the area is already fully occupied, and most recently an investor from  Singapore invested RM31 billion there, with 6,000 to 7,000 job opportunities expected  to be created,” he said. 

Hajiji said this at the Swearing In and signing of the “Aku Janji” Pledge Ceremony for the  new Community Development Leaders (PPM) at Menara Kinabalu on Tuesday. 

He added that if the GRS government were considered a failure, SOGIP and other  industrial parks in Sabah might still be empty today due to the absence of investors. 

Meanwhile, the Chief Minister said the State Government will strengthen the  implementation of the SMJ 2.0 Development Roadmap, which is scheduled to be  launched at the end of this month, to further reinforce the economic, infrastructure and  people’s well-being agenda throughout the state.

He said the implementation of the SMJ Development Plan by the GRS Government  since 2021 has successfully laid a strong development foundation and delivered benefits  to the people across various sectors. 

In addition to economic aspects, Hajiji said the Government would continue to focus on  human capital development, the well-being of the people, and improvements to basic  infrastructure such as water supply and road networks through strategic planning under the SMJ 2.0. 

He stressed that issues related to the construction and maintenance of infrastructure  under the responsibility of the Federal Government will continue to be raised with the  Federal Government in the interest of the people of Sabah. 

Congratulating the newly sworn-in PPMs, he expressed hope that they would play an  active role in assisting the Government to convey accurate information to the people and  to effectively explain government programmes and policy achievements. 

“I want all PPMs to carry out their duties with full integrity and commitment for the future  of Sabah and the generations to come,” he said. 

Hajiji emphasised that the position of PPM is a great trust that must be carried out  responsibly as a bridge between the Government and the people on the ground. 

A total of 45 Sabah State PPMs took their oath of office and signed their pledge letters. 

Ends