Ketua Menteri ketuai delegasi Sabah pada Permukiman Kerajaan Madani 2026 (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengetuai delegasi dari Sabah menghadiri Permukiman Kerajaan Madani 2026 selama dua hari yang berlangsung di Pusat Pembelajaran KWSP Bangi, Selangor bermula Sabtu (10 Januari).
Turut serta dalam delegasi Sabah ialah Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam, Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Ariffin Arif.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan amanat pada hari pertama permukiman.
Hajiji turut membentangkan kertas perbincangan berkaitan isu semasa kepentingan rakyat dari perspektif Sabah pada hari kedua.
Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof - Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg serta Menteri-Menteri Besar - Dato Seri Amiruddin Shari (Selangor), Dato' Sri DiRaja Haji Wan Rosdy Wan Ismail (Pahang), Dato' Onn Hafiz Ghazi (Johor) dan Datuk Seri Saarani Mohamad (Perak), selain semua menteri Kabinet Persekutuan.
Tamat
English Version
KUALA LUMPUR: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor led a delegation from Sabah to attend the two-day 2026 Madani Government Retreat at the EPF Learning Centre Bangi in Selangor beginning Saturday (Jan 11).
In the Sabah delegation were Deputy Chief Minister I Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam, Finance Minister Datuk Seri Panglima Masidi Manjun and Local Government and Housing Minister Datuk Ariffin Arif.
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim delivered a keynote address on the first day of the retreat.
On the second day, Hajiji presented a discussion paper on current issues of public interest from Sabah’s perspective.
Also present were Deputy Prime Ministers - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Amar Fadillah Yusuf - Penang Chief Minister, Chow Kon Yeow, Melaka Chief Minister, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Sarawak Premier Tan Sri Abang Johari Openg and Menteri Besar — Dato Seri Amiruddin Shari (Selangor), Dato' Sri DiRaja Haji Wan Rosdy Wan Ismail (Pahang), Dato' Onn Hafiz Ghazi (Johor) and Datuk Seri Saarani Mohamad (Perak), as well as all Federal Cabinet ministers.
Ends
