KM: Tumpuan khas kepada isu jalan raya, air dan elektrik tahun depan (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata  Kerajaan Negeri akan memberi tumpuan khas bagi menangani isu tiga serangkai - jalan  raya, air dan elektrik di Sabah pada tahun hadapan. 

“Isu-isu ini merupakan keutamaan Kerajaan Negeri,” katanya ketika ditemui selepas  pembentangan Belanjawan Negeri 2026 di Dewan Undangan Negeri hari ini. 

Hajiji berkata Belanjawan Negeri tahun hadapan meneruskan matlamat untuk  meningkatkan taraf hidup rakyat secara keseluruhan. 

“Kita akan meneruskan program-program bagi meningkatkan kesejahteraan golongan  kurang bernasib baik selain pembangunan pendidikan dan modal insan pada tahun  depan,” katanya. 

Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun telah membentangkan  Belanjawan Negeri lebihan dengan perbelanjaan sebanyak RM6.402 bilion berbanding  anggaran hasil RM6.430 bilion untuk tahun hadapan. 

Kementerian Kerja Raya dan Utiliti, yang bertanggungjawab ke atas jalan raya, bekalan  air dan elektrik, telah diperuntukkan sebanyak RM1.122 bilion untuk pembangunan  tahun depan. 

Tamat

English Version 

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the State  Government will give special focus to addressing the three main issues - roads, water  and electricity in Sabah next year. 

“These issues are the State Government’s priority,” he said when met after the tabling  of the 2026 State Budget at the State Legislative Assembly today. 

Hajiji said next year’s State Budget continues the objective of improving the overall living  standards of the people. 

“We will continue programmes to enhance the well-being of the less fortunate as well as  educational and human capital development next year,” he said. 

Finance Minister Datuk Seri Panglima Masidi Manjun tabled a surplus State Budget with  an expenditure of RM6.402 billion compared to an estimated revenue of RM6.430 billion  for next year. 

The Ministry of Public Works and Utilities, which is responsible for roads, water supply  and electricity, has been allocated RM1.122 billion for development next year. 

Ends