Sabah raikan keputusan Mahkamah Rayuan membatalkan "Anugerah Akhir" (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan Paris untuk membatalkan "Anugerah Akhir" bernilai AS$14.9 bilion daripada pihak yang menggelarkan diri mereka penuntut Sulu sebagai satu keputusan muktamad dan kemenangan besar bagi Malaysia.
"Saya menyatakan sebelum ini, kita akan mempertahankan kedaulatan Sabah dalam Persekutuan Malaysia, dan kita tidak akan sesekali melayan tuntutan sedemikian.
"Keputusan Mahkamah Rayuan Paris pada 9 Disember lalu sekali lagi membuktikan pendirian Sabah selama ini," katanya sebagai reaksi kepada kenyataan Bilik Gerakan Sekretariat Khas Sulu yang bertindak bagi pihak Kerajaan Malaysia, hari ini.
Mahkamah Rayuan Paris memutuskan bahawa pemegang timbang tara, Gonzalo Stampa, tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan "Anugerah Akhir" tersebut dan mendapati tiada perjanjian timbang tara yang sah mengikat Malaysia.
Kerajaan Negeri Sabah menegaskan semula komitmennya untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi membatalkan sebarang tuntutan di masa hadapan.
"Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas usaha gigih mereka dalam mempertahankan kedaulatan Sabah," kata Ketua Menteri
Tamat
English version
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hails the Paris Court of Appeal's decision to annul the US$14.9 billion "Final Award" in favor of the self-proclaimed Sulu claimants as a decisive ruling and significant victory for Malaysia.
"I have stated before, we will defend Sabah's sovereignty within the Federation of Malaysia, and we will never entertain such claims.
"The decision of the Paris Court of Appeal once again vindicated Sabah's stand all this while." he said in response to the statement of the Sulu Special Secretariat War Room, acting on behalf of the Malaysian Government, today.
The court's ruling on December 9 found that the arbitrator, Gonzalo Stampa, lacked jurisdiction and that no valid arbitration agreement bound Malaysia.
The Sabah State Government reiterated its commitment to working with the Federal Government to quash any future claims.
"We also express our gratitude to the Federal Government for their hard work in defending Sabah's sovereignty," the Chief Minister said.
Ends
