GLC dan Badan Berkanun diarah hantar laporan setiap tiga bulan terus kepada Ketua Menteri

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mengarahkan semua Ketua Pegawai Eksekutif (CEO),  Pengurus Besar Kumpulan (GGM) dan Pengurus Besar (GM) bagi syarikat berkaitan  kerajaan (GLC) serta badan berkanun di Sabah untuk mengemukakan laporan prestasi  bertulis setiap tiga bulan terus kepada Ketua Menteri, mulai tahun depan. 

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata bahawa inisiatif ini bertujuan  memastikan Kerajaan Negeri menerima maklumat tepat pada masanya berhubung  kemajuan projek, kedudukan kewangan, keberkesanan perkhidmatan dan pencapaian  masing-masing. 

“Langkah ini penting untuk memantau prestasi setiap entiti,” katanya selepas  mempengerusikan Mesyuarat Kabinet Negeri di sini, hari ini. 

Hajiji menegaskan bahawa mana-mana CEO, GGM dan GM yang gagal mengemukakan  laporan, tidak mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) atau tidak menunjukkan prestasi yang  memuaskan akan disemak kedudukannya, termasuk ditukar atau ditamatkan perkhidmatan  mereka. 

Beliau menggesa semua CEO, GGM dan GM untuk menetapkan KPI yang jelas dan terukur  selaras dengan mandat organisasi masing-masing. 

“Semua projek, inisiatif, program dan perbelanjaan mesti mematuhi piawaian tadbir urus  profesional, termasuk integriti kewangan, ketelusan pelaksanaan dan akauntabiliti kepada  rakyat,” tegasnya. 

Sambil mengakui bahawa setiap GLC dan badan berkanun di Sabah mempunyai objektif  yang berbeza, ada yang berorientasikan keuntungan dan ada yang berorientasikan perkhidmatan sosial, Ketua Menteri menegaskan bahawa semua entiti tetap  bertanggungjawab menunjukkan tahap komitmen, kecekapan dan integriti yang tinggi. 

“Setiap CEO, GGM dan GM yang dilantik mesti menyumbang secara bertanggungjawab,  seperti yang diharapkan oleh rakyat dan kerajaan, bagi membantu memajukan Sabah. 

“Dengan pemantauan yang lebih teratur dan pengurusan yang lebih bertanggungjawab,  agenda Sabah Maju Jaya 2.0 dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan serta memberi  manfaat secara langsung kepada rakyat Sabah,” katanya. 

Tamat

 

English version

KOTA KINABALU: The State Government has directed all Chief Executive Officers  (CEOs), Group General Managers (GGMs) and General Managers (GMs) of  government-linked companies (GLCs) and statutory bodies in Sabah to submit written  performance reports every three months directly to the Chief Minister, starting next year. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the move is intended to  ensure the State Government receives timely and accurate information on project  progress, financial health, service delivery and the overall performance of each organisation. 

“This measure is crucial to monitoring the performance of every entity,” he said after  chairing the State Cabinet meeting here today. 

Hajiji warned that any CEO, GGM or GM who fails to submit their reports, does not meet  their Key Performance Indicators (KPIs) or shows unsatisfactory performance will have  their position reviewed, including reassignment or termination. 

He called on all organisational heads to establish clear and measurable KPIs aligned  with their respective mandates. 

“All projects, initiatives, programmes and expenditures must adhere to professional  governance standards, including financial integrity, transparent implementation and  accountability to the people,” he said. 

Acknowledging that each GLC and statutory body has different mandates, some focused  on commercial returns and others on social services, the Chief Minister stressed that all  entities are equally responsible for demonstrating high levels of commitment, efficiency  and integrity. 

“Every appointed CEO, GGM and GM must contribute responsibly, as expected by both  the government and the people, to help drive Sabah’s progress. 

“With more structured monitoring and stronger accountability, the Sabah Maju Jaya 2.0  agenda will be implemented more effectively and deliver direct benefits to the people of  Sabah,” he added. 

Ends