Hajiji: Terima kasih atas mandat ini, kemenangan ini adalah kemenangan rakyat (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Terima kasih atas mandat ini. Kemenangan ini adalah kemenangan rakyat. Ia milik setiap daripada anda yang percaya kepada visi kita, menyokong usaha kita, dan berkongsi impian kita untuk masa depan Sabah yang lebih cerah, kata Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
“Dengan penuh kesyukuran, saya menerima kepercayaan yang anda berikan kepada saya dan rakan-rakan saya dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk sekali lagi memimpin dan berkhidmat sebagai wakil rakyat anda.
"Sokongan rakyat yang tidak berbelah bahagi dan keyakinan mereka terhadap perjuangan kita telah menjadi pemangkin kepada kemenangan ini.
"Marilah kita meraikan kemenangan ini sebagai permulaan kepada sebuah bab baharu, yang dipenuhi dengan tujuan yang diperbaharui serta tekad bersama untuk membina masa depan yang lebih baik untuk Sabah dan rakyatnya,” katanya.
Hajiji berkata sejak awal lagi, komitmen GRS adalah untuk memupuk perubahan dan kemajuan melalui agenda pembangunan holistik dan inklusif "Hala Tuju Sabah Maju Jaya" (SMJ).
"Kita berusaha untuk menggerakkan pembangunan yang bermakna dan membina jambatan yang menyatukan, bukannya memisahkan. Kita kekal teguh dalam meneruskan kesinambungan SMJ 2.0, yang menumpukan kepada empat tonggak utama: Sabah Diutamakan (Sabah First), Sabah Maju (Sabah Forward), Sabah Sejahtera (Sabah Prosper), dan Sabah Bersatu (Sabah United).
Hajiji turut menegaskan komitmen penuh GRS untuk bekerja tanpa henti bagi memperjuangkan harapan dan aspirasi semua rakyat Sabah.
"Bersama-sama, kita akan menghadapi cabaran, merebut peluang baharu, dan memastikan setiap suara, walau sekecil mana sekalipun, didengari dan dihargai.
"Marilah kita terus bekerjasama sebagai rakan kongsi aktif dalam perjalanan kemajuan ini. Dengan perpaduan sebagai kekuatan kita, marilah kita melangkah ke hadapan bersama sama dan memastikan kemenangan ini benar-benar membawa makna.
"Kepada semua pihak lawan kita yang telah bertanding bersama kita sepanjang pilihan raya ini, marilah kita merapatkan saf dan merangkul semangat demokrasi dengan bersatu padu. Marilah kita membina kepercayaan dan beriltizam untuk bekerja secara kolaboratif demi berkhidmat kepada rakyat dengan berkesan dan demi kebaikan Sabah secara keseluruhan," katanya.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: Thank you for this mandate. This victory is the people's victory. It belongs to each of you who believed in our vision, supported our efforts, and shared our dream for a brighter future for Sabah, said Gabungan Rakyat Sabah (GRS) chairman Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor
"With profound gratitude, I accept the trust you have placed in me and my colleagues in the Gabungan Rakyat Sabah (GRS) to once again lead and serve as your elected representatives.
"The people’s unwavering support and courageous belief in our cause have been the driving force behind this victory.
"Let us celebrate this victory as the beginning of a new chapter, filled with renewed purpose and the collective determination to build a better tomorrow for Sabah and its people,” he said.
Hajiji said that from the outset, GRS' commitment has been to foster change and progress through our holistic and inclusive "Hala Tuju Sabah Maju Jaya" (SMJ) development agenda.
"We set out to inspire meaningful development and build bridges that unite, rather than divide. We are resolute in our pursuit of continuity with SMJ 2.0, focusing on four key pillars: Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper, and Sabah United.
Hajiji reaffirmed GRS’s solemn commitment to work relentlessly to advance the hopes and aspirations of all Sabahans.
"Together, we will confront challenges, seize new opportunities, and ensure that every voice, no matter how small, is heard and valued.
"Let us continue to work together as active partners on this journey of progress. With unity as our strength, let us move forward together and make this moment of victory truly count.
"To all our opponents who have vied with us throughout this election, let us close ranks and embrace the spirit of democracy by coming together in solidarity. Let us build trust and commit to working collaboratively to serve the people effectively and for the greater good of Sabah," he said.
Ends
