Sabah Law Society diminta sumbang input mengenai Geran 40%, Dana Pelaburan Masa Depan Anak Sabah (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, meminta Sabah Law Society (SLS) mengemukakan input untuk mengukuhkan tuntutan Sabah terhadap geran khas 40 peratus daripada Kerajaan Persekutuan.
Beliau berkata input SLS, yang akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Besar Negeri dan Kementerian Kewangan Negeri, amat penting bagi memperkukuh rangka kerja yang menjadi asas perbincangan berterusan Sabah dengan Kerajaan Persekutuan.
“Dalam pertemuan dengan SLS, saya mendengar pandangan dan cadangan mereka. Saya telah meminta mereka menyediakan input terperinci dan mengemukakannya kepada Peguam Besar Negeri dan Kementerian Kewangan Negeri untuk terus mengukuhkan tuntutan kita,” katanya selepas pertemuan dengan Presiden SLS, Datuk Mohamed Nazim Maduarin dan bekas
presiden, Datuk Roger Chin di kediamannya pada Selasa.
Permintaan Ketua Menteri itu adalah susulan keputusan Mahkamah Tinggi pada 17 Oktober yang mengarahkan Kerajaan Persekutuan mengadakan rundingan dengan Kerajaan Negeri dalam tempoh 90 hari berhubung geran perlembagaan tersebut.
Selain geran khas 40 peratus, Ketua Menteri yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mahu SLS menjadi sebahagian daripada pasukan yang menggubal kerangka Dana Pelaburan Masa Depan Anak Sabah (Sabah Sovereign Wealth Fund - SSWF) termasuk penyediaan draf enakmennya.
Penubuhan dana pertama SSWF ini, antara ikrar teras dalam manifesto pilihan raya GRS yang dilancarkan pada 17 November bertujuan meningkatkan hasil tahunan negeri kepada RM10 bilion menjelang 2030.
Modal permulaan SSWF akan diambil daripada sebahagian rizab negeri Sabah bagi menjamin kestabilan kewangan jangka panjang untuk generasi akan datang,
Satu peratusan tetap daripada geran khas 40 peratus Sabah daripada Putrajaya akan turut disalurkan ke dalam dana tersebut setiap tahun.
Ketua Menteri berkata selain wakil kerajaan, pasukan SSWF juga akan melibatkan golongan profesional serta pakar dalam bidang pelaburan, kewangan dan perundangan.
Turut hadir ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang juga Timbalan Setiausaha Agong GRS, Datuk Armizan Mohd Ali dan Peguam Besar Negeri, Datuk Brenndon Keith Soh.
Tamat
English version
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor has called on the Sabah Law Society (SLS) to provide its input to reinforce Sabah's claim to the 40 per cent special grant from the Federal Government.
He said SLS's input, to be presented to the State Attorney General’s Chambers and the State Finance Ministry, is crucial for strengthening the framework guiding Sabah’s ongoing engagement with the Federal Government.
“During the meeting, I listened to the SLS’s views. I have asked them to provide detailed input and present it to the State Attorney-General and the State Finance Ministry to further strengthen our case,” he said after meeting SLS president Datuk Mohamed Nazim Maduarin and former president Datuk Roger Chin at his residence on Tuesday.
The Chief Minister’s request follows the October 17 High Court judgment which ordered the Federal Government to hold discussions with the State Government within 90 days on the constitutional grant.
Beyond the 40 per cent special grant, the Chief Minister who is also Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Chairman wants the SLS to be part of the team formulating the Sabah Sovereign Wealth Fund (SSWF) framework, including drafting its enactment.
The establishment of Sabah's first sovereign wealth fund, a core pledge under the GRS election manifesto launched on November 17 aims to raise the State’s annual revenue to RM10 billion by 2030.
Initial capital for the SSWF will be drawn from a portion of Sabah’s state reserves, ensuring long-term financial stability for future generations.
A fixed percentage of Sabah’s 40 per cent special grant from Putrajaya will also be channeled into the fund annually.
The Chief Minister said besides government representatives, the SSWF team will also include professionals and experts in investment, finance, and law.
Also present were Minister of Domestic Trade and Living Costs and GRS Deputy Secretary-General, Datuk Armizan Mohd Ali and State Attorney-General, Datuk Brenndon Keith Soh.
Ends
