Mesyuarat Jawatankuasa Rundingan Pemberian Khas Peringkat Pegawai Antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah

1. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah pada hari ini, 17 November  2025 telah mengadakan mesyuarat pertama Jawatankuasa Rundingan Pemberian  Khas di peringkat pegawai berhubung kajian semula nilai Pemberian Khas Sabah  selaras dengan Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan berikutan  dengan Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 17 Oktober 2025. 

2. Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh YB. Datuk Seri Panglima Sr. Haji  Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah bagi pihak Kerajaan Negeri  Sabah dan YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha  Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia bagi pihak Kerajaan  Persekutuan. Pegawai lain yang mewakili Kerajaan Persekutuan ialah YBhg. Dato’  Sri Ab Rahim bin Ab Rahman (Pengarah Belanjawan Negara, Kementerian  Kewangan Malaysia), Encik Zulkhairil Amar Bin Mohamad (Timbalan Pengarah  Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia), Puan Marzaitul Azura  Binti Mokhtar (Ketua Bahagian Penyelidikan, Jabatan Peguam Negara), Encik  Mohd Saiful Sungkih Bin Abdullah (Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Sabah &  Sarawak, Jabatan Perdana Menteri) dan Encik Norali @ Ag Norali Bin Ag. Damit  (Pegawai Kewangan Persekutuan, Perbendaharaan Malaysia Sabah,  Kementerian Kewangan Malaysia). Turut hadir mewakili Kerajaan Negeri Sabah  ialah YBhg. Datuk Brenndon Keith Soh (Peguam Besar Negeri Sabah, Jabatan  Peguam Besar Negeri Sabah), YBhg. Datuk Nor Asiah Binti Mohd Yusof  (Penasihat Undang-Undang Kepada YAB. Ketua Menteri, Jabatan Ketua Menteri),  YBhg. Datuk Mohd Sofian Alfian Nair (Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan  Sabah), YBhg. Datuk Jasmine Teo (Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri  Sabah), Puan Chee Shok Ting (Timbalan Setiausaha Tetap (Pembangunan)  Kementerian Kewangan Sabah), YBhg. Datuk Dgku Fazidah Hatun Binti Pg. Bagul  (Timbalan Peguam Besar Negeri Sabah I, Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah), Puan Evina Brenda Majimbun (Setiausaha Rendah Bahagian Cukai Jualan Negeri,  Kementerian Kewangan Sabah) dan Encik Mohd. Ikhwan Bin Ramlan (Pegawai  Undang-Undang Kanan, Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah).

3. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa perbincangan ini menandakan satu permulaan  yang berkesan dan konstruktif, dengan kesepakatan bersama bahawa kajian  semula Pemberian Khas Sabah berdasarkan formula 40% hasil bersih  Persekutuan menurut Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.  

4. Wakil Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah menegaskan komitmen  untuk melaksanakan perbincangan secara progresif dengan semangat kerjasama,  saling menghormati dan persefahaman, termasuk perkongsian data dan maklumat  kewangan yang diperlukan. 

5. Kedua-dua pihak turut menyatakan keyakinan bahawa mesyuarat ini merupakan  landasan yang kukuh untuk mencapai suatu penyelesaian.