Sabah sambut baik keputusan bersejarah (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menyampaikan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jemaah Menteri Persekutuan atas keputusan bersejarah untuk tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan semula hak perlembagaan Sabah terhadap pemberian khas 40 peratus.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, keputusan itu menunjukkan bahawa Perdana Menteri memahami harapan dan aspirasi rakyat Sabah, serta mencerminkan komitmen tulen beliau untuk menegakkan apa yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.
“Dalam pertemuan dan perbincangan saya dengan Perdana Menteri, saya telah menyatakan pendirian tegas Kerajaan Negeri bahawa hak perlembagaan Sabah mesti dihormati, diiktiraf dan dilaksanakan. Keputusan untuk tidak membuat rayuan ini mencerminkan hubungan kerja yang kukuh antara Kerajaan Negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Putrajaya,” katanya.
Hajiji menambah bahawa menghormati keputusan mahkamah merupakan langkah penting ke arah merapatkan jurang pembangunan antara Sabah dan Semenanjung Malaysia, khususnya di kawasan luar bandar di mana infrastruktur, pertanian dan kemudahan asas masih ketinggalan.
“Rakyat Sabah telah menunggu terlalu lama. Apa yang diperlukan kini ialah tindakan tegas dan kemahuan politik yang tulen untuk menunaikan serta melaksanakan hak 40 peratus itu,” katanya.
Ketua Menteri turut menegaskan bahawa Kerajaan Negeri bersedia untuk terus berunding secara konstruktif dengan Kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan arahan mahkamah untuk menyemak dan memuktamadkan perjanjian tersebut, sambil menyeru rakyat agar terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: The State Government has expressed its gratitude to Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim and the Federal Cabinet for their historic decision not to appeal the High Court ruling reaffirming Sabah’s constitutional right to the 40 percent special grant.
Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the decision demonstrates that the Prime Minister understands Sabah’s expectations and aspirations, and reflects his genuine commitment to uphold what is guaranteed under the Federal Constitution.
“In my meetings and engagements with the Prime Minister, I have conveyed the State Government’s firm position that Sabah’s constitutional rights must be respected, honoured, and fulfilled. The decision not to appeal reflects the strong working relationship between the Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-led State Government and Putrajaya,” he said.
Hajiji added that honouring the court’s decision represents a defining step toward narrowing Sabah’s development gap with Peninsular Malaysia, particularly in rural areas where infrastructure, agriculture, and basic amenities continue to lag behind.
“Sabahans have waited long enough. What is needed now is firm action and genuine political will to honour and implement the 40 percent entitlement,” he said.
The Chief Minister reiterated that the State Government remains ready to engage constructively with the Federal Government to implement the court’s directive to review and finalise the agreement, while calling on the people to continue supporting the Prime Minister’s leadership.
Ends
