SHAREDA diseru bantu bentuk pembangunan Bandar Pintar (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyeru  Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) serta sektor swasta  untuk membantu membentuk pembangunan Bandar Pintar di negeri ini. 

“Melihat ke hadapan, pembangunan Bandar Pintar akan menjadi fokus utama bagi  Sabah. Dengan dua Bandar Pintar yang dirancang di Penampang dan Kota Kinabalu,  kita sedang melangkah ke era baharu inovasi bandar. 

“Saya menggalakkan SHAREDA dan sektor swasta untuk memainkan peranan aktif  dalam membentuk bandar pintar ini dengan mengintegrasikan teknologi, kelestarian dan  keperluan komuniti bagi mewujudkan ruang kehidupan yang lebih pintar dan selesa  untuk masa depan,” katanya pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Shareda ke-47 di  Magellan Sutera Resort, malam ini. 

Ucapan beliau dibacakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri  Panglima Dr Joachim Gunsalam. 

Hajiji memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri akan terus memupuk persekitaran  yang kondusif dan mesra perniagaan bagi menggalakkan pelaburan serta inovasi. 

“Kami komited untuk memperkemas prosedur, menambah baik penyampaian  perkhidmatan serta memastikan dasar kami kekal telus, adil dan menyokong keyakinan  pelabur. 

“Pada masa yang sama, penyediaan perumahan kepada rakyat terus menjadi  keutamaan. 

“Kami akan terus bekerjasama rapat dengan sektor swasta bagi memastikan rumah  mampu milik dan berkualiti dapat diakses oleh setiap rakyat Sabah, khususnya dalam  kumpulan B40 dan M40,” katanya. 

Hajiji turut berasa gembira dengan tumpuan SHAREDA terhadap pembangunan lestari  dan hijau yang sejajar dengan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya. 

“Pendekatan berpandangan jauh ini memastikan pertumbuhan yang kita usahakan hari  ini tidak akan menjejaskan keperluan generasi akan datang,” katanya.

Beliau turut memuji SHAREDA atas kerjasama erat dengan Kerajaan Negeri serta  peranan berterusan dalam memajukan agenda pembangunan Sabah. 

“Sektor hartanah kekal sebagai salah satu pemacu utama ekonomi Sabah. Ia membawa  pelaburan, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan kualiti hidup rakyat kita. 

“Dalam kita melangkah ke hadapan, pembangunan mesti kekal seimbang dan inklusif  untuk memupuk peluang, di samping memastikan kelestarian serta memberikan nilai  jangka panjang kepada semua rakyat Sabah,” katanya. 

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor has urged  the Sabah Housing and Real Estate Developers (SHAREDA) and the private sector to  help shape Smart City development in the state. 

“Looking ahead, Smart City development will be a key focus for Sabah. With two Smart  Cities planned in Penampang and Kota Kinabalu, we are entering a new era of urban  innovation.  

“I encourage Shareda and the private sector to take an active role in shaping these smart  cities, integrating technology, sustainability and community needs to create smarter and  more livable spaces for the future,” he said at the SHAREDA’s 47th Anniversary Dinner  held at the Magellan Sutera Resort, here tonight. 

Local Government and Housing Minister Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam  read his speech. 

Hajiji assured that the State Government will continue to foster a conducive and  business-friendly environment that encourages investment and innovation.  

“We are committed to streamlining procedures, enhancing service delivery and ensuring  that our policies remain transparent, fair and supportive of investor confidence. 

“At the same time, providing housing for our people remains a top priority.  

“We will continue to work closely with the private sector to ensure that affordable, quality  homes are accessible to every Sabahan, especially those in the B40 and M40 groups,”  he said. 

Hajiji was also heartened by SHAREDA’s growing focus on sustainable and green  development, which aligns perfectly with the Hala Tuju Sabah Maju Jaya Development  Plan. 

“This forward-looking approach ensures that the growth we pursue today will not  compromise the needs of tomorrow,” he said. 

He also commended SHAREDA for its strong partnership with the State Government  and continued role in advancing Sabah’s growth agenda. 

“The property sector remains one of the main drivers of Sabah’s economy. It brings  investment, creates jobs and enhances the quality of life for our people.  

“As we move forward, development must remain balanced and inclusive to promote  opportunity, while ensuring sustainability and delivering long-term value for all  Sabahans,” he said. 

Ends