KM: Enakmen letakkan asas kukuh ke arah masa depan lebih hijau dan lestari (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Komitmen Sabah terhadap alam sekitar melangkaui usaha  pemuliharaan semata-mata, seperti terbukti melalui penggubalan Enakmen Perubahan  Iklim dan Tadbir Urus Karbon 2025 yang telah meletakkan asas kukuh bagi masa depan  yang lebih hijau dan mampan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

Beliau berkata, undang-undang bersejarah itu menubuhkan Majlis Tindakan Iklim Sabah  sebagai badan pembuat keputusan tertinggi yang memastikan hak karbon menjadi milik  Negeri. 

Ia juga mewujudkan Pusat Pendaftaran dan Inventori Iklim bagi menjejak projek karbon,  serta menubuhkan Dana Iklim Sabah untuk menyokong usaha penyesuaian dan daya  tahan, katanya. 

“Paling penting, ia melindungi hak pemilik tanah adat dan penduduk asal, memastikan  bahawa projek karbon di tanah adat dilaksanakan berdasarkan rundingan, rasa hormat, dan  manfaat bersama. 

“Inilah keadilan iklim yang sebenar — keadilan, keterangkuman, dan kelestarian bergerak  seiring,” katanya ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Jantung Hijau Borneo:  Memperkukuh Ketahanan Iklim, Pemuliharaan dan Mata Pencarian Lestari di Sabah  International Convention Centre (SICC) di sini hari ini. 

Ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Norlijah  Danin. 

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri juga telah meminda beberapa undang-undang penting  termasuk Ordinan Tanah Sabah bagi mengiktiraf penyimpanan karbon dan  mengarusperdanakan tindakan iklim dalam sistem tadbir urus negeri. 

“Ya, masih ada cabaran — daripada memperkukuh keupayaan institusi dan memastikan  penguatkuasaan, hinggalah kepada mendapatkan pembiayaan serta memberi kesan nyata  di lapangan. 

“Tetapi saya percaya, dengan kemahuan politik yang kuat, kerjasama komuniti dan tadbir  urus yang baik, tiada cabaran yang tidak dapat kita atasi. Bersama-sama, kita boleh  mengubah cita-cita menjadi tindakan, dan tindakan menjadi perubahan berkekalan,”  katanya.

Beliau berkata, komitmen Sabah terhadap inisiatif Jantung Borneo (HoB) kekal kukuh dan  tidak berbelah bahagi. 

“Sehingga kini, lebih 27 peratus daripada tanah negeri — kira-kira dua juta hektar — telah  diwartakan sebagai Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPA). Tahun ini, kita akan  melangkah lebih jauh. 

“Kita merancang untuk mewartakan tambahan tiga peratus lagi di bawah Seksyen 5A  Enakmen Hutan 1968, yang membawa kita lebih dekat kepada sasaran 30 peratus TPA.  Pencapaian ini mencerminkan tekad kita untuk memastikan hutan Sabah yang kaya dengan  biodiversiti dan nilai karbon kekal sebagai warisan semula jadi untuk generasi akan datang,”  katanya. 

Beliau turut menyoroti salah satu inisiatif paling transformasi negeri, iaitu Projek Sistem  Makanan, Guna Tanah dan Pemulihan atau FOLUR. 

Disokong oleh Global Environment Facility (GEF) dan dilaksanakan oleh UNDP dengan  kerjasama Kerajaan Negeri Sabah, Projek FOLUR meliputi kawasan seluas 2.38 juta hektar  di 12 daerah, memberi manfaat kepada lebih 54,000 orang. 

Katanya, matlamat projek ini ialah memastikan sektor pertanian, khususnya kelapa sawit,  dapat wujud seiring dengan pemuliharaan hutan dan pemulihan ekosistem. 

Melalui Projek FOLUR, katanya, Sabah menyasarkan untuk meletakkan lebih dua juta  hektar tanah di bawah pengurusan yang lebih baik, memulihkan 150,000 hektar hutan, dan  memulihkan semula 50,000 hektar tanah pertanian terdegradasi. 

“Kita juga akan mengelakkan kehilangan 14,000 hektar hutan bernilai pemuliharaan tinggi.  Secara keseluruhannya, usaha ini mampu menyerap lebih 10 juta tan karbon dioksida  setara — satu sumbangan besar terhadap matlamat iklim Malaysia dan bukti kepimpinan  Sabah dalam pengurusan landskap lestari,” katanya. 

Hajiji turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan, khususnya  Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, atas sokongan berterusan terhadap  inisiatif HoB sejak 2009, dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM60 juta kepada Sabah. 

“Kerjasama ini mencerminkan keyakinan bersama bahawa melindungi alam semula jadi  bukanlah satu beban, tetapi satu tanggungjawab dan peluang,” katanya. 

Sehubungan itu, Hajiji berkata Jabatan Perhutanan Sabah juga telah mengemukakan  cadangan projek strategik di bawah Rancangan Malaysia Ke-13, sebagai pengesahan  semula komitmen Kerajaan Negeri terhadap pengurusan hutan mampan dan ketahanan  iklim. 

“Kita menantikan kerjasama berterusan dengan Kementerian dalam mencapai matlamat  ini,” katanya. 

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: Sabah’s commitment to the environment goes far beyond  conservation as proven with the formulation of the Climate Change and Carbon  Governance Enactment 2025 that laid a strong foundation for a greener and more  sustainable future, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

He said the landmark law established the Sabah Climate Action Council as a high-level  decision-making body, ensuring that carbon rights belong to the State. 

It also created a Climate Registry and Inventory Centre to track carbon projects and  established the Sabah Climate Fund to support adaptation and resilience, he said. 

“Most importantly, it protects the rights of indigenous and customary landowners,  ensuring that carbon projects on native land are built on consultation, respect, and  shared benefits.  

“This is climate justice in action, fairness, inclusion, and sustainability walking hand in  hand,” he said at the opening of the International Conference on Borneo’s Green Heart:  Advancing Climate Resilience, Conservation and Sustainable Livelihoods at the Sabah  International Convention Centre (SICC), here today. 

Deputy State Secretary Datuk Norlijah Danin delivered his speech. 

Hajiji said the State Government has also amended key legislation, including the Sabah  Land Ordinance, to recognise carbon storage and embed climate action across the  state’s governance systems.  

“Yes, challenges remain, from building institutional capacity and ensuring enforcement,  to securing funding and creating real impact on the ground.  

“But I believe that with strong political will, community partnership, and good  governance, there is no challenge we cannot overcome. Together, we can turn ambition  into action and action into lasting change,” he said. 

He said Sabah’s commitment to protecting the Heart of Borneo (HoB) initiative remained  strong and unwavering.

“To date, over 27 percent of our land. That’s about two million hectares, has been  gazetted as Totally Protected Areas (TPA). And this year, we will go even further.  

“We plan to gazette another three percent under Section 5A of the Forest Enactment  1968, bringing us closer to our 30 percent TPA target. This milestone reflects our  determination to ensure that Sabah’s forests - rich in biodiversity and carbon value, will remain a natural legacy for generations to come,” he said. 

He also highlighted one of the state’s most transformative efforts, which is the Food  Systems, Land Use and Restoration Project or FOLUR. 

Supported by the Global Environment Facility (GEF), and implemented by the UNDP in  partnership with the Sabah State Government, the FOLUR Project covers 2.38 million  hectares across 12 districts, benefiting more than 54,000 people.  

He said its goal was to ensure that agriculture, especially palm oil, can co-exist in  harmony with forest conservation and ecosystem restoration. 

Through the FOLUR Project, he said Sabah aimed to bring over 2 million hectares under  improved management, restore 150,000 hectares of forest, and rehabilitate 50,000  hectares of degraded agricultural land.  

“We will also prevent the loss of 14,000 hectares of high conservation value forests.  Together, these efforts could sequester over 10 million tonnes of carbon dioxide  equivalent - a powerful contribution to Malaysia’s climate goals and a testament to  Sabah’s leadership in sustainable landscape management,” he said. 

Hajiji also expressed his appreciation to the Federal Government, particularly the  Ministry of Natural Resources and Environmental Sustainability, for its continued support  of the HoB initiative since 2009, with total funding of RM60 million to Sabah.  

“This partnership reflects our shared belief that protecting nature is not a burden, but a  responsibility and an opportunity,” he said. 

Towards this end, Hajiji said the Sabah Forestry Department has also submitted a  strategic project proposal under the 13th Malaysia Plan, reaffirming the State  Government’s commitment to sustainable forest management and climate resilience.  

“We look forward to continued collaboration with the Ministry in advancing these goals,”  he said. 

Ends