Hajiji bertemu sukarelawan kemanusiaan Sumud Flotilla dari Sabah (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor hari ini meluangkan masa bertemu dengan Sul Aidil Sudi, salah seorang peserta dari Sabah yang menyertai kontinjen Malaysia dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza awal bulan ini.
Hajiji memuji keberanian Sul selepas beliau menceritakan pengalamannya berdepan detik cemas apabila GSF dipintas oleh pasukan tentera Israel di perairan antarabangsa berhampiran Gaza.
“Saya bersyukur kamu dan rakan-rakan selamat kembali,” kata Hajiji kepada Sul yang berasal dari Tawau ketika pertemuan mereka semasa makan tengah hari di Sri Gaya hari ini.
Turut hadir bersama Sul ialah Khairul Azlee Mohd Yunus dari Sandakan, yang merupakan sebahagian daripada kru darat GSF Malaysia di Sepanyol.
Seorang lagi peserta dari Sabah, Zizi Kirana, tidak dapat menghadiri pertemuan tersebut kerana mempunyai komitmen awal yang lain.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor took time off today to meet with Sul Aidil Sudi, who was part of the Malaysian contingent from Sabah to join the Global Sumud Flotilla (GSF) on a humanitarian mission to Gaza early this month.
Hajiji commended Sul’s bravery after the latter recounted his ordeal following GSF’s interception by Israeli forces in international waters near Gaza.
“I am glad you and your friends returned safely,” Hajiji told Sul who is from Tawau during the meeting over lunch at Sri Gaya here today.
Together with Sul was Khairul Azlee Mohd Yunus from Sandakan who was part of the GSF Malaysian ground crew in Spain.
Another Sabahan volunteer, Zizi Kirana was unable to join the meeting due to a prior commitment.
Ends
