Bantuan RM260,000 untuk SAN Pekan Tambunan yang terbakar (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
TAMBUNAN: Sekolah Agama Negeri (SAN) Pekan Tambunan yang musnah dalam kebakaran pada 12 Oktober lalu menerima sumbangan berjumlah RM260,000 daripada Kerajaan Negeri, Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).
Sumbangan RM200,000 daripada Kerajaan Negeri adalah untuk pembelian kerusi, meja dan kelengkapan sekolah, RM50,000 daripada YKS serta RM10,000 daripada MUIS. Sumbangan itu diserahkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor semasa lawatannya ke sekolah berkenaan hari ini.
Guru Besar, Ustaz Ahmad Subri Janing menerima sumbangan tersebut.
YKS turut menyerahkan bantuan dan sumbangan kepada 20 pelajar asrama dan 100 murid yang terjejas akibat kebakaran.
Ketua Menteri berkata sudah tiba masanya SAN Pekan Tambunan yang ditubuhkan pada tahun 1970-an mempunyai bangunan tetap sendiri dan atas permintaan SAN saya mencadangan supaya sekolah dibina semula.
“Kerajaan Negeri sekarang akan meluluskan keperluan pembiayaan membina sekolah baharu dan saya datang sendiri hari ini untuk melihat bagaimana kami boleh membantu,” katanya.
Dua bangunan termasuk bilik darjah dan asrama musnah sepenuhnya, manakala kuarters guru sekolah turut musnah dalam kebakaran yang berlaku pada petang 12 Oktober itu.
Turut hadir ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ariffin Arif, Pegawai Daerah Sobitun Makajil, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Jumain Abdul Ghani dan Pengarah YKS Datuk Diyanah Abdullah.
Tamat
English Version
TAMBUNAN: Sekolah Agama Negeri (SAN) Pekan Tambunan, which was gutted by fire on October 12, received RM260,000 contributions from the State Government, Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) and the Sabah Islamic Religious Council (MUIS).
The contributions of RM200,000 to purchase chairs, desks and school equipment from the State Government, RM50,000 from YKS and RM10,000 from MUIS were presented by Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor during his visit to the school today.
SAN headmaster, Ustaz Ahmad Subri Janing received the contributions.
YKS also presented contributions in cash and kind to 20 boarders and 100 pupils affected by the fire.
The Chief Minister said it was time for the SAN Pekan Tambunan, established in the 1970s, to get its permanent building, and at the request of SAN, I propose that it be rebuilt.
"The present State Government will approve the funding needs and I am here today to see where we can help," he said.
Two buildings including classrooms and boarding house were razed while the school's teachers quarters were also affected in the Oct 12 evening fire.
Also present were Minister of Science, Technology and Innovation Datuk Ariffin Arif, District Officer Sobitul Makajil, State Islamic Religious Affairs (JHAEINS) Director Jumain Abdul Ghani and YKS Director Datuk Diyanah Abdullah.
Ends
