Jesselton Docklands, pemacu perubahan sebenar ekonomi Sabah (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yakin  bahawa projek Jesselton Docklands bernilai RM4.2 bilion di kawasan tepi laut  bandaraya ini bakal menjadi pemacu perubahan sebenar ekonomi Sabah. 

Pembangunan di atas tanah prima seluas 35 ekar, juga dikenali sebagai Pelabuhan  Kota Kinabalu lama, akan menjadi pemangkin kepada penciptaan pekerjaan, menarik  pelaburan, merangsang pelancongan serta menghasilkan limpahan ekonomi positif  merentasi pelbagai sektor, daripada pembinaan hinggalah kepada runcit, makanan dan  minuman, serta perkhidmatan tempatan, katanya. 

“Ia akan mengubah landskap tepi laut bandar ini kepada sebuah kawasan bandar  moden, ceria dan mampan. Majlis pecah tanah Jesselton Docklands menandakan satu  lagi pencapaian penting dalam transformasi berterusan tepi laut bersejarah Kota  Kinabalu,” katanya pada majlis pecah tanah projek tersebut di Jesselton Docklands Live  Lab di sini hari ini. 

Ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Panglima Masidi  Manjun. 

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Suria Capital Holdings Berhad, melalui  anak syarikat milik penuh, Sabah Ports Sdn Bhd, atas komitmen teguh dan pandangan  strategik dalam membuka potensi tapak pelabuhan ikonik ini. 

“Sejak pemindahan operasi kontena ke Teluk Sapangar pada tahun 2007, Suria terus  berusaha memanfaatkan peluang besar yang ditawarkan oleh kawasan tepi laut ini.  Syarikat ini telah memainkan peranan penting dalam membentuk semula identiti ibu  negeri kita. 

“Apa yang dahulunya sebuah pelabuhan kini sedang berkembang menjadi pusat  perdagangan, pelancongan, budaya dan gaya hidup yang pesat. Syabas!” katanya. 

Hajiji berkata transformasi itu turut merangkumi pemindahan terminal penumpang  utama ke terminal sementara South Jetty, sekali gus membuka jalan untuk pembinaan  terminal feri bertaraf antarabangsa yang canggih. 

“Kemudahan baharu ini pasti akan meningkatkan keselesaan, keselamatan dan  kecekapan para pengembara, di samping melengkapi Terminal Persiaran Antarabangsa  yang dirancang di bawah pelan induk Jesselton Docklands,” katanya.

Ketua Menteri berkata, peningkatan tersebut akan mengukuhkan kedudukan Kota  Kinabalu di peta dunia sebagai pintu masuk utama persiaran dan feri, sekali gus  mengukuhkan reputasi negeri sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia. 

Projek Jesselton Docklands yang dibangunkan bersama dengan BEDI Development  akan menampilkan, antara lain, terminal persiaran antarabangsa khusus, hotel,  kediaman, presint budaya dan zon komersial. 

Perkembangan tepi laut ikonik itu juga akan menjadi lebih pesat dengan berlangsungnya  fasa kedua usaha sama Suria dengan SBC Corporation Berhad menerusi  pembangunan Jesselton Quay. 

Secara keseluruhannya, inisiatif ini akan menyaksikan pembinaan sebuah bandar tepi  laut moden yang turut dilengkapi aset utama seperti Pusat Konvensyen Antarabangsa  Sabah, Pusat Konvensyen Kota Kinabalu, dan Terminal Persiaran Antarabangsa pada  masa hadapan, katanya. 

Hajiji berkata kerjasama antara syarikat berkaitan kerajaan seperti Suria dengan sektor  swasta mencerminkan inti pati sebenar perkongsian awam-swasta, di mana aset negeri  dan modal swasta bergabung untuk memacu pertumbuhan yang mampan dan  berimpak. 

Pada masa yang sama, katanya, projek itu juga selari dengan aspirasi Kerajaan Negeri  di bawah Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, khususnya teras strategik  pertumbuhan ekonomi, kemampanan, dan keterangkuman sosial. 

Dalam pada itu, Hajiji turut memuji BEDI Development dan Suria atas sumbangan  masing-masing sebanyak RM100,000 bagi usaha bantuan selepas banjir dan bencana  alam baru-baru ini 

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor is confident  that the RM4.2 billion Jesselton Docklands project at the City's waterfront will be a true  game-changer for Sabah's economy. 

The development of a 35-acre prime port-side land, also known as the old Kota Kinabalu Port, will catalyse job creation, attract investments, stimulate tourism, and generate  positive ripple effects across various sectors, from construction to retail, food and  beverage, and local services, he said. 

"It is set to transform the City's waterfront into a modern, vibrant, and sustainable urban  one. The groundbreaking of Jesselton Docklands signifies yet another milestone in the  ongoing transformation of Kota Kinabalu's historic waterfront," he said during the  project's groundbreaking ceremony at the Jesselton Docklands Live Lab here today. 

Finance Minister Datuk Seri Panglima Masidi Manjun delivered his speech. 

"I would like to commend Suria Capital Holdings Berhad, through its wholly-owned  subsidiary, Sabah Ports Sdn Bhd, for its unwavering commitment and strategic foresight  in unlocking the potential of this iconic port site.  

"Since the relocation of container operations to Sapangar Bay in 2007, Suria has  remained dedicated to harnessing the immense opportunities presented by this  waterfront. The company has played a pivotal role in reshaping the identity of our capital  city.  

"What was once a working port is now evolving into a thriving hub for trade, tourism,  culture, and lifestyle. Syabas!" he said. 

Hajiji noted that the transformation also included the relocation of the main passenger  terminal to the South Jetty interim terminal, paving the way for a state-of-the-art,  international-standard ferry terminal.  

"This new facility will undoubtedly enhance comfort, safety, and efficiency for travellers,  while complementing the dedicated International Cruise Terminal envisioned under the  Jesselton Docklands master plan," he said.

The Chief Minister said these enhancements will firmly position Kota Kinabalu on the  global map as a premier cruise and ferry gateway, further solidifying our reputation as a  top-tier tourism destination.  

The Jesselton Docklands project, developed in partnership with BEDI Development, will  feature, among others, a dedicated international cruise terminal, hotels, residences,  cultural precincts, and commercial zones. 

The iconic waterfront's evolution would also be propelled as Suria is advancing the  second phase of its joint venture with SBC Corporation Berhad, the Jesselton Quay  development.  

Collectively, these landmark initiatives will give rise to a vibrant, contemporary, and  globally connected waterfront city, seamlessly complemented by signature assets such  as the Sabah International Convention Centre, the Kota Kinabalu Convention Centre,  and the future International Cruise Terminal, he said. 

Hajiji said the collaboration between a government-linked company, such as Suria, and  the private sector exemplifies the very essence of public-private partnership, where state  assets and private capital converge to drive sustainable and impactful growth. 

At the same time, he said the project was also in line with the State Government's  aspirations under the Hala Tuju Sabah Maju Jaya Development Plan, particularly its  strategic thrusts of economic growth, sustainability, and social inclusivity.  

In another note, Hajiji commended BEDI Development and Suria for their contribution of  RM100,000 each for relief efforts following the recent flood and natural disaster. 

Ends