Datuk Seri Panglima Kadzim M Yahya dilantik semula sebagai Speaker (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Datuk Seri Panglima Kadzim M Yahya telah dilantik semula sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.
Kadzim menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu di sini hari ini.
Selepas mengangkat sumpah di hadapan Tun Musa, Kadzim menandatangani dokumen tersebut yang disaksikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi.
Istiadat itu turut disaksikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, menteri-menteri kabinet dan pembantu menteri.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: Datuk Seri Panglima Kadzim M Yahya has been reappointed as Speaker of the Sabah State Assembly.
Kadzim received the appointment instrument from Head of State Tun Musa Aman at Istana Seri Kinabalu here today.
After taking the oath in front of Tun Musa, Kadzim signed the document witnessed by Chief Judge of Sabah and Sarawak Datuk Azizah Nawawi.
The ceremony was also witnessed by Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, cabinet ministers and assistant ministers.
Ends
