Loji Pengekstrakan Phytonutrien tingkatkan kedudukan Sabah dalam pasaran oleokimia antarabangsa (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KUNAK: Pembukaan Loji Pengekstrakan Phytonutrien Kunak Lipids Sdn Bhd Di sini akan meletakkan Sabah secara strategik untuk memenuhi keperluan pasaranoleokimiaantarabangsa, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

Yang sama penting, katanya, loji ini juga akan mewujudkan peluang pekerjaan dan merangsang pembangunan ekonomi tempatan, khususnya di daerah ini dan kawasan sekitarnya. 

“Loji ini adalah bukti komitmen Kumpulan Sawit Kinabalu untuk mengembangkandanmempelbagaikan operasi mereka melebihi pengeluaran komoditi mentah. 

“Langkah ini selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri untuk memperkukuhkan rantai nilai industri kelapa sawit serta memastikan Sabah terus menjadi peneraju dalam sektor hiliran bernilai tinggi,” katanya pada majlis perasmian loji berkenaan di sini, hari ini. 

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri III/Menteri Kerja Raya Datuk Shahelmey Yahya. 

Hajiji, yang juga Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu, berkata beliau berbanggadenganinisiatif Kumpulan menghasilkan tocotrienols tempatan di bawah jenama Sawit Kinabalu Tocotrienols (SKT3), yang akan dipasarkan tidak lama lagi. 

“Ini membuktikan bahawa Sabah sedang berinovasi dalam memanfaatkan kekayaan kelapa sawit ke arah produk berteknologi tinggi,” katanya. 

Beliau menambah bahawa Malaysia telah lama mengimport berjuta-juta kilogram Vitamin E setiap tahun. 

“Dengan tocotrienols kini dihasilkan secara tempatan, kita bukan sahaja mengurangkan ketergantungan import tetapi juga membuka peluang baharu dalam pasaran nutraseutikal di samping meningkatkan kesihatan rakyat Malaysia,” katanya. 

Menurut beliau lagi, perkara ini sudah tentu akan mewujudkan peluang ekonomi yang signifikan untuk negara pengeluar kelapa sawit meningkatkan pengeluaran dan pembangunan produk bernilai tambah.

“Ia juga menekankan keperluan pengurusan dan penanaman secara lestari dalam industri kelapa sawit bagi memastikan bekalan berterusan untuk memenuhi permintaan global yang semakin meningkat.” 

Ketua Menteri berkata Kerajaan Negeri akan terus menyokong pelaburanyangmembangunkan industri hiliran kelapa sawit secara lestari dan inovatif. 

“Saya percaya loji ini akan menjadi pemangkin utama kepada hasil negeri, menyediakan peluang pekerjaan berkemahiran kepada rakyat, serta mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai hab hiliran kelapa sawit di rantau ini,” katanya. 

Tamat

English version

KUNAK: The opening of Kunak Lipids Sdn Bhd’s Phytonutrient Extraction Plant here will  strategically position Sabah to meet the needs of the international oleochemical market,  said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

Equally important, he said, it will also generate jobs and stimulate local economic  development, especially in the district and surrounding areas. 

“This plant is proof of Sawit Kinabalu Group’s commitment to expanding and diversifying  their operations beyond raw commodity production.  

"This step is in line with the State Government’s aspiration to strengthen the palm oil  industry’s value chain and ensure that Sabah continues to be a leader in high-value  downstream sectors,” he said at the plant’s opening ceremony here today. 

His speech was delivered by Deputy Chief Minister III/Works Minister Datuk Shahelmey  Yahya. 

Hajiji, who is also Chairman of Sawit Kinabalu Group, said he was proud of the Group’s  initiative in producing local tocotrienols under the brand Sawit Kinabalu Tocotrienols  (SKT3), which will soon be marketed. 

“This proves that Sabah is innovating in harnessing the wealth of palm oil towards high tech products,” he said. He added that Malaysia has long imported millions of kilograms of Vitamin E every year.  

“With tocotrienols now being produced locally, we not only reduce import dependency  but also open new opportunities in the nutraceutical market while improving the health  of Malaysians," he said. 

Certainly, he said, this will also create significant economic opportunities for palm oil– producing countries to increase their production and development of value-added  products. 

“It also highlights the need for sustainable management and cultivation in the palm oil  industry to ensure a continuous supply to meet rising global demand.” 

The Chief Minister said the State Government will continue to support investments that  develop the palm oil downstream industry in a sustainable and innovative manner. 

“I believe this plant will be a key catalyst for the state’s revenue, provide skilled job  opportunities for the people, and strengthen Sabah’s position as a palm oil downstream  hub in the region,” he said. 

Ends