Sistem air minum penapisan nano bertenaga solar untuk kawasan pedalaman (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

TUARAN: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menggesa Jetama  Sdn Bhd agar memperluaskan pemasangan sistem air minum penapisan nano  bertenaga solar ke lebih banyak kawasan pedalaman. 

“Sistem yang dibangunkan oleh Jetama Sdn Bhd ini sangat baik kerana ia boleh  membekalkan air terawat daripada telaga tiub ke kawasan yang tidak dapat dibekalkan  air bersih,” katanya selepas melawat kemudahan baharu yang dipasang di Kampung  Baru-Baru di sini hari ini. 

“Penduduk Kampung Baru-Baru tidak pernah menikmati bekalan air terawat sebelum ini  kerana kampung ini terletak terlalu jauh daripada paip utama. Jadi, saya mengucapkan  terima kasih kepada Jetama kerana memasang kemudahan ini di sini,” katanya. 

Hajiji berkata sistem ini, yang menggunakan tenaga solar atau menggunakan bank  bateri untuk menjalankan proses rawatan air, amat sesuai untuk kawasan luar bandar  dan pedalaman, termasuk pulau-pulau di Sabah. 

“Saya telah meminta Jetama mempertimbangkan pemasangan sistem ini di lebih  banyak kampung pedalaman,” katanya. 

Dengan kos kira-kira RM1.2 juta, sistem air minum mudah alih yang berkuasa sendiri ini  mempunyai kapasiti menghasilkan 30,000 liter air setiap hari dan ianya dilengkapi  dengan sensor serta pengawal untuk memantau kualiti air serta prestasi sistem, dan  boleh menyesuaikan operasi mengikut keperluan. 

Air terawat disimpan dalam tangki dan boleh diagihkan kepada isi rumah melalui paip  atau sistem pengagihan. 

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri III/Menteri Kerja Raya Datuk Shahelmey  Yahya dan Pengerusi Jetama Datuk Yusuff Manan. 

Tamat

 

English Version

TUARAN: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor wants Jetama Sdn  Bhd to expand its solar-powered nano-filtration drinking water system to more areas in  the interior. 

"This system developed by Jetama Sdn Bhd, is good as it can supply treated water from  tube wells to places where clean water cannot be supplied," he said after visiting the  newly installed facility at Kampung Baru-Baru here today. 

"The people at Kampung Baru-Baru have never been able to enjoy treated water supply  before because the village is located so far from the water mains. I thank Jetama for  installing the facility here," he said. 

Hajiji noted that the system, which utilises solar power or a battery bank to run the water  treatment process, is suitable for rural and remote areas, as well as islands in Sabah. 

"I told Jetama to consider installing the system in more remote villages," he said. 

Costing about RM1.2 million, the self-powered mobile drinking water system, which has  a capacity of producing 30,000 litres of water daily is equipped with sensors and  controllers to monitor water quality and system performance, adjusting operations as  needed. 

The treated water is stored in tanks and can be distributed to households through pipes  or distribution systems. 

Also present were Deputy Chief Minister III/Works Minister Datuk Shahelmey Yahya and  Jetama Chairman Datuk Yusuff Manan. 

Ends