RM10 juta diperuntukkan untuk program pemerkasaan wanita (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata,  Kerajaan Negeri telah memperuntukkan kira-kira RM10 juta kepada Jabatan Hal Ehwal  Wanita Sabah (JHEWA) bagi pelaksanaan pelbagai program untuk membangunkan,  dan memperkasa pemimpin wanita berwibawa di negeri ini. 

Beliau berkata, Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap pembangunan wanita di Sabah  dan akan terus memastikan golongan wanita diberikan peluang serta faedah yang sama  rata. 

“Sehubungan itu, lebih ramai wanita telah dilantik untuk terlibat dalam pembentukan  dasar dan pembuatan keputusan dalam pelbagai sektor, termasuk sektor perkhidmatan  awam dan agensi kerajaan. 

“Saya berharap usaha pemerkasaan wanita seperti simposium ini dapat dilaksanakan  secara berterusan dan terus mendapat sokongan daripada semua pihak, bukan sahaja  daripada kerajaan tetapi juga sektor swasta, pertubuhan masyarakat sivil dan komuniti  setempat. 

“Kita berharap dapat melahirkan generasi wanita Sabah yang berdaya tahan, berilmu,  berkemahiran tinggi serta mampu memimpin bukan sahaja dalam komuniti mereka  tetapi juga di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa,” katanya ketika  merasmikan Simposium Pemimpin Wanita Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa  Sabah (SICC) di sini, hari ini. 

Ucapan beliau telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan  Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib. 

Ketua Menteri berkata, masih terdapat cabaran yang perlu ditangani, antaranya jurang  peluang pekerjaan antara lelaki dan wanita, isu diskriminasi gender secara tidak  langsung, serta halangan budaya dan persepsi masyarakat yang kadangkala  membataskan potensi sebenar wanita. 

Selain itu, cabaran untuk memastikan akses yang adil kepada pendidikan, latihan  kemahiran dan peluang ekonomi juga menjadi keutamaan yang memerlukan perhatian  berterusan daripada semua pihak, katanya.

Hajiji berkata, sebelum penganjuran simposium ini, program pemerkasaan wanita telah  melalui beberapa fasa, termasuk program Engagement with Sabah Women’s Leaders  yang diadakan pada 16 Jun 2025 dengan kehadiran 1,300 orang wanita. 

Fasa seterusnya melibatkan bengkel Sabah Women’s Lab Fasa 1 yang disertai 300  peserta terpilih daripada 1,300 orang yang hadir pada program libat urus tersebut. 

Semasa sesi Sabah Women’s Lab Fasa 2: Incubator Lab, katanya, proses penapisan  dan pemilihan yang lebih kritikal telah dijalankan dan 75 peserta berjaya  membentangkan projek serta kertas kerja masing-masing. 

Beliau merakamkan ucapan tahniah kepada peserta yang telah menamatkan kedua dua fasa Sabah Women’s Lab kerana mereka akan dipilih sebagai peserta program  khas pemerkasaan wanita, Global Women @ SABAH (GLOW@SABAH). 

“Justeru, saya yakin Simposium Pemimpin Wanita Sabah yang diadakan selama sehari  ini akan memberikan impak positif kepada semua wanita hebat yang hadir dan  menyertai program ini,” katanya. 

Disertai kira-kira 3,000 wanita dari seluruh Sabah, tumpuan utama simposium ini adalah  kepada tiga bidang utama iaitu pendidikan, ekonomi dan kepimpinan (politik) sejajar  dengan Dasar Wanita Negara. 

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the State  Government has allocated about RM10 million to the Sabah Women’s Affairs  Department (JHEWA) for the implementation of various programmes to develop, and  empower capable women leaders in the state. 

He said the State Government places importance on women development in Sabah  and will continue to ensure that women are given equal opportunities and benefits. 

“In view of this, more women have been appointed to participate in policy and decision making in various sectors, including the public service sector and government agencies.  

“I hope women empowerment efforts such as this symposium would be implemented  continuously and supported by all quarters, not only from the government but also from  the private sector, civil society organisations, and local communities.  

“We hope to nurture a generation of Sabah women who are resilient, knowledgeable,  highly skilled, and capable of leading not only within their communities but also at the  state, national, and international levels,” he said at the Sabah Women Leaders  Symposium at the Sabah International Convention Centre (SICC) here today. 

His speech was delivered by Community Development and People’s Wellbeing Minister  Datuk James Ratib. 

The Chief Minister said that there were still challenges that need to be addressed, among  them the gap in employment opportunities between men and women, issues of indirect  gender discrimination, as well as cultural barriers and societal perceptions that  sometimes limit the true potential of women.  

In addition, the challenge of ensuring fair access to education, skills training, and  economic opportunities also remained a priority that needs continuous attention from all  parties, he said. 

Hajiji noted that before the symposium, the women’s empowerment programme had  gone through several phases, including the Engagement with Sabah Women’s Leaders  programme held on June 16, 2025, in which 1,300 women attended. 

The next phase involved the Sabah Women’s Lab Phase 1 workshop, in which 300  participants were selected from among the 1,300 who attended the earlier engagement  programme. 

During the Sabah Women’s Lab Phase 2: Incubator Lab session, he said a more critical  screening and selection process was conducted, and 75 participants successfully  presented their respective projects and papers.  

He congratulated participants who have completed both phases of the Sabah Women’s  Lab as they would be selected as participants of the special women’s empowerment  project, Global Women @ SABAH (GLOW@SABAH).  

“I am confident that this one-day Sabah Women’s Leader Symposium will have a  positive impact on all the remarkable women who attended and participated in the  programme,” he said. 

Participated by about 3,000 women from across Sabah, the primary focus of the  symposium’s agenda centred on three key areas, namely education, economy, and  leadership (politics) in line with the National Women’s Policy. 

Ends