Sawit Kinabalu serah OACP 2025-2029 kepada Ketua Menteri (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyambut baik langkah Kumpulan Sawit Kinabalu memperkenalkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) 2025-2029, satu inisiatif strategik yang bertujuan untuk memperkukuh budaya integriti dan tadbir urus yang baik di semua peringkat organisasi.
“Saya menggalakkan semua jabatan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mencontohi pendekatan seperti ini dalam memperkukuh nilai integriti dan meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan,” katanya.
Beliau menambah bahawa OACP merupakan satu inisiatif untuk mewujudkan pentadbiran yang cekap, berwibawa dan bebas rasuah.
Hajiji, yang juga Pengerusi Sawit Kinabalu, berkata pelaksanaan OACP bukan sekadar untuk memenuhi kehendak dasar, tetapi ia harus menjadi norma dalam budaya kerja bagi GLC dan agensi kerajaan.
Ketua Menteri berkata demikian selepas menerima OACP Kumpulan Sawit Kinabalu yang diserahkan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Victor Ationg di Menara Kinabalu, dekat sini hari ini.
Turut bersama Victor dalam kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri ialah pasukan Bahagian Integriti dan Governans Sawit Kinabalu.
Tamat
English version
KOTA KINABALU: Chief Minister, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor welcomed the Sawit Kinabalu Group’s move to introduce the Organizational Anti-Corruption Plan (OACP) 2025-2029, a strategic initiative aimed at strengthening the culture of integrity and good governance at all levels of the organization.
“I encourage all departments and government-linked companies (GLCs) to emulate such approach in reinforcing integrity values and enhancing public trust in government institutions,” he stated.
He added that the OACP is an initiative to create efficient, credible and corruption-free administration.
Hajiji, who is also the Chairman of Sawit Kinabalu, said the implementation of the OACP should not merely fulfill policy requirements, but it should become a norm in the work culture of GLCs and government agencies.
The Chief Minister said this after receiving the OACP from its Group Managing Director and Chief Executive Officer, Datuk Victor Ationg at the Menera Kinabalu here today.
Accompanying Victor during the courtesy visit to the Chief Minister was Sawit Kinabalu Group’s Integrity and Governance Division team.
Ends
