Kesedaran derma darah perlu dipertingkatkan (Dwibahasa)
Versi Bahasa Malaysia
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu lebih banyak program dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menderma darah.
“Saya dimaklumkan bahawa keperluan darah harian di Sabah adalah sebanyak 300 unit, dan setiap tahun, kita memerlukan kira-kira 110,000 hingga 120,000 unit darah untuk memenuhi keperluan pesakit. Namun, sehingga kini, hanya 75,000 unit berjaya dikumpulkan setiap tahun,” katanya semasa sambutan Hari Jururawat Peringkat Negeri 2025 dan program derma darah yang diadakan di lobi utama Hospital Queen Elizabeth II, di sini hari ini.
Ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri III/Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Shahelmey Yahya.
Beliau berkata, kerjasama antara Kementerian Kesihatan dan sektor awam mampu meningkatkan kesedaran tentang pendermaan darah dan menarik lebih ramai orang awam untuk menjadi penderma tetap.
“Sesungguhnya, menderma darah secara sukarela membantu menyelamatkan nyawa pesakit,” katanya.
Hajiji berkata, memandangkan kualiti sistem penjagaan kesihatan sangat bergantung kepada kualiti tenaga kerja kejururawatan, pelaburan dalam latihan, kebajikan dan pembangunan kerjaya jururawat adalah penting bagi menjamin kelestarian sistem kesihatan negara.
“Sehubungan itu, Kerajaan Negeri sentiasa menghargai dan menyokong para jururawat yang berkhidmat di Sabah yang sanggup berkorban masa dan tenaga demi menjaga kesihatan rakyat. Saya berharap semua jururawat akan terus berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan, khususnya di negeri ini,” katanya.
Ketua Menteri turut menzahirkan penghargaan kepada jururawat yang disifatkan sebagai tulang belakang sistem kesihatan negara.
“Sambutan Hari Jururawat bukan sekadar acara simbolik tetapi satu pengiktirafan besar terhadap golongan yang menjadi tunjang kepada sistem penjagaan kesihatan negara — iaitu jururawat kita.
“Selaras dengan tema tahun ini, ‘Jururawat Kita Masa Depan Kita: Prihatin Terhadap Jururawat Mengukuhkan Ekonomi’, peranan jururawat bukan sekadar sebagai ‘penjaga pesakit’ di hospital — malah mereka adalah pemangkin kesejahteraan komuniti, pendidik kesihatan dan petugas barisan hadapan dalam menangani krisis kesihatan,” katanya.
Ketua Menteri turut mengimbas kembali peranan luar biasa jururawat semasa pandemik COVID-19 beberapa tahun lalu, bukan sahaja dari aspek rawatan dan pemantauan, malah turut memberi sokongan emosi dan moral kepada pesakit dan ahli keluarga mereka.
“Ada yang terpaksa berpisah dengan keluarga, pasangan dan anak-anak demi menjalankan tanggungjawab ketika itu.
“Sesungguhnya, mereka adalah wira yang tidak didendangkan, yang tetap tabah dan cekal bekerja dalam pelbagai keadaan mencabar, sama ada di wad, unit kecemasan, klinik kesihatan luar bandar mahupun di kawasan bencana,” katanya.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: Chief Minister, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor wants more programmes to be implemented to raise awareness on the importance of donating blood.
“I have been informed that the daily blood requirement for Sabah is 300 units and each year, we need about 110,000 to 120,000 units to meet patients’ needs. However, to date, only 75,000 units are collected each year,” he said at the state-level 2025 Nurses' Day celebrations and blood donation event held at of Queen Elizabeth II Hospital here today.
His speech was delivered by the Deputy Chief Minister III/Minister of Works, Datuk Ir Shahelmey Yahya.
Hajiji said collaboration between the Ministry of Health and the public sector can raise awareness on blood donation and to attract the public to become regular donors.
“Indeed, voluntary blood donatiion helps save patients' lives,” he said.
He said since the quality of the healthcare system heavily relies on the quality of the nursing workforce, investment in training, welfare, and career development for nurses is crucial to ensure the sustainability of the country's healthcare system.
“In this regard, the State Government always appreciates and supports nurses serving in Sabah who sacrifice their time and energy for the health of the people. I hope all nurses will continue to strive to improve the quality of healthcare services, particularly in this state,” he said.
The Chief Minister paid tribute to nurses, whom he said are the backbone of the nation's healthcare system.
“The Nurses' Day celebrations is not just a symbolic event but a significant recognition of the group that serves as the backbone of the nation's healthcare system - our nurses.
“In line with this year's theme, 'Our Nurses, Our Future: Caring for Nurses Strengthens the Economy', the role of nurses extends beyond just being 'patient caregivers' in hospitals - they are also catalysts for community well-being, health educators, and frontline workers in managing health crises,” he said.
The Chief Minister recalled the extraordinary role of nurses during the COVID-19 pandemic a few years ago, not only in terms of treatment and monitoring but also in providing emotional and moral support to patients and their families.
"Some had to be separated from their families, spouses, and children in order to fulfill their responsibilities at that time.
"Indeed, they are unsung heroes who remain strong, resilient and steadfast working under various challenging situations, whether in wards, emergency units, rural health clinics, or disaster areas," he said.
Ends
