Hak pekerja Sabah lebih terpelihara di bawah SLAC (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Majlis Penasihat Buruh Sabah (SLAC) yang baru ditubuhkan akan membantu melindungi hak pekerja serta mengharmonikan hubungan tripartite antara kerajaan, majikan dan pekerja di Sabah, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
"Penubuhan SLAC akan memastikan hak dan kebajikan pekerja di Sabah terjaga dan terbela di samping membantu majikan menjalankan perniagaan dengan lebih teratur dan tersusun.
"Oleh itu, adalah amat diharapkan penubuhan SLAC ini akan menjadi satu platform kepada majikan dan pekerja untuk berkongsi pandangan dan memberi cadangan berkaitan perkara perkara perburuhan kepada kerajaan agar dasar-dasar dan perundangan yang lebih sesuai dengan perindustrian negeri Sabah dapat diterjemahkan," katanya.
Berucap pada majlis pelantikan ahli tetap SLAC dan mesyuarat pertama yang berlangsung di Shangri-La Tanjung Aru hari ini, Hajiji berkata peranan SLAC adalah untuk memperkukuh hubungan antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri serta Kementerian Sumber Manusia Persekutuan.
Ucapan Ketua Menteri itu disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Ariffin Arif.
Perbincangan tripartite antara kerajaan, majikan dan pekerja ini adalah selaras dengan Konvensyen Standard Buruh Antarabangsa Perundingan Tiga Pihak 1976 No.144, katanya.
Hajiji berharap ahli majlis yang terdiri daripada 16 wakil kerajaan, 16 daripada persatuan majikan dan 16 daripada kesatuan pekerja dapat memainkan peranan mereka dan memberi input yang berharga kepada kerajaan demi pembangunan ekonomi Sabah.
"Setiap keputusan yang dibuat dalam mesyuarat SLAC akan dibawa kepada perhatian Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk tindakan lanjut," katanya.
Hajiji berkata pengumuman Perdana Menteri semasa sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan tahun ini merupakan satu titik tolak penting dalam pentadbiran buruh di Sabah.
"Ia akan memastikan isu-isu berkaitan seperti pembasmian buruh paksa, diskriminasi di tempat kerja dan gangguan seksual; perlindungan wanita dan kanak-kanak; pengurusan pekerja bukan pemastautin; waktu kerja fleksibel; perumahan dan penginapan; serta kemudahan pekerja dapat terus diperkasa," katanya.
Beliau berkata penyelesaian kepada semua isu berkaitan pekerja akan memberi impak positif kepada Sabah, terutamanya dalam sektor ekonomi kerana tenaga kerja yang stabil dan keberkesanan sistem perundangan buruh adalah elemen penting dalam menarik pelabur ke negeri ini.
Ketua Menteri berkata bagi memastikan pelaksanaan pindaan Akta Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2025 dapat berjalan lancar, Kerajaan Negeri akan terus mempertingkat kerjasama dengan semua pihak berkepentingan.
"Saya juga menyeru semua majikan dan pemain industri untuk menyambut baik inisiatif ini dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh patriotik demi kepentingan bersama," katanya.
Ketua Menteri berkata kerjasama antara kerajaan, majikan dan pekerja adalah amat penting dalam pembentukan SLAC bagi memastikan Agenda Pekerjaan Bermaruah (Decent Work Agenda), yang merupakan aspirasi utama Pertubuhan Buruh Antarabangsa, dapat dilaksanakan.
"Di Sabah, aspirasi ini selari dengan pembangunan negeri yang menekankan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan prinsip Agenda Pekerjaan Bermaruah bukan sekadar slogan, tetapi diterapkan dalam setiap dasar, amalan dan tindakan," katanya.
Sehubungan itu, Hajiji berkata Kerajaan Negeri menyambut baik langkah Kerajaan Persekutuan menaikkan kadar gaji minimum bulanan daripada RM1,500 kepada RM1,700 melalui Perintah Gaji Minimum 2024.
"Kita mesti memastikan setiap pekerja di Sabah menerima gaji yang setimpal dengan sumbangan mereka," katanya.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Jabatan Tenaga Kerja Sabah atas pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan melalui Pemeriksaan Berkanun, Siasatan Aduan dan Pengendalian Kes Mahkamah Buruh pada tahun lalu yang telah memberi manfaat kepada 13,487 pekerja melibatkan jumlah sebanyak RM22.2 juta.
Selain itu, katanya, keutamaan juga harus diberikan kepada keselamatan dan kesihatan serta memperkukuhkan perlindungan sosial pekerja melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Sistem Insurans Pekerjaan.
Langkah lain termasuk meningkatkan peluang untuk pembangunan kemahiran dan kerjaya, serta menegakkan kebebasan bersuara dan hak untuk berpersatuan melalui kesatuan sekerja.
"Undang-undang buruh bukanlah satu bentuk tekanan terhadap majikan tetapi satu mekanisme untuk memastikan kelangsungan dan keharmonian dalam hubungan pekerjaan.
"Apabila pekerja dilindungi dan dihargai, produktiviti akan meningkat dan ekonomi akan berkembang maju. Inilah falsafah yang ingin kita terapkan melalui SLAC," katanya.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: The newly established Sabah Labour Advisory Council (SLAC) will help to safeguard workers' rights and harmonise tripartite relations between the government, employers, and employees in Sabah, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
"SLAC’s establishment will ensure that the rights and welfare of workers in Sabah are better protected while helping employers in conducting their business more orderly and systematically.
"I hope that the establishment of SLAC will serve as a platform for employers and employees to share views and give suggestions on labour-related matters to the government so that policies and legislation that are more suited to Sabah’s industrial landscape can be implemented," he said.
Speaking at the appointment ceremony of SLAC's permanent members and its inaugural meeting held at the Shangri-La Tanjung Aru Resort today, Hajiji said that the role of SLAC is to strengthen the relationship between the State Government and the Federal Government through the State Ministry of Science, Technology and Innovation and the Federal Ministry of Human Resources.
Sabah Science, Technology and Innovation Minister, Datuk Dr Ariffin Arif delivered the Chief Minister’s speech.
This tripartite discussion involving the government, employers, and employees is in line with the International Labour Organisation's Tripartite Consultation Convention (No. 144) of 1976, he said.
Hajiji hopes the council members, comprising of 16 representatives from the government, 16 from the employers’ associations, and 16 from the workers’ unions, can play their roles and provide valuable input to the government to benefit Sabah’s economic development.
"Every decision made in the SLAC meetings will be brought to the attention of the State and Federal Governments for further action," he said.
Hajiji noted that the Prime Minister's announcement atthis year's National Labour Day celebrations marks an important turning point in labor administration in Sabah.
"It will ensure that related issues such as the eradication of forced labour, workplace discrimination and sexual harassment, protection of women and children, management of non-resident workers, flexible working hours, housing and accommodation, and workers’ facilities can be empowered," he said.
He stated that resolving all issues related to workers will positively impact Sabah, especially in the economic sector since a stable workforce and efficient labour law system are important elements in attracting investors to the state.
The Chief Minister said to ensure the smooth implementation of the amendment to the Sabah Labour Ordinance (Amendment) 2025, the State Government will continue to enhance cooperation with all stakeholders.
"I also urge all employers and industry players to welcome this initiative and fulfill their responsibilities with a deep sense of patriotism for the common good," he said.
The Chief Minister said cooperation between the government, employers, and employees is crucial in the set up of the SLAC to ensure the Decent Work Agenda, the main aspiration of the International Labour Organisation, can be implemented.
"In Sabah, this aspiration aligns with our state development that emphasises a balance between economic growth and the welfare of the people. It is our responsibility to ensure that the principles of the Decent Work Agenda are not just slogans, but are embedded in every policy, practice, and action," he said.
In this regard, Hajiji said the State Government welcomes the Federal Government's move to raise the monthly minimum wage from RM1,500 to RM1,700 through the Minimum Wage Order 2024.
"We must ensure that every worker in Sabah receives a salary that is commensurate with their contributions," he said.
He also congratulated the Sabah Labour Department for its enforcement activities through Statutory Inspections, Complaint Investigations, and Labour Court Case Handling last year, which had benefited 13,487 workers involving RM22.2 million.
In addition, he said priority must also be given to safety and health, as well as strengthening social protection for workers through the Employees Provident Fund (EPF), the Social Security Organisation (SOCSO), and the Employment Insurance System.
Other measures include enhancing opportunities for skill and career development, as well as upholding freedom of speech and the right to associate in an organisation through trade unions.
"Labour laws are not a form of pressure on employers, but a mechanism to ensure continuity and harmony in employment relations.
"When workers are protected and valued, productivity will increase, and the economy will thrive. This is the philosophy we want to instill through SLAC," he said.
Ends
