LPBS dilancarkan untuk meningkatkan Tahap SSL Makanan Sabah

Versi Bahasa Melayu

KOTA BELUD: Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS) telah dilancarkan secara rasmi  dengan objektif utama untuk mencapai sasaran Kerajaan Negeri dalam meningkatkan  Tahap Sara Diri (SSL) makanan sebanyak 30 peratus menjelang tahun depan dan 60  peratus pada tahun 2030. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata pelbagai inisiatif akan  dilaksanakan melalui penghidupan semula LPBS bagi memastikan keterjaminan  makanan Sabah, memenuhi permintaan makanan rakyat dan mengurangkan  kebergantungan kepada import beras. 

“Pada masa ini Sabah hanya mampu mengeluarkan kira-kira 22.8 peratus beras  tempatan menyebabkan kebergantungan yang tinggi terhadap bekalan beras sumber  import bagi memenuhi permintaan tersebut,” katanya. 

Beliau berkata, LPBS akan mengambil alih semua pembangunan dan pengurusan  tanaman padi daripada Jabatan Pertanian Negeri bermula tahun ini. 

“Selain itu, LPBS juga diberi tanggungjawab sebagai badan pengawal selia  pembangunan dan pengurusan padi. Oleh itu, saya mahu semua agensi negeri yang  berkaitan memberikan kerjasama penuh kepada LPBS,” katanya semasa majlis  pelancaran LPBS dan Skim Takaful Penanaman Padi (STTP) Agrobank di Dewan  Terbuka Datuk Musbah Jamli di sini hari ini. 

Ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri I/Menteri Pertanian,  Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan. 

Bagi meningkatkan SSL, beliau berkata Kerajaan Negeri akan memberi tumpuan  kepada pembangunan dan pengurusan tanaman padi di enam daerah, iaitu Kota  Marudu, Tuaran, Tambunan, Keningau, Papar dan Kota Belud. 

Jumlah keseluruhan kawasan sawah padi di daerah-daerah ini ialah 22,218.35 hektar  atau 55,879 ekar, melibatkan 16,018 penanam padi. 

Selain menghidupkan semula LPBS, Hajiji berkata Kerajaan Negeri juga melaksanakan  beberapa inisiatif lain, termasuk memberi penekanan kepada penanaman padi bukit. 

“Oleh itu, saya menyeru semua pemilik tanah bukit untuk membangunkan tanah mereka  dengan penanaman padi bukit berkualiti tinggi. Dianggarkan sebanyak 13,266 hektar  atau 32,767 ekar tanah bukit sesuai untuk penanaman padi, melibatkan 15,617 petani,”  katanya. 

Ketua Menteri berkata sekiranya dibangunkan sepenuhnya, kawasan ini berpotensi  menghasilkan 30,424 tan metrik padi bukit setahun. 

Seperti Sarawak yang terkenal dengan beras Bario, Sabah juga mempunyai varieti padi  bukit tersendiri iaitu beras Adan dari Long Pasia, Sipitang, selain dari Ranau, Kudat dan  Pitas yang semakin terkenal dalam pasaran tempatan, katanya. 

Hajiji turut menyeru syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya membangunkan tanah  terbiar mereka untuk penanaman padi. 

“Saya memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri tetap komited untuk membangunkan  tanah-tanah sawah padi terbiar dan meningkatkan pengeluaran padi dan beras  tempatan,” katanya. 

Hajiji turut menggesa para petani agar mengambil manfaat daripada Skim Takaful  Penanaman Padi, iaitu satu skim perlindungan insurans untuk melindungi penanam padi  di negara ini. 

Di bawah skim ini, penanam padi yang merupakan warganegara Malaysia berumur 18  tahun ke atas, bertani di kawasan yang ditetapkan serta berdaftar di bawah Skim Baja  Kerajaan Persekutuan dan mempunyai akaun Agrobank, akan dilindungi bagi  kerosakan tanaman mereka akibat bencana alam, serangan perosak dan penyakit. 

Tamat

 

English Version 

KOTA BELUD: The Sabah Padi and Rice Board (LPBS) has been officially launched  with the primary objective of achieving the State Government's target of increasing the  food Self-Sufficiency Level (SSL) of 30 percent by next year and 60 percent by 2030.  

Chief Minister, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said various initiatives will be  implemented through the revival of LPBS to ensure Sabah’s food security, meeting the  people’s food demands and reduce dependence on rice imports. 

"Currently, Sabah can only produce about 22.8 percent of its local rice, resulting in a  high dependence on imported rice supplies to meet demand," he said.  

He added LPBS will take over all development and management of padi from the State  Agricultural Department starting this year.  

"In addition, LPBS has also been tasked as the regulator for the development and  management of padi. Therefore, I want all relevant state agencies to give full cooperation  to LPBS," he said at the launching of LPBS and Agrobank Padi Cultivation Takaful  Scheme (STTP) at the Datuk Musbah Jamli Hall, here today.  

Deputy Chief Minister I/Agriculture, Fisheries, and Food Industry Minister, Datuk Seri  Panglima Dr Jeffrey Kitingan delivered his speech,.  

To boost SSL, he said the State Government will focus on the development and  management of padi in six districts, namely Kota Marudu, Tuaran, Tambunan, Keningau,  Papar and Kota Belud.  

The total area of padi fields in these districts is 22,218.35 hectares or 55,879 acres,  involving 16,018 padi farmers.  

In addition to reviving LPBS, Hajiji said the State Government is also implementing  several other initiatives, including emphasizing hill padi cultivation. 

“Therefore, I call on all hill landowners to develop their land with high-quality hill padi  cultivation. It is estimated that 13,266 hectares or 32,767 acres of hill land are suitable  for padi cultivation, involving 15,617 farmers,” he said. 

The Chief Minister said if fully developed, this area has the potential to produce 30,424  metric tons of hill rice annually. 

Like Sarawak, famous for its Bario rice, Sabah too has its own hill rice variety, namely  the Adan rice from Long Pasia, Sipitang, as well as from Ranau, Kudat, and Pitas, which  have gained popularity in the local market, he said. 

Hajiji also urged government-linked companies (GLCs) to develop their idle land for padi cultivation. 

“I assure that the State Government remains committed to developing idle padi fields  and boosting padi yields and local rice the production,” he said. 

Hajiji called upon farmers to take advantage of the Padi Cultivation Takaful Scheme that  protect padi planters in the country. 

Under this scheme, padi farmers who are Malaysian citizens aged 18 and above,  farming in designated areas, registered under the Federal Government Fertilizer  Scheme, with an Agrobank account, will be protected for crop damage due to natural  disasters, pest attacks, and diseases. 

Ends